Makan Banyak Kerana Stress dan Tekanan

Soalan:



Saya pernah mengalami masalah yang teruk dan bagi mengurangkan tekanan saya makan secara berlebihan tidak kira waktu, malam atau siang. Tidak disangka, tabiat saya yang suka makan ketika stres tu berlanjutan hingga sekarang. Ibu bapa risau dengan diri saya. Saya turut bimbang jika perkara ini berterusan ia memberi kesan kepada berat badan saya.

Gadis comel.

Jawapan:

Secara psikologi, apabila seseorang itu Ibu bapa khuatir beri kesan kepada berat badan jika pemakanan tidak sihat mengalami stres, pelbagai kaedah dilaksanakan untuk mengurangkan stres.

Cara individu bertindak balas ke atas stres berbeza dari seorang individu kepada individu lain. Adik menangani stres dengan suka makan. Bagi mengelakkan cara pemakanan yang tidak sihat, adik perlu kurangkan stres.

Adik juga boleh gunakan kaedah pengurangan stres yang lebih positif seperti berkebun dan bersukan. 

Tidak dapat dinafikan apabila cara pemakanan tidak sihat, ia memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. 
Oleh itu, amat penting untuk adik mengamalkan kaedah pemakanan sihat. 

Dari sudut kesihatan, Dr nasihatkan supaya adik jumpa pakar pemakanan kerana ia membabitkan kesihatan dari sudut makanan.

Jawapan oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon

http://anizyn.blogspot.com/2014/02/makan-banyak-kerana-stress-dan-tekanan.html

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan


1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tetapi disebabkan santan yang berlemak tinggi,kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-600kcal.

3. Makanan Segera

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts

Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah makanan bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Bonus: Gaya Hidup.

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/top-10-makanan-malaysia-paling-menggemukkan

Diet Golongan Darah, Fakta atau Mitos?

 
Pernah mendengar tentang diet golongan darah? Mungkin masih banyak di antara Anda yang belum memahami seperti apa sebenarnya diet golongan darah itu. Apakah benar diet dengan cara ini mampu menurunkan berat badan?

Pada tahun 1996, seorang naturopatis dari Amerika Serikat, Dr. Peter J. D’Adamo, memperkenalkan cara diet berdasarkan golongan darah ABO setelah melakukan penelitian dengan melihat reaksi dari setiap golongan darah terhadap makanan tertentu.

D’Adamo mengungkapkan dalam bukunya yang berjudul “Eat Right for Your Type”, setiap individu akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap zat lektin, iaitu zat yang terdapat pada makanan. Beliau juga mengatakan bahwa dengan mengambil makanan yang sesuai dengan golongan darah maka akan mengoptimalkan pencernaan. Sebaliknya, makan makanan yang tidak sesuai dengan jenis golongan darah akan menimbulkan masalah kesihatan, misalnya masalah berat badan dan berbagai penyakit lain.

Menurut D’Adamo, perbezaan golongan darah setiap orang ada kaitannya dengan habitat dan kebiasaan hidup nenek moyang terdahulu. Beliau meyakini, keturunan orang-orang yang hidup dengan cara bertani kebanyakan memiliki golongan darah A, sehingga mikroorganisma dalam usus merekapun telah teradaptasi untuk makan makanan berasaskan tumbuhan. Sedangkan mereka yang hidup dengan cara beternak memiliki golongan darah B. Mereka lebih sesuai  makan makanan berasaskan daging.

Golongan darah AB memiliki kemampuan untuk mengambil makanan berasaskan tumbuhan mahupun makanan berasaskan daging sebab mereka hidup dengan dua cara, yakni bercucuk tanam dan berternak. Sementara mereka yang asal usulnya merupakan keturunan pemburu memiliki golongan darah O, mereka sesuai jika makan daging, roti dan produk-produk dari gluten lainnya.

Yang menjadi permasalahan, apakah teori diet D’Adamo ini fakta yang harus dipercayai atau hanya fiktif belaka?

Teori D’Adamo tentang mikroorganisma usus ini ternyata dapat diyakini kebenarannya. Peneliti dari Finnish Red Cross Blood Service setahun yang lalu telah menemukan fakta bahwa jenis golongan darah tertentu dapat mengatur jumlah dan keberagaman mikroorganisma yang hidup di usus.

Hingga saat ini, penelitian mengenai diet golongan darah masih terus dilakukan. Ada ilmuan yang telah mengakui bahwa diet ini bermanfaat bagi kesihatan. Adapula yang masih melakukan kajian untuk memastikan kebenarannya. Walaubagaimanapun, tidak ada salahnya jika anda mencuba diet ini di rumah.

Info :  http://www.dietcepatalami.com/diet-golongan-darah-fakta-atau-mitos/#_

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat

Cara Menurunkan 
Berat Badan

Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat:
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
  9. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  10. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  11. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  12. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Info :  http://azizie.com/tips/cara-menurunkan-berat-badan-dengan-cepat-dan-sihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...