Cara Yang Sihat Untuk Menurunkan Berat Badan

 

Memang benar kurus boleh menjadikan seseorang tampil lebih cantik dan menawan. Tetapi, yang lebih penting adalah kesihatan seseorang individu. Individu yang sihat kebiasaannya mengamalkan cara hidup yang sihat, sekaligus menjadikannya tampil sihat, gembira dan menawan. Cara hidup yang sihat seharusnya diamalkan sepanjang hidup dan bukannya dengan pengambilan produk-produk yang memberikan kesan jangka masa pendek atau risiko kepada kesihatan. Antara gaya hidup yang sihat adalah seperti berikut:
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pengambilan sayur dan buah untuk serat, vitamin dan mineral.
  • Elakkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan makan masakan yang dikukus, rebus atau bakar.
  • Ambil bijirin penuh seperti oat, roti bijirin penuh dan beras perang.
  • Amalkan senaman untuk membina otot dan badan yang sihat.
  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki kerana sifat “tak pernah cukup” hanya akan mendatangkan kekecewaan dan kesedihan.
  • Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dipanjangkan umur. Sebenarnya, kita berdoa untuk badan yang sihat setiap kali solat sewaktu duduk antara dua sujud. Cuba fahamkan bacaan dalam solat supaya kita lebih dekat kepada yang Esa. Insya Allah, kesihatan fizikal, mental dan rohani akan seimbang :) 
http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/bahaya-pil-dietkurus

10 Punca Masalah Kegemukan Wanita Malaysia


1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. “Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?” Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).


Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Tekanan Boleh Sebabkan Gemuk

Kebanyakan orang bila mengalami ‘stress’ akan makan dengan lebih banyak untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Lazimnya, secara sedar atau tidak mereka yang berada dalam situasi sedemikian akan bertindak membeli pelbagai jenis makanan ikut selera mulut masing-masing. Dan kebiasaannya ‘selera’ nya merangkumi makanan seperti cokelat, kerepek kentang, keju, minuman berkarbonat, kek dan pelbagai lagi yang sememangnya pantang untuk mereka-mereka yang ingin menurunkan berat badan kegemaran.
Jika itu yang terjadi bermakna anda kalah dengan diri anda sendiri. Tekanan sepatutnya diatasi dengan cara yg lebih bijak dan sihat bukannya dengan cara merosakkan diri sendiri. Sudah berapa kali anda menyesal setelah menghabiskan dua biji burger daging akibat tertekan? Setelah kekenyangan baru nak sedar.. huhu….
Cara Mengatasi :
Kenal pasti punca yang menyebabkan anda tertekan.
Tidak salah memilih makanan sebagai terapi tetapi lihat dulu APA yg anda makan. Apa salahnya anda ubati rasa sedih dengan menghirup secawan teh hijau panas? Untuk memperkayakan aromanya, letakkan sehiris lemon di dalamnya. Nah!! anda bukan saja boleh melegakan fikiran, bahkan khasiat teh hijau itu sendiri diakui mampu menurunkan berat badan.

panduan berkaitan:

teh cina untuk kurus | khasiat lemon untuk kurus | lemon untuk kurus | stress punca gemuk | sebab berat badan bertambah | air lemon untuk kurus | teh hijau untuk kurus | teh lemon untuk | cara tuk kurus gemuk air | gemuk |

http://carauntukkurus.com/tekanan-boleh-sebabkan-gemuk

8 Tip Mudah Diet Malaysia

 

Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.
Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.
 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tip-mudah-diet-malaysia/

Tips Kurus Badan Yang Murah & Mudah

Nak kuruskan badan ada 2 cara je paling mudah,
Murah dan sihat iaitu melalui:

1)pemakanan seimbang
2)senaman berterusan.

Lebih baik lakukan cara yang natural, lebih mudah, lebih tahan lama dan lebih sihat. Namun, tak ramai yang minat cara natural ni. Harap-harap anda tak begitulah ye..
Agak-agak kenapa mereka tak minat? Ok, setelah dikaji faktor paliiiinnnggg UTAMA ialah Penyakit MALAS.  Penyakit malas ni kalau tak dibuang, ia akan jadi tabiat sampai ke tua.
Ok, kepada anda yang nak kuruskan badan tu, berbaik-baiklah dengan senaman OK. Sebab senaman akan membuatkan anda kurus dengan cepat... Nak tak nak WAJIB lakukan senaman kalau nak kurus OK

Katakan anda seberat 120kg.. (contoh sahaja ya) perut berlapis-lapis lemak.. kali terakhir anda bersenam adalah ketika anda darjah 2..

Senaman apa yang paling sesuai untuk anda agaknya?

Jogging – tak sesuai sbb anda akan terasa sakit pada kaki selepas 3 hari berjogging dan kemudian anda tak nak jogging langsung sbb mood jatuh

Skipping – juga tak sesuai sebab anda juga akan sakit kaki

Yang paling sesuai hanya 2 sebagai permulaan iaitu:
1) Fast Walking
2) Berenang

Itu sebagai permulaan kerana anda tidak pernah bersenam pun sebelum ini. Lakukan selama 1 bulan, dan tingkatkan kepada jogging pada bulan berikutnya. Usah pula buat 3 hari saja, itu macam sampai tahun depan pun saya berani jamin anda takkan kurus.

Bersenam perlukan ‘MAINTAIN’ bukan sahaja semasa proses anda nak kuruskan badan. TETAPI ia juga harus dilakukan selepas anda berjaya kuruskan badan. Tujuannya hanya satu iaitu untuk kekal sihat.
Kita merancang dan menentukan adalah Allah S.W.T.  Kita berusaha untuk kekalkan kesihatan dan menjadi kurus TETAPI yang menentukan juga adalah Allah S.W.T. Namun, YANG palinngggg PENTING adalah USAHA.. tiada usaha, anda tak akan ke mana-mana pun..

 http://terbakor.com/2012/06/28/tips-kurus-badan-yang-buat-orang-lain-tergoda-terbakor/

Senaman Kecilkan Paha

Peha terlalu besar, kaki pula terlalu kecil. Dah macam buah pear :)

Selain berjogging untuk membuang lemak di peha, jom belajar senaman khas untuk kecilkan peha.

Senang saja. Boleh lakukan di dalam rumah.

Caranya adalah:

Langkah 1 – Sandar di dinding



Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.


Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga


Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.


Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 3 - Lunge


Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.


Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-kecilkan-peha.html

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Hari ini, kebanyakan anda yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang lama di depan komputer. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal ini menyebabkan anda kurang bergerak. Kekadang, nak bangun kejap pun rasa cam malas. Betul, tak?


Imej - positivetosuccess.com


Tapi dalam masa yang sama, anda tetap mahukan tubuh yang menarik lagi menawan. Cuma kekangan bekerja di depan pc agak membataskan impian anda tu. Huhhh... mesti kecewa giler.

Oke. Dahlah tu. Usahlah bersedih. Sebab anda masih mampu untuk mengatasi kekangan tersebut. Cuba kuatkan semangat dengan mengikutI cara diet di pejabat berikut;



1. Minum banyak air


Nak senang, letakkan botol air putih berhampiran meja anda. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi setiap hari.



2. Jaga waktu makan


Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau.

Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.



Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja.


3. Bergerak sekali-sekala


Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.


Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.


4. Cari kawan yang ada matlamat serupa


Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.



Sekian dulu buat kali ini. Harap anda mampu melaksanakan beberapa tip diet di atas. Mulakannya hari ini juga tau! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...