Masalah Berdiet Dan Cara Sebenar Mengatasi Kegemukan


Dalam menghadapi hidup yang semakin menuntut kecemerlangan penampilan diri ini, banyak orang yang berazam untuk menguruskan badan mereka untuk kelihatan seperti kebanyakan artis di kaca televisyen. Suatu masa dahulu, orang ramai tidak terlalu memberatkan soal berat badan dalam menilai kecantikan seseorang. Tetapi, pada masa kini, disebabkan media terlalu banyak mengaitkan kurus dengan kecantikan, banyak wanita terutamanya yang mempunyai 'mind set' bahawa mereka seharusnya mempunyai badan yang kurus untuk digelar wanita cantik. Ini semua, media punya pasal.

Dalam berusaha menguruskan badan, banyak wanita yang tersilap dalam memilih kaedah yang betul dan selamat. Akibat tersalah pilih kaedah yang betul, mereka akhirnya kembali meningkatkan berat badan.

Pendekatan berlapar ('diet') yang diamalkan bukanlah tidak boleh dilakukan untuk memperoleh berat badan unggul, namun ianya perlu dilakukan dengan betul. Berlapar tanpa makan (atau makan dengan kuantiti yang terlalu sedikit) hanya akan menambahterukkan lagi keadaan. Namun, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?

Secara fisiologinya, setelah seseorang itu berlapar selama 4 jam (dari waktu sarapan pagi ke tengah hari), badan mula menghasilkan sejenis hormon yang dapat meningkatkan gula dalam darah yang dipanggil glukagon. Glukagon merupakan sejenis kanji yang disimpan di dalam hati (liver) dan otot (muscle) dan dibakar apabila dirangsang oleh hormon glukagon.

Sekiranya badan masih tidak mendapatkan bekalan makanan lebih dari tempoh 18 jam, suatu sistem akan diaktifkan oleh badan untuk menggunakan protein yang tersimpan di dalam otot dan darah, iaitu sistem yang dipanggil glukoneogenesis. Profesor Kubova dari Jabatan Patofisiologi, Charles University menyatakan bahawa, sistem ini akan menyebabkan susutan jisim protein dalam badan, tetapi lemak tidak berapa digunakan untuk dibakar oleh badan. Kesannya, apabila seseorang itu terlalu ber'diet' tidak mahu makan selama beberapa hari, kesannya hanyalah pengaktifan glukoneogenesis yang mengurangkan jisim protein dalam badan. Apakah kesan kurangnya jisim badan? 

Sekiranya jisim protein dalam badan berkurangan, metabolisma badan turut berkurangan. Protein digunakan untuk membina otot badan yang membantu membakar begitu banyak lemak. Sewaktu proses glukoneogenesis sedang berlangsung, badan akan mula mengadaptasi kepada keadaan kekurangan makanan tersebut dengan mengurangkan kitar semula protein (protein turnover) yang melibatkan proses pemecahan dan pencantuman semula protein dalam badan (anabolic dan catabolic) yang memerlukan tenaga yang tinggi. Sekiranya seseorang itu selalu berlapar (contohnya seperti tidak makan hampir dua hari untuk menguruskan badan dll), ia sememangnya boleh berjaya menguruskan badan tetapi apa yang berlaku ialah badan akan cepat pula gemuk kembali, lebih cepat gemuk berbanding sebelum mengamalkan diet. Situasi ini dipanggil kesan 'flip-flop' (flip flop efect).

Sekiranya seseorang itu berlapar lebih daripada 3 hari, barulah sistem badan akan mula menggunakan lemak sebagai sumber utama bahan bakar dalam badan. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, kesan 'flip-flop' akan kelihatan. Hanya dengan dua tiga hari perayaan yang disajikan dengan pelbagai makanan boleh menampakkan kesan kegemukan pada individu tersebut. Cara diet ini adalah amat tidak digalakkan.

Apa yang amat dicadangkan untuk setiap individu amalkan ialah dengan makan seperti sediakala dan banyakkan bersukan. Bersukan dapat meningkatkan sejenis hormon yang membantu memecahkan lemak iaitu epinephrine. Hormon ini bertindak ke atas reseptor beta-3 yang bertanggungjawab menghantar signal untuk melarutkan lemak. Sewaktu bersukan, proses pemecahan lemak ini berlangsung seiring dengan proses pembakaran lemak yang berlaku dalam kuantiti yang tinggi di jantung. 

Banyakkan mengambil minyak ikan dan zaitun kerana minyak ini mengandungi Omega-3 dan omega-6 yang tinggi. Omega 3 dan omega 6 bukan sahaja amat diperlukan oleh badan untuk menghasilkan banyak derivatif seperti Thromboxane-A2, Prostacycline, Prostaglandin, Arachidonic Acid malah minyak ini juga berupaya merencat kemasukan asid lemak ke dalam sel serta membakar lemak yang telah berkumpul di dalam sel. Akibatnya, individu yang mengambil lemak perlu ini beroleh perubahan positif pada berat badan. 

Oleh itu, seseorang tidak patut membenci lemak hanya kerana ia kelihatan sungguh bersalah menambahkan berat badan, kerana pada hakikatnya, lemak inilah yang menolong badan kita bekerja lebih kuat untuk membakar lemak yang sudah sedia ada.

Namun, sekiranya semua cara sudah dicuba dan didapati tidak berkesan, disarankan agar individu yang mengalami masalah berat badan pergi berjumpa doktor pakar (genetik atau kosmetik) kerana ia (kegemukan itu) boleh jadi berkaitan dengan masalah genetik. Lihat sekeliling, sekiranya anda melihat banyak ahli keluarga anda menghadapi masalah yang serupa, ia mungkin berpunca dari genetik. Beberapa penyakit genetik yang dikenalpasti menyebabkan kegemukan termasuk:

  • Bardet-Biedl syndrome (yang dikaitkan dengan 6 jari tangan dan cacat otak)
  • Cohen syndrome
  • Non-sensitive beta-3 receptor
  • masalah pada OB gene 
  • Thrifty Gene (pada kebanyakan orang Red Indian, gypsy dan segelintir Asia dan Afrika)

Tips Kuruskan Badan Cara Semulajadi


Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya. Ada yang boleh digunakan di dalam masakan dan ada juga yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan diri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan berat badan/ obesiti. Antara jenis-jenis tumbuhan yang dapat digunakan sebagai tips kuruskan badan secara semulajadi ialah;

1. Limau nipis

Limau Nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas

Nanas

 Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima
Buah Delima 

Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun
Lobak merahLobak merah

Lobak  merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)
Daun Salam (Daun kari)

Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita

6. Halia
Halia

Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

http://www.ciktom.com/tips-kuruskan-badan-cara-semulajadi/

Panduan Dapatkan Tubuh Langsing

SERONOK apabila mendengar ada orang terdekat di kalangan kita yang dulunya berisi, alih-alih berjaya menguruskan badan. Pasti jauh disudut hati teringin juga untuk memiliki bentuk tubuh yang menawan persis model.

Ada Teknik Tertentu Untuk Pastikan Badan Anda Langsing

Bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan bukanlah mudah kerana memerlukan teknik yang betul. Meski pun anda berjaya mengurangkan berat badan, tetapi belum tentu ‘pengurangan’ itu tidak menjejaskan kesihatan tubuh anda. Oleh itu, sebelum memulakan ‘aktiviti’, anda perlu mengetahui rahsia pelangsingan yang betul.

UKUR BERKALA

Sebelum memulakan aktiviti, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan timbang berat badan, ukur lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Lakukan ukuran rutin secara berkala. Dengan itu, anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan membuahkan hasil atau masih kurang.

ATUR POLA MAKAN

Selain itu, anda juga mesti mengubah pola makanan terutama kurangkan lemak, makanan yang manis dan karbohidrat. Bukannya tidak boleh makan sama sekali, tetapi sebaiknya, ambil secara minimum atau gantikan dengan versi rendah lemak. Contohnya daripada makan ais krim, cuba amalkan makan yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan. Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, ia juga membantu menjaga kesihatan tubuh.

SEIMBANGKAN KELUAR MASUK

Jika berjaya mencapai berat badan ideal, tidak beerti anda tidak boleh makan makanan yang sedap lagi lazat. Prinsip dalam mempertahankan berat badan agar kekal stabil sebenarnya tidaklah rumit sangat. Yang penting ‘pengeluaran’ mestilah seimbang dengan kadar ‘kemasukan’. Sekiranya anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu anda lakukan juga mesti banyak agar semua kalori yang masuk terbakar.

KAWAL PERASAAN

Rasa kenyang, lapar semuanya terletak dalam fikiran. Kalau anda yankin yang anda sudah kenyang, walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, anda akan tetap berasa kenyang. Sebaliknya, jika anda makan banyak tapi di fikiran anda merasakan tidak cukup, maka ia akan membuat anda berasa lapar.

BUAT CATATAN

Ada baiknya sepanjang menjalani proses penurunan berat badan, anda sediakan buku harian untuk mencatat semua menu yang anda makan. Ia bertujuan memastikan anda mengikut garis panduan pemakanan yang disarankan. Dengan itu, anda akan tahu penyebab kenaikan atau perubahan berat badan sekiranya terjadi di kemudian hari.

BERSENAM

Tidak perlu melakukan senaman yang berat, yang penting teratur dan selamat untuk tubuh. Perlu diketahui bersenam mampu membuatkan tubuh anda kelihatan lebih bertenaga dan memberi ‘bentuk’ pada tubuh badan. Selain itu, dengan bersenam ia dapat meningkatkan stamina anda. Senaman mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan berjoging di kawasan halaman rumah, mendaki tangga dan sebagainya.

LAKUKAN BERPASANGAN

Bagusnya jika kawan-kawan turut menyokong dan membantu usaha anda untuk hidup sihat. Apatah lagi apabila dapat lakukan aktiviti bersama-sama, tentu gembira bukan. Selian itu, cuba nada rancang acara keluarga yang bersifat lebih aktif dan sihat. Misalnya berenang, mendaki, menyediakan menu makanan sihat atau joging beramai-ramai, pasti menyeronokkan.

GAYA HIDUP

Jadikan hidup sihat sebagai gaya hidup anda. Apabila hidup sihat sudah menjadi gaya hidup, anda akan merasakan keperluan dalam bersenam dan mementingkan pengambilan makanan yang sihat. Tapi jangan pula terlalu ‘taksub’, bimbang nanti tersalah langkah. Sebaiknya seimbangkan di antara keperluan senaman dan juga penambilan makanan sihat.

AIR PUTIH

Kadang-kala anda tidak mampu mengawal pemakanan yang anda makan setiap hari. Lantaran tidak tahan dek godaan makanan yang enak-enak. Jangan risau anda boleh mengingkirkan makanan ‘jahat’ itu dengan banyakkan minum air putih. Air putih dapat membantu melarutkan bahan makanan yang ‘terlanjur’ masuk ke dalam perut. Ataupun anda boleh amalkan minum jus buah-buahan.

KEPENTINGAN SAYUR

Ramai orang menganggap sayur-sayuran adalah makanan sampingan sahaja. Hakikatnya, ia lebih dari itu. Amalkan makan sayur tiga hingga empat mangkuk sehari. Sayur membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia ‘bekerja’ dengan baik. Sumber: Majalah Dara.Com

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tip-kurus/panduan-dapatkan-tubuh-langsing/

10 Tip Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan

Tip Tingkatkan Metabolisma Badan 
Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?
Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.
  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak “bakar” lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk “bakar” lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah – tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.
Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tip-tingkatkan-metabolisma-bada/

Dah Diet Tapi Masih Tak Kurus-Kurus Lagi

“Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?”  Itulah biasanya keluhan ramai di antara kita. Ada di antara kita mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.


Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.


1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Kita perlu faham terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.
Sumber: Mingguan Malaysia 15 Mei 2011
 
http://www.tip.kuruskanbadan.com/cerita-tentang-kurus/dah-diet-tapi-masih-tak-kurus-kurus-lagi/ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...