Sehari 10,000 Langkah Untuk Kurus

Sehari 10,000 Langkah Untuk Kurus


Sekarang saya nak berkongsi satu tips untuk kurus dengan cepat , kalau di amalkan boleh kurus dijamin.

Sehari 10,000 langkah untuk kurus dengan cepat , cakap senang buat susah lagi-lagi kalau orang jenis yang mnalas nak berjalan seperti saya , dulu semasa saya berkerja saya memang berjalan kaki di waktu pagi berjalan ke tempat kerja melalui jalan pintas , sehari 45 minit berjalan , berat saya dari 100+ turuh ke 90 saja , kemudian saya berhenti kerja , duduk dirumah berat saya naik semula , so sekarang bila berat dah makin naik dan naik saya kena bersenam semula , jadi saya nak ajak korang mengamalkan senaman atau cara untuk kurus paling cepat iaitu sehari 10,000 langkah.

10,000 langkah berjalan bersamaan lebih 7 km
Siapa cakap nak bersenam tu perlukan modal yang mahal ? dengan berjalan kaki duit pun jimat , ianya adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.
 

Berjalan boleh membakar kalori
Faedah berjalan kaki 


Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
  • Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  • Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  • Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  • Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  • Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  • Mengekalkan kekuatan otot.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  • Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimana untuk bermula
  • Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
  • Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
  • Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
  • Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
  • Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.
nak kurus!nak kurus!nak kurus!
nak sihat!nak sihat!nak sihat!
Teknik-teknik berjalan dengan betul
  • Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
  • Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  • Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  • Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
  • Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
  • Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  • Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  • Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Cara Mudah Untuk Berjalan
  • Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
  • Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
  • Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
  • Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
  • Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  • Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

Alat pedometer untuk menyukat langkah berjalan setiap hari
10,000 langkah sehari
  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori  = Sama dengan sekeping roti canai
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Berjalanlah untuk kesihatan anda

10 Punca-Punca Gemuk

Ramai orang mengatakan bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun… huhu…
Ada yang terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!
Justeru, di sini dikongsikan antara punca-punca dan sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.
1. Tenaga yang tidak seimbang dalam badan
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, maka perlulah dipastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh tubuh.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti,senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh. Banyakkan aktiviti riadah dan pada masa yang sama kurangkan pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Dalam erti kata lain, gaya hidup yang tak aktif.
Menurut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itulah dikatakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah kehidupan dunia yang serba canggih dan moden kini.
3. Genetik dan faktor keluarga
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism(kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi,corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, betul tak?
Bila kita rasa tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan kita.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7.  Merokok
Menurut kajian, merokok secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun amalan merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya untuk kesihatan. Sekali dah merokok mungkin sampai bila-bila pun susah nak berhenti.
Seboleh-bolehnya berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk  mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser.  Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok, walaupun belum dapat dibuktikan secara kukuh.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Hamil
Hamil atau mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.
10. Kurang tidur
Kekurangan waktu tidur yang secukupnya pun akan memberikan masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah… Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

 http://carauntukkurus.com/punca-gemuk

Tips Diet Rendah Karbohidrat






Tips diet rendah karbohidrat
Ramai golongan wanita yang mengidamkan tubuh badan yang langsing. Mereka percaya bahawa karbohidrat adalah sumber utama yang akan menambah berat badan mereka.

Oleh itu, ramai yang sanggup menahan lapar dan memberikan seribu alasan apabila diajak makan. Makanan seperti nasi langsung tidak disentuh kerana takut berat badan akan naik. Namun berkesankah diet rendah karbohidrat ini? Jom ketahui dengan lebih lanjut.

Jangan tinggal sarapan
Ramai yang tahu sarapan adalah penting, namun ramai yang tidak mengamalkannya. Karbohidrat mengambil masa untuk ditukarkan menjadi tenaga agar tidak tersimpan sebagai lemak. Oleh itu, sarapan adalah waktu yang paling sesuai untuk memberikan masa yang cukup agar tubuh badan kita membakar tenaga semasa melakukan aktiviti seharian. Contoh sarapan yang sesuai diambil untuk diet rendah barkohidrat adalah bijirin oats dan juga telur.

Elak makanan yang diproses 
Hadkan pengambilan karbohidrat kamu dengan meletakkan jumlah tertinggi yang boleh kamu ambil dalam sehari. Jika lapar gantikan dengan buah-buahan berkarbohidrat rendah ataupun roti mil penuh.

Makan supplement 
Ambil supplement tambahan dan juga multi-vitamins. Badan kamu memerlukan nutren tambahan untuk menghasilkan sel baru dan membantu meningkatkan tahap kecegasan. Ambil supplement seperti Spirulina untuk menambah tenaga dan menyihatkan lagi badan. Pastikan produk tidak mengandungi gula atau artificial sweetener.

Gantikan nasi dengan pasta, laksi, mi dan bihun
Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak 'whole wheat' pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.

http://anizyn.blogspot.com/2014/02/tips-diet-rendah-karbohidrat.html

Fakta Kegemukan Yang Orang Tak Tahu di Malaysia

Penting! Penting! penting!

Aduhai, satu fakta yang mengejutkan yang kami perolehi daripada World Health Organization (WHO) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan mereka yang OBES!

1. WHO : Kadar Obesiti di Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara di Asia.. Fuuhhh!
2. KKM : 30% penduduk Malaysia mengalami masalah Berat Badan Berlebihan manakala 30% lagi mengalami masalah Obesiti!… Fuuhhh!

Fuuhhhhh… fakta menarik untuk kita bincangkan, kan?
Jom kita ulas sikit mengenai fakta tersebut..

Kenapa?

Betul ke tidak fakta ni? boleh dipercayai ke? atau WHO dan KKM saja je nak menakutkan kita..
Oklah, untuk membuktikannya, mudah saja! Kita boleh je ambil contoh di sekeliling kita.. Sebagai contoh kakak kita, mak cik pak cik kita, jiran kita,atau kawan-kawan kita..
Paling mudah jom kita lihat kakak kita, apa yang terjadi selepas mereka berkahwin. Badan naik! Pinggul semakin besar! dan bila dah ada anak 1 pulak, makin besar dan makin besar.. Apatah lagi bila anak dah 2 nanti..

Pak Cik Mak Cik kita pulak tak payah cakap, yang Pak Ciknya perut semakin ke depan.. sama je macam abang kita 4 bulan selepas berkahwin, semuanya boleh jadi GENG PERUT dah
Tak nak cerita pasal jiran kita atau sahabat-sahabat kita lagi.

Kita lihat yang paling dekat iaitu kita sendiri, saya jamin sewaktu anda membaca artikel ini anda sedang duduk, betul tak?

Ok, lihat perut anda sekarang.. berlapis tak?

Kalau tak ada berlapis-lapis lemak yang dapat dilihat.. saya ucapkan tahniah TAPI..
kalau belapis-lapis macam kena Pam, saya terpaksa katakan bahawa dalam tempoh setahun dua lagi, anda juga akan tergolong dalam golongan 30% yang dikatakan oleh KKM tadi.. Menakutkan bukan? Rupa-rupanya kita sendiri yang akan menyebabkan peratusan obesiti itu akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang TANPA kita sedari… Fuuhhhhh.. (nasib baik TERbaca artikel ni)
 

Apakah masalah kegemukan ini membahayakan? Dan tentulah membahayakan kesihatan kita.. Penyakit banyak datang, contohnya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Ni penyakit utama yang membawa maut di Malaysia, puncanya daripada KEGEMUKAN dan juga makanan!Addooiiiiyaii
Makanan, memang sah lah dari makanan, betul tak? Makanan orang Malaysia maksud saya..

Ermm… tak perlu saya ceritakan betapa sedapnya makanan orang Malaysia.. Kalau tak letak gula, tak letak santan, kalau tak goreng berendam
dalam minyak… bukan makanan Malaysia lah namanya, anda perlu bersetuju dengan saya ni.. Yang sedap itulah yang meningkatkan kemungkinan kita hinggap masuk ke dalam komuniti orang Obes dan berberat badan berlebihan..

Perlu ubah! Wajib ubah cara makan kita!
Cuba cara masakan yang tidak menggunakan minyak contohnya dengan cara Merebus, Memanggang atau mengukus!

Kan mudah tu, ada alternatif lain kan.. Ubah tabiat makan, kalau selama ni kita suka makan ayam goreng waktu makan tengahari, cuba alternatif lain.. cuba ayam panggang.. sedap juga, ayam juga tu, betul tak?Cuma bezanya ialah ayam goreng direndam dalam minyak, ayam panggang pula.. tiada minyak.. Walaupun nampak simple je, TAPI manfaatnya sangaaaattttlah banyak.

Sayur pula, makan sayuran yang direbus atau ulam-ulaman.

Air pula, kurangkan air gula.. Jangan bila nak makan je pergi order, “Sirap Ais satu!” takpun, “COKE satu!”
Gula banyak tu.. cuba untuk elakkannya OK. Ia boleh dielak sebenarnya, cuma samada anda mahu atau tidak sahaja!

Nampak tak? Bagaimana nak kuruskan badan.. Mudah je, mulakan daripada pengambilan makanan, ubah tabiat makan!Bukan tak boleh pun, boleh aje sebenarnya.. Kerja simple

http://terbakor.com/2012/06/27/biar-betul2-fakta-kegemukan-yg-orang-tak-tahu-di-malaysia-terbakor/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...