Kepentingan Sarapan Pagi


Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan. 

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,
 mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.

FAEDAH BERSARAPAN:
• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

8 Makanan Penyebab Berat Badan Naik

Mempunyai tubuh yang langsing dan ideal menjadi dambaan bagi setiap wanita. Kali ini saya akan menyenaraikan makanan-makanan yang harus dihindari, untuk menjaga barat badan anda agar tidak naik :

1. Kerepek Kentang

Kerepek kentang ternyata lebih mudah membuat berat badan bertambah dibandingkan dengan soda dan aiskrim. Kerana kerepek kentang dibuat daripada kentang (penuh karbohidrat), digoreng (penuh minyak) dan kemudian ditaburi dengan garam perasa (penuh natrium). Makanan ini benar-benar tidak sihat bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

2. Margerin

Margerin biasanya digunakan untuk menggantikan mentega. Tetapi beberapa jenis margerin mengandung lemak trans yang dapat meningkatkan kolestrol jahat dalam darah. Hal ini juga dapat menyebabkan kenaikan berat badan secara berlebihan.

3. Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng mengandungi lemak yang sukar dicerna serta minyak yang dapat menambah timbunan lemak pada tubuh. Jadi, jika anda tidak ingin menambah berat badan, sila hindari makanan jenis ini.

4. Makanan Segera

Burger atau pizza memang sangat lazat, tetapi makanan ini akan menambahkan timbunan lemak trans dalam badan. Makanan segera memiliki kalori, lemak dan sodium yang tinggi. Lemak trans yang terkandung dapat meningkatkan kolestrol jahat. Dan sodium yang tinggi membuat berat badan bertambah.

5. Pemanis Buatan

Rasa gula yang manis memang memberikan kalori dan energi yang diperlukan oleh tubuh badan. Tapi sebaliknya bagi pemanis buatan. Rasa manis yang terdapat pada pemanis buatan cenderung tidak memberikan energi yang sama seperti gula. Akibat daripada menggunakan pemanis buatan, energi menjadi tidak seimbang dan membuat tubuh cenderung makan lebih banyak. Hal ini lah yang menyebabkan kenaikan berat badan.

6. Soda

Rasa gula yang manis memang memberikan kalori dan energi yang diperlukan oleh tubuh badan. Tapi sebaliknya bagi pemanis buatan. Rasa manis yang terdapat pada pemanis buatan cenderung tidak memberikan energi yang sama seperti gula. Akibat daripada menggunakan pemanis buatan, energi menjadi tidak seimbang dan membuat tubuh cenderung makan lebih banyak. Hal ini lah yang menyebabkan kenaikan berat badan.



7. Kek Coklat
 

Makanan ini dibuat daripada bahan-bahan yang dapat mebuatkan tubuh menjadi lebih gemuk. Selain itu, kek coklat juga mengandungi krim yang penuh lemak, serta toping aiskrim yang mampu meningkatkan berat badan. Tambahan lagi, kandungan gula yang berlebihan pada makanan ini tidak baik bagi tubuh.

8. Pasta dan Nasi Putih

Pasta dan nasi putih merupakan sumber karbohidrat utama. Dua makanan tersebut memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Setelah dicernakan oleh tubuh badan, karbohidrat menambahkan  kalori dan energi. Tetapi sayangnya kelebihan karbohidrat dapat menyebabkan kegemukan.

Itulah 8 Makanan yang harus dihindari,  jika anda mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan.


Info : http://aankcikal.blogspot.com/2013/07/8-makanan-penyebab-berat-badan-naik.html

Berdiet Dengan Air

Terdapat banyak produk diet dijual di pasaran. Kesemuanya menjanjikan mampu menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah sehingga ramai yang tak mempersoalkan tentang harganya. Walaupun mahal tetap dibeli asalkan boleh menurunkan berat badan.
Amalkan Minum 8 Gelas Air Setiap Hari
Sebenarnya anda tak perlu terlalu ghairah untuk berdiet dengan mengeluarkan belanja yang mahal sedangkan ada cara mudah tanpa memerulakn belanja yang besar. Salah satunya adalah berdiet dengan airsahaja.

Selain menjaga kesegaran tubuh dan berfungsi melancarkan sistem metabolisme tubuh, air juga membantu mengurangkan berat badan kerana air merupakan elemen penting dalam proses metabolisme menghasilkan tenaga.

Air bertindakbalas dengan bahan kimia dalam metabolisme badan untuk mempercepatkan kadar pembakaran kalori. Oleh itu, apabila air tak mencukupi, tubuh tidak dapat membakar kalori dengan baik.

Kekurangan air dalam tubuh menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lambat kerana tubuh mengeluarkan banyak cairan seperti peluh. Jika bekalan air yang diperlukan tak mencukupi, tubuh tetap menyimpan menyimpan cairan sedia ada dalam tubuh untuk kepentingan metabolisme. Keadaan ini menyebabkan berat badan tidak berkurangan.

Air membantu proses pencernaan dan penyerapan makanan ke dalam tubuh. Ketika anda mengalami dehidrasi akibat kekurangan air dalam badan, ia akan menyebabkan anda mudah berasa lapar. Ini akan mendorong anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.

Metabolisme akan meningkat apabila anda melakukan senaman atau aktiviti sukan, dan air berperanan memaksimumkan kadar metabolisme semasa anda sedang bersenam. Apabila air kurang, kadar peningkatan metabolisme tidak dapat berjalan dengan lancar. Akibatnya, pembakaran lemak tidak berlaku dengan sempurna.

Jumlah keperluan air dalam tubuh setiap individu bergantung pada aktiviti yang dilakukan serta suhu udara di persekitaran. Oleh itu, untuk proses menurunkan berat badan berlaku, anda dinasihatkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

http://petua-hidup-sihat.blogspot.com/2010/08/petua-menurunkan-berat-badan-berdiet.html

5 Sebab Pelan Diet Anda Gagal

Ramai yang menderita setelah mengikuti program diet segera. Jika berjayapun, paling lama bertahan antara 3 hingga 5 tahun. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal. Itu dinamakan diet yo-yo.
Yes pada awal tahun, saya ada sebut mengenai kegagalan pelan fitness secara keseluruhan. Kali ini, lets look at reasons kenapa pelat diet atau pemakanan anda gagal.
  1. Crash Diet: Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat. Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.
  2. Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.
  3. Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.
  4. Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.
  5. Gagal kawal nafsu makan: Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.
  6. Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).
Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.
Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-sebab-pelan-diet-anda-gagal/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...