4 Tips Tradisional Kuruskan Badan

   
1   1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=228:untuk-langsing-dan-sihat-tanpa-perut-buncit&catid=66:petua&Itemid=237

Alatan Senaman Anda

Peralatan senaman direka khas untuk membantu kita dalam melakukan senaman, menambahkan impak dalam senaman dan mengurangkan kecederaan ketika kita bersenam.

Di dalam artikel ini saya senaraikan peralatan senaman yang selalu digunakan dalam program kuruskan badan.

Rubber Exercise Mat/Karpet Senaman Getah



Pada mulanya karpet getah ini digunakan untuk senaman yoga. Oleh kerana ia banyak memberi faedah, karpet senaman getah telah digunakan secara meluas dalam pelbagai senaman.

Karpet senaman getah ini digunakan untuk mengelakkan kita daripada tergelincir. Ia juga dapat mengelakkan kecederaan semasa kita melakukan senaman dalam keadaan duduk atau baring.

Dumbbells


Dumbbells memang sangat popular. Kegunaannya sangat mudah dan tidak memerlukan ruang yang luas. Dumbbells amat disukai oleh mereka yang mahu membina badan.

Dumbbells amat sesuai untuk senaman dada, bahu dan tangan. Dumbbells juga boleh digunakan dalam pelbagai senaman jika kita tahu dan kreatif menggunakannya.

Swiss Ball/Bola Swiss

Pada asalnya Swiss Ball digunakan untuk memberi rawatan terapi pada fizikal.

Kemudian Swiss ball menjadi popular dalam kegunaan pelbagai senaman kerana ia murah, mudah dan menyeronokkan.

Swiss ball juga banyak digunakan oleh fitness center dan gym dalam program kuruskan badan.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/peralatan-senaman-untuk-anda.html

Tips Cegah Obesiti Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak boleh menjadi obes jika mereka lebih banyak makan dan minum daripada menggunakan badan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal.


Pakar Diet Pantai Hospital Ampang, Nursyamimi Ahmad berkata, obesiti bukan lagi dipanggil satu keadaan tetapi penyakit.

Tegasnya, kanak-kanak obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti kolestrol, tekanan darah tinggi dan pra-kencing manis.

“Kanak-kanak dan remaja obes turut berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri,” ujarnya.

Nursyamimi menjelaskan, banyak faktor yang menyebabkan obesiti kanak-kanak.

Antara yang paling ketara pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Tambah Nursyamimi, kanak-kanak yang tidak bersarapan dan jika mereka bersarapan dengan makanan proses, golongan ini juga berisiko obes.

“Makanan proses seperti nugget dan sosej tidak mengandungi khasiat nutrien yang banyak. Malah makanan ini membantutkan perkembangan mental kanak-kanak. Selain itu, kebanyakan isi rumah hari ini tidak menyimpan buah-buahan sebaliknya umpama stor makanan ringan.

Obesiti juga berpunca daripada iklan yang banyak menonjolkan watak kartun dan makanan ‘junk’. Ini semua tarikan kepada kanak-kanak untuk memilih makanan tersebut berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran,” ujarnya.

Katanya lagi, ruang rumah terhad seperti di pangsapuri atau kondominium menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal kanak-kanak.

Bahkan, kebanyakan kanak-kanak pada hari ini tidak bermain di taman kanak-kanak.

Jelasnya, secara tidak langsung, kanak-kanak yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal akan berada di dalam rumah sambil makan, bermain permainan video atau menonton televisyen.

Dalam situasi ibu bapa yang bekerja dan memilih untuk makan di kedai, Nursyamimi tidak menganggap ia satu masalah. Sebaliknya, mereka perlu memastikan kedai makan tersebut bersih, pilih makanan berkhasiat dan tidak rosak.

“Selain itu, pilihlah nasi dengan lauk sayur, sup ikan atau sup sayur. Bagi ibu yang berkerja, anda boleh menyediakan bahan-bahan pra memasak pada hujung minggu iaitu potong bahan masakan awal dan memasak pada hari bekerja. Dengan ini anda boleh memasak sendiri makanan yang lebih baik daripada di kedai makan,” katanya.

Begitupun, pencegahan obesiti kanak-kanak boleh dilakukan tetapi harus bermula dari rumah.

Menurut Nursyamimi, obesiti kanak-kanak biasanya berlaku akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bersenam.

Justeru jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya, menetapkan amalan pemakanan sihat dan rajin melakukan aktiviti fizikal.

“Namun, tidak mudah untuk anak anda melakukannya sendiri. Satu kaedah paling efektif bagi mencegah masalah obesiti adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seisi keluarga.

“Galakkan seluruh keluarga melakukan perubahan dalam aspek gaya hidup,” katanya.

http://www.jomdiet.com/tips-cegah-obesiti-kanak-kanak/

Kenapa Mengantuk Selepas Makan?


Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk. Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?

Proses Penghadaman

Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus(intestines). Bila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh!
Oleh itu, bila sel sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan ‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.
…pada bulan puasa fenomena ini diganda pulak kerana proses penghadaman “terkejut” dengan jumlah makanan yang banyak dan cepat…
Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! – Bila anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.

Insulin dan serotonin

Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’ untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap).
…serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal kitaran tidur/jaga…

Elak “malas” selepas makan

Jadi disarankan, anda perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh. Bila anda kurang aktif, badan kurang fit dan lebih cenderung untuk menjadi malas! Sekurang-kurangnya kalau tiada masa untuk bersenam, lebihkan berjalan selepas makan, anda juga boleh park kenderaan anda jauh dan berjalan ketempat kerja atau elakkan lift dengan menggunakan tangga. Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan! Kalau anda ada tips untuk mengurangkan mengantuk selepas makan, dialu alukan untuk berkongsi. :)

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kenapa-mengantuk-selepas-makan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...