Senaman Kuruskan Pipi Tembam

Hai semua sahabat Terbakor, kebelakangan ni banyak kami share tentang petua untuk kuruskan badan kan? Kali ni kami nak share tentang petua kuruskan pipi tembam pulak. Ha, ni ramai yang mengalami masalah serupa. Kadang kadang badan kecik tapi pipi tembam. Teruskan membaca.

 Tutorial Senaman Kuruskan Pipi Tembam - Terbakor

Tips Kuruskan Pipi Tembam

Senaman Pertama
  • Buat mulut nak kiss (yang suka ambik gambo posing macam ni adalah paling mahir buat hoho) then buka mulut besar2 macam nak makan Big Mac mc’d tu..Pastu buat balik mulut kiss tu…Ulang langkah ni laju-laju sampai bahagian rahang rase lenguh dan tegang.
Senaman Kedua
  • Ketapkan bibir (bibir atas dan bawah bawak masuk dalam mulut dan tutup mulut..paham tak?) then same step macam tadi buka mulut tutup mulut..ulang langkah ni dalam 10-20 minit buat sampai lenguh taw. Kalau esok pagi rasa sakit/sengal2 bahagian leher, maknanya korang berjaya buat. berhenti buat dulu sampai tak rasa sakit.bila dah kurang rasa sakit baru sambung buat

Senaman Ketiga
  • Latihan A E I O U berdasarkan mimik muka.
  • Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Senaman Keempat
  • Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur…
  • Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutut dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.

For extravaganza cute and comel punya pipi

Senaman Pertama
  • Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.
http://terbakor.com/2012/11/28/tutorial-senaman-kuruskan-pipi-tembam-terbakor/

5 Minuman Mengurangkan Berat Badan

Kepada yang sedang berdiet, korang harus tahu yang bukan sahaja makanan dapat mempengaruhi berat badan anda, malah minuman juga. Minuman bergula dan bergas sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan berat badan korang. Jom kita lihat lima jenis minuman yang dapat membantu mengurangkan berat badan korang. 
5 Minuman yang membantu mengurangkan berat badan - Terbakor
1- Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4-Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda. Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.
Sumber :  Penpatah Blogspot
http://terbakor.com/2012/09/28/5-minuman-yang-membantu-mengurangkan-berat-badan-terbakor/

Cara Mengelak Perut Boroi / Buncit

Pelbagai senaman

TUBUH kamu akan terbiasa dengan senaman yang dibuat berulang kali. Untuk meningkatkan kadar stamina, kamu perlu mempelbagaikan jenis senaman seperti latihan kardiovaskular dan menguatkan otot abdomen meliputi aspek berlari dan ‘push up’, menaiki tangga dan berjalan kaki sama ada di pejabat ataupun rumah.

Perhati nutrisi

MEMBACA terlebih dahulu label pada makanan yang hendak dibeli adalah penting. Jauhi membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya nikmati makanan yang memiliki serat tinggi serta segar termasuk buah dan sayur, sekurang-kurangnya 3gram (gm) di dalam diet anda.

Pilih kawan

MALAYSIA terkenal dengan sajian makanan yang mampu menggugat selera kamu kerana keenakannya. Maka, kamu perlu mencari kawan yang mempunyai cita-cita sama kerana ia akan memberi motivasi tambahan, selain bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Reka sajian

MEMASAK sendiri pastinya lebih berkhasiat dan sihat. Kamu digalakkan memasak dengan cara gril, bakar atau kukus berbanding kaedah menggoreng. Masak dengan menggunakan minyak zaitun atau jagung yang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa sawit jika memiliki bajet lebih.

Gantikan snek harian daripada kuih muih dengan menguyah lobak merah atau batang seleri. Jika berasa loya, hidangkannya bersama roti atau yogurt!.


http://anizyn.blogspot.com/2014/03/cara-mengelak-perut-boroibuncit.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...