Tip Senaman Mudah Di Pejabat


Seharian bekerja sudah tentu meletihkan dan apabila pulang ke rumah, apa yang terfikir hanyalah berehat sambil menonton televisyen atau bersama keluarga.

Sudah tentu, dengan rutin ini, anda hampir tiada masa untuk bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana kekangan waktu. Cuba fikirkan anda berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Malah, ketika pulang pula terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya dan boleh dikatakan sebahagian waktu anda dihabiskan tanpa melakukan regangan atau senaman.

Apatah lagi anda terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin. Sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan anda dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat.

Cara yang terbaik untuk mengekalkan anda sentiasa sihat selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. Berikut dikongsi tip senam mudah yang boleh dilakukan di pejabat:

* Gunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif atau ketika makan tengah hari amalkan untuk berjalan ke restoran berdekatan pejabat anda.

* Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.

* Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.

* Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

* Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.

Malah anda masih lagi boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang atau sedang melakukan perbincangan bersama dengan rakan sekerja.

Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk menyatakan anda tiada masa untuk melakukan senaman kerana sibuk dan kerap pulang lewat ke rumah.

Jika pejabat anda mempunyai gimnasium, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kirakira 20 minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah.

Bagi memastikan anda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, apa kata ajak rakan sekerja melakukan senaman bersenam. Pasti ini lebih menyeronokkan!

http://anizyn.blogspot.com/2012/03/tip-senaman-mudah-di-pejabat.html

Minum Separuh Teh Tarik Untuk Kurang 4.75kg Setahun

Anda gemar minum teh tarik? Sudah tentu. Saya pun. Malah dalam sehari, saya sendiri pun minum dalam 2x gelas teh tarik di mamak atau mana-mana kedai makan.

Bukankah teh tarik menggemukkan?

Ya and tidak. Sememangnya kalau berlebihan, teh tarik boleh menggemukkan kerana ia menggandungi kalori. Berapa kalori dalam secawan? Dalam 100 kalori kot, bergantung kepada cara penyediaan. Tapi kalau dibanding dengan nasi lemak (400-500 kalori), roti canai (300 kalori) ataupun tin coka cola (150 kalori), secawan teh tarik is not the end of the world.

Tip: Minum separuh gelas untuk kurangkan 4.75kg setahun!

Betul ke? Kalau anda faham konsep kalori, memang mudah. Katakanlah anda biasa minum 2x gelas sehari atau 200 kalori. Now untuk kurangkan berat 4.75kg setahun, anda hanya boleh minum separuh gelas tapi tetap 2x sehari. Macamana? Senang je – 50 x 2 x 7700 kalori bersamaan dengan 36,500 kalori atau 4.75kg!

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minum-teh-tarik-kurang-berat/

Makan Luar Lewat Malam, 40% Budak Makin Gemuk


KUALA TERENGGANU 8 Jun – Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di Lembah Klang mengalami masalah kegemukan atau obesiti disebabkan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar selepas pukul 10 malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Profesor Dr. Zulkifli Ismail berkata, budaya makan di luar semakin sinonim dengan gaya hidup masyarakat di kawasan itu berikutan taraf sosio-ekonomi yang semakin baik.

Beliau yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, masalah tersebut harus diberi perhatian lebih serius memandangkan berat badan berlebihan boleh membawa risiko penyakit kronik iaitu darah tinggi, kencing manis dan jantung di kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, namun berdasarkan gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

“Umpamanya saya lihat kebanyakan ibu bapa di Selangor gemar membawa seisi keluarga makan di restoran selepas pukul 10 malam. Ini bukan gaya hidup yang sihat, justeru ia perlu ditukar.

“Kanak-kanak yang mengalami obesiti lazimnya akan membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya iaitu darah tinggi, kencing manis, jantung dan barah,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA ke-29 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh di Primula Beach Resort di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo.

Bersesuaian dengan tema ‘Kanak-Kanak Berpenyakit Kronik’, Kongres MPA tahun ini yang disertai lebih 100 pakar dan doktor pediatrik dari dalam dan luar negara akan membincangkan isu-isu saintifik perubatan berkaitan penyakit-penyakit kronik.

Menurut Zulkifli, selain sikap ibu bapa, rutin hidup kanak-kanak yang lebih ke arah ‘bersenang-lenang’ seperti bermain komputer dan video, menonton televisyen, pengambilan makanan berlemak dan berkalori tinggi serta kurang melakukan aktiviti fizikal turut menyumbang kepada masalah obesiti.

Katanya, berdasarkan data rasmi Kementerian Kesihatan kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, namun MPA percaya kadar itu lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin mencecah sehingga 30 dan 40 peratus.

‘‘Data ini adalah hasil kajian rawak yang dilakukan pakar pediatrik terutama di Lembah Klang,” ujarnya.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

“Kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri ini menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi,” ujarnya.

Beliau memberitahu, ketika ini hanya terdapat lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta penduduk negeri ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0609&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive&arc=hive

Panduan Makan Minum Sebelum Senaman

GH9Z4951_p1

Pagi tadi di Selamat Pagi Malaysia RTM1 (slot bersama saya setiap Selasa pagi), saya bincangkan topik panduan makan dan minum sebelum dan selepas bersenam.
Untuk pastikan senaman anda berkualiti, anda perlu mahir dalam bezakan keperluan pre dan post-workout yang bergantung kepada objektif senaman.

Nak bakar lemak semasa bersenam?

Sekiranya matlamat anda untuk membakar lemak semasa bersenam, elakkan makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum/semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik etc). Tapi pastikan intensiti senaman tersebut tidak tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jangtung. Contoh senaman yang sesuai uphill brisk walking.
Tapi hat-hati: Pembakaran lemak semasa senam tidak secepat pembakaran glycogen, jadi performance atau kemantapan bersenam akan berkurangan.

Senaman untuk tingkatkan stamina?

Kalau anda gemari senaman seperti High Intesiti Interval Training (HIIT) atau aerobik impak tinggi, anda harus mengambil hidangan sebelum bersenam untuk memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Tanpanya, badan tidak sempat untuk membakar lemak dan terpaksa gunakan glycogen yang terkandung dalam otot. Anda rugi. Kadar degupan jantung anda untuk senaman HIIT ini boleh memcecah 80-90%.

Senaman Pemberat

Untuk senamam pemberat atau weight training, wajib makan sebelum. Samalah seperti senaman intensiti tinggi (i.e. HIIT), badan tidak sempat untuk pecahkan lemak sebagai sumber tenaga dan perlukan tengaga yang cepat daripada belakan glycogen badan. Jadi makan atau minum dalam 30min sebelum dan selepas bersenam. Untuk senaman pemberat, saya syorkan nisbah protein:karbohidrat dalam 1:2 (kalau 10g protein, ambil lah 20g karobhidrat). Pilih kombinasi karbohidrat yang mudah dan yang lambat hadam supaya ada bekalan sepajang masa. Saya juga syorkan minum air berglukos semasa bersenam tetapi kepekatannya tidak sepekat air isotonik biasa. Campurkan air untuk kurangkan kepekatan.
..saya syorkan minum air yang berglukos semasa bersenam tetapi kepekatannya tidak sepekat air isotonik biasa…
Apa-apa pun jangan sesekali lupa atau abaikan keperluan air semasa bersenam. Hukumnya wajib, tak kira objektif senaman. Lagi-lagi dengan cuaca iklim Malaysia yang panas lembap.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/panduan-makan-minum-sebelum-senaman/#more-7911

Beri Biru (Blueberry) Bantu Menurunkan Lemak & Kolesterol

Beri biru atau blueberry sememangnya sedap. Apatah lagi jika dibuat kek atau yogurt, kan? Bagi anda yang gemarkan beri biru, saya mahu kongsikan satu kajian yang telah dilakukan ke atasnya.


Buah Beri Biru
Buah Beri Biru


Di Amerika Syarikat, satu kajian penggunaan buah beri biru telah dibuat ke atas haiwan. Hasilnya, ia menunjukkan kesan positif dalam menurunkan kolesterol.

Namun, kajian ini masih di peringkat awal. Keputusan mukatamad pun masih belum diputuskan. Tapi, kajian ini sedikit sebanyak membayangkan yang beri biru boleh dijadikan alternatif untuk menurunkan paras kolesterol.


Ini kerana beri biru mengandungi "pterostilbene". Ia telah menunjukkan kesan stimulasi protein reseptor yang terdapat dalam sel yang mana memainkan peranan penting untuk menurunkan kolesterol dan lemak dalam tubuh.

Setakat ini juga, sebarang kesan sampingan terhadap penggunaannya masih belum ditemui. :)

Selain menurunkan lemak dan kolesterol, "pterostilbene" juga boleh membantu mengatasi masalah kegemukan, diabetes, melawan kanser dan penyakit jantung.


Walaubagaimanapun, anda harus sedar selain pengambilan pola pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal setiap hari adalah kaedah terbaik bagi menurunkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lain. :)

Merawat Masalah Obesiti


PADA hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. “Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. “Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,” ujarnya.

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. “Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,” jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. “Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.

Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. “Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. “Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,” ujarnya.

Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.


Diet

- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

- Elakkan menggunakan susu pekat manis.

- Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.

- Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

- Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.

- Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.

- Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.


Senaman

Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.

Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.


Ubat-ubatan

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan.

Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:

- Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.

- Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.

- Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.

- Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.


Pembedahan

Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram.

Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka.

Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:

- Jaw wiring – mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.

- Gastric reduction – mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.

- Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) – pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.

Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7×1.7

Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:

Normal: 17-25

Berat badan berlebihan: 25-30

Obesiti tahap I: 30-35

Obesiti tahap II: 35-40

Obesiti tahap III: 40 ke atas


Punca

Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:

- Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

- Kurang melakukan senaman.

- Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.

- Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.

- Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.

- Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.

l Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.


Bagaimana menyukat tahap obesiti

Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:

- Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti

- Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.


Implikasi obesiti

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:

- Penyakit hipertensi

- Penyakit jantung koronari

- Diabetes Mellitus

- Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain

- Gout dan sakit sendi (osteoartritis)

- Masalah pernafasan – sleep apnea syndrome

- Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

- Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.


Risiko psikososial

Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

Mengenal Masalah Kegemukan

Image result for fat cartoon
OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka.

Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh.

Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali dihadapi remaja, termasuk juga orang dewasa.

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti.

Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran.

GENETIK

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau ‘pusat makan’); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau ‘pusat kenyang’).

Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

POLA MAKAN BERLEBIHAN

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

KURANG BERSUKAN

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.

Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

PENGARUH EMOSIONAL

Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk ‘dahaga’ akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

LINGKUNGAN PERSEKITARAN

Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.

http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=174

Sejuta Wanita Malaysia Makin Gebu, Gempal, Gemuk


PUTRAJAYA 12 Jun – Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.

‘‘Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

“Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.

Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.

Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

‘‘Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau ‘osteoartritis’ yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.

‘‘Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,” katanya.

Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive&arc=hive

10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda

Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.

Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

    1. Soft Drinks / Minuman bergas
    Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
    Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

    2. Minuman Kedai Kopi
    Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
    Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

    3. Produk kaya tepung
    Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

    4. Roti, kek, dll
    Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
    Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

    5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
    Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
    Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
    Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

    6. Makanan dalam tin
    Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

    7. Makanan bergoreng
    Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
    Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

    8. Makanan segera
    Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

    9. Snek buah
    Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-makanan-anda-perlu-elak-dalam-diet-anda/

    10 Tips Untuk Kempiskan Perut


    Ingin mengatasi masalah perut buncit? Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk membantu anda kempiskan perut. Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk kepada eBook Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu yang sekaligus membincangkan tentang cara-cara untuk membuang lemak.
    1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
    2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
    3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
    4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
    5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
    6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
    7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
    8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
    9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
    10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-untuk-kempiskan-perut/

    Ibu Gemuk Peroleh AS$90,000 (RM269,910) Setahun

    NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.



    PARA peminat membayar AS$20 untuk melihat Donna Simson makan di laman webnya di internet.
     
    Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
    Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu. Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.

    Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. - Agensi

    sumber asal : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

    Cerita Hot I Jadi Kurus!

    Aku tersenyum sendiri betapa hodohnya aku dulu.gemuk.busuk.tengik,kulit kusam,seluar size 54,bahagian leher dan celat lipatan gelap,rambut hodoh,kulit muka MasyaAllah.langsung tiada langsung apa yg mahu dibanggakan,perut menggeleber,pada wajah jelas,tompokan tompokan hitam,kulit tidak sekata.Ya,memang hodoh dan teruk,Cuma bersyukurlah kerana masih sempurna.dengan berat 147 kg,aku membawa badan yang berat ke sana sini,dengan tercungap cungap.lelah.langsung tiada apa yang menarik tentang diri aku.perempuan jangan ceritalah-pandang aku seperti kerbau berlumpur.aku sedar.siapalah diri aku.



    Takpayah nak kutuk,aku sendiri faham,apa kata-kata yang sesuai untuk aku yang hina hodoh ni.hahahahha.perempuan pulak jangan tipu lah,”I tak pandang rupa,I tengok hati.puiiiJ.pakai baju dahla takde size,kalau ada size pun tak menarik,baju asal ada.kalau gemuk hodoh ni kaya lainlah cerita,ini pulak sengkek,pakai kancil buruk je,pendapatan kecil.lagilah rasa rendah diri.

    Lepas tu pulak bila sakit,seksanya Tuhan sahaja yang tahu,betapa seksa dan azabnya.hinggalah suatu masa badan jadi tak stabil.akhirnya masuk wad.bila cek,semua tanda tanda awal penyakit ada.MasyaAllah kalau tak control,memang aku takkan lama lagi hidup kat dunia ini.Ya Allah,aku tak mahu mati.
    Lepas tu,aku cuba diet.makan sedikit sahaja yang penting sayuran sayuran.First aku tukar dari minum air manis kepada air mineral.pastu masakan melayu ni aku kurangkan sikit,gulai takde dah,banyakkan ikan,daging ambik sikit je-tukar kepada protein semua.

    Pastu malam malam aku blend epal hijau.kalau makan nasi,tak aci tambah.sepinggan sahaja.dalam beberapa bulan berat turun dari 147kg kepada 133kg.masa ni memang tak guna product langsung,seluar size 52 dah turun dalam 46.masa ini ada perubahan,bahagian tepi perut mengecil.dari pengamatan aku,bila tukar kepada minum air mineral,aku jadi banyak kencing,dan aku lihat bahagian kaki sudah mula ringan.sori aku tak minum air paip walau dimasak,bagi aku,air paip adalah air yang dirawat dengan klorin tetapi karat di dalam paip besi itu tak hilang macammana?


    Khasiat epal hijau jangan buat ringan la.kesan asid dalam epal buat anda setiap pagi buang air besar dalam jumlah yang banyak.hasilnya anda terasa ringan.

    Selepas itu,aku cuba try beli satu produk kuruskan badan.produk badan ni terlalu manis untuk ditelan.pastu tak nak.try pulak produk B,produk ni rasa macam geli sikit sebab rasa macam dedak ayam je.satu hari aku termakan kata kata kawan aku,supaya try satu produk X.bila aku makan produk x,memang jadi nak kencing.kencinglah semahu mahunya,air kencing toksah cakap la,keruh gila.produk X ni ada 3 produk kecik kecik,pertama  estrak bunga raya,kalau minum,memang buang air kecil je,tapi jangan risau lama lama dia akan berhenti.itu tindakbalas semulajadi.pastu produk kedua adalah ramuan herba  plus protein soya,kalau makan benda ini jadi buang air besar banyak setiap pagi,badan pun rasa ringan,tapi tak sedar ianya mencerahkan kulit muka.Ajaibnya kusam kat muka hilang,gelap kat ketiak leher semua dah putih balik.cium ketiak dah la tengik dah.ada orang cakap produk ni mahal.aku tak kisah aku telan je.

    Selepas beberapa bulan,berat badan aku turun dalam beberapa kilo lagi.jadi 120kg,seluar dah tukar dari 46 ke 43.masa ni pening kepala sikit,sebab hampir semula seluar kena tukar.tapi tak kisahlah,sebab happy gila.masa ni dah cuba cuba nak bergaya sikit.memang berbaloi.muka dah tirus,hensem bersahaja.cesss.
    Cerita ni tak habis kat sini.rupanya kalau kita focus pada protein mmg la berbaloi.fokus makanan protein.aku dapat idea-susu soya.terus aku amalkan minum soya lak.produk X aku tak lupa.pastu aku pakai sabun susu kambing kat muka,pastu dah start pakai losyen muka dan badan.pastu dah start pakai lulur.pastu pulak dah pakai pewangi.rambut pulak dah taruk syampu,bibir taruk lipbalm.baju baju dah berjenama.


    Ok!sekarang berat i dah turun.skrg ni sekitar 109kg.berkat bersungguh-sungguh I jadi mengecil hampir 30 peratus dari berat asal.hahahhahahah.wajah dah bersih gila.putih melepak,badan dah segak.keyakinan datang.pastu hidup I dah berubah.

    Maaflah I tak kurus lagi.tapi masih mengecil.orang nak cakap I gila produk pun takpe.sekarang ni I amalkan jugak makan madu dan habbatus sauda.badan jadi tak letih.produk X I tak lupa.heheheh.sekarang ni pulak I rasa I mmg hensem.bila pakai suit black n white bertali leher,pastu control control suara sikit-memang ada yg pandang.best skali bila dah pakai mazda 3,orang Nampak kita elegance.hahahahhaha.best sangat.pastu dulu rasa lonely,sekarang ni I dah ada girlfriend.


    Girlfriend I punyalah cantik.rupanya dia gila produk macam i.dulu pun dia gemuk jugak.sekarang dia dah kurus sebab makan produk M.
    Apa yang I nak cakap,sapa sapa yang gemuk,percayalah sebenarnya ada cara nak kurus,buang yang keruh(air kencing) ambil yang jernih(air mineral).i tulis ni sebab I nak sampaikan betapa happynya I sekarang dengan kehidupan i.
    Orang orang gemuk janganlah susah ati ok.i faham perasaan anda.anda boleh mengubahnya.dan pada gf I Kamalia,tq for loving me..(I tau kulit I lagi lembut dari u).hahahahha.

    I saje je tulis cerita i.supaya anda ambik iktibar,betapa tiada yang mustahil di dalam hidup anda melainkan anda berazam,dan berusaha.
    Salam sayang.
    Mohd Hayyatuddin (tengah minum soya)

    http://kalambaiduri.blogspot.com/2012/09/cerita-hot-i-jadi-kurus.html

    Anggota Polis Pakistan Diarah Atasi Perut Buncit

    Di Islamabad, seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam. Media media di negara itu menyifatkan arahan itu sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’. Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

    Polis Pakistan perut buncit

    Anggota polis Pakistan diarah atasi perut buncit - Terbakor

    Ketua Polis Pakistan arah atasi masalah perut buncit

    Seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam.

    Akhbar-akhbar tempatan menganggap arahan itu adalah sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’.

    Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

    “Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?” kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.

    Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.

    Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.

    Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.

    Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.

    “Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus,” kata jurucakap tersebut. – AFP
     http://terbakor.com/2012/06/19/anggota-polis-pakistan-diarah-atasi-perut-buncit-terbakor/

    Tidak Perlu Rendah Diri Walaupun Gemuk


    KUALA LUMPUR 13 Jun – Beberapa personaliti tempatan bersaiz besar menganggap kegemukan di kalangan wanita tempatan bukan satu isu asalkan mereka mampu berdikari dan menjalani kehidupan yang berkualiti.

    Bahkan, wanita yang gemuk perlu lebih realistik tanpa memandang rendah bentuk badan sendiri agar tidak memudaratkan kesihatan mental.

    Selain itu, masalah mendapatkan pakaian bersesuaian juga tidak sepatutnya menjadi halangan untuk tampil bergaya sebagaimana golongan bersaiz lebih kecil.

    Pelakon, pengacara dan produser, Syaniza Hisham (Syanie) bersyukur dianugerahkan badan yang sihat membolehkannya mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain.

    Baginya, wanita yang berbadan besar perlu berfikiran positif dan tahu menilai kemampuan diri sendiri agar tidak menyusahkan orang lain.

    “Wanita yang mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada kegemukan perlulah berusaha mengatasinya termasuk mengurangkan berat badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

    Beliau diminta mengulas laporan kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang mendapati satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun mengalami masalah gemuk.

    Bagi Syanie, setiap wanita perlu percaya kecantikan dalaman termasuk pekerti dan kemahiran berdikari adalah lebih penting berbanding kecantikan rupa paras yang boleh luntur dimamah usia.

    Beliau juga menyelar wanita yang meratapi saiz badan sendiri dengan menganggap saiz sebagai halangan untuk bergaya.

    “Kebelakangan ini, banyak jalur fesyen untuk golongan bersaiz besar muncul jadi mereka mempunyai lebih banyak pilihan, tetapi jika mereka masih merasakan gemuk sebagai halangan, mereka perlulah berusaha mengatasinya,” tegasnya.

    Penyanyi ceria, Faradina Mohd. Nadzir (Dina) pula berpendapat perangkaan terbaru itu bukanlah sesuatu isu yang mengejutkan sebaliknya merupakan satu evolusi normal manusia akibat pelbagai faktor khususnya hormon dan gaya hidup.

    “Ramai wanita tempatan khususnya yang bekerja mempunyai saiz besar bukan kerana malas atau obses pada makanan tetapi disebabkan faktor-faktor lain seperti keturunan, penyakit dan latar belakang pekerjaan,” katanya.

    Contohnya, menurut beliau, salah seorang rakannya mengalami kegemukan sejak kecil akibat saluran penghadaman gagal menghasilkan hormon-hormon pankreas.

    Oleh itu, penyanyi yang ligat menari itu berharap masyarakat lebih berfikiran terbuka agar golongan ini dapat menjalani kehidupan normal tanpa sebarang perasaan rendah diri.

    Beliau yang lahir dalam keluarga bersaiz besar tidak merasa rendah diri dengan bentuk badannya, tetapi mengaku pernah berusaha melangsingkan badan.

    Bagaimanapun, jelasnya penggunaan pil pelangsing itu telah memudaratkan kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive&arc=hive
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...