Mengapa Masalah Kegemukan Boleh Juga Dialami Oleh Orang Yang Kurus?

Masalah Kegemukan Orang Yang Kurus
Menurut Dr. Jimmy Bell, seorang profesor molekul di Imperial College London di England:
“Kurus Tidak Bermakna Badan Anda Tidak Gemuk Dari Segi Lemak Simpanan Berlebihan.”
Beliau terus berkata, orang-orang yang gemuk di dalam biasanya mempunyai tubuh badan yang mendekati keadaan obesiti. Mereka ini makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi (seperti lemak dan makanan manis) dan senaman terlalu sedikit untuk menggunakan kesemuanya – tetapi mereka tidak makan sehingga paras untuk benar-benar menjadi gemuk (obes).
Para saintis percaya tubuh badan kita akan menyimpan lemak berlebihan di sekitar perut pada mulanya, dan lepas itu akan mula menyimpannya di bahagian anggota badan lain (misalnya, dibawah lapisan kulit di punggung, paha dan lengan).
Lemak berlebihan yang terkumpul di sekitar organ-organ perut adalah dikenali sebagai lemak viseral, manakala tisu lemak yang terbentuk di bawah lapisan kulit adalah dikenali sebagai lemak subkutan.
Menurut laporan, orang-orang yang menjaga berat badannya melalui diet sahaja dan tanpa senaman yang cukup cenderung mempunyai simpanan lemak dalaman (internal fat) yang tinggi, sungguhpun tubuh badan mereka itu kelihatan kurus.
Cara yang yang paling baik untuk menghapuskan simpanan lemak dalaman (lemak viseral) dari tubuh badan seseorang yang kurus, supaya dia bolehmengatasi masalah kegemukan, ialah melalui senaman (fizikal aktiviti) yang cukup serta pengambilan pemakanan yang seimbang.
 
Abby Tan, Sabah, Malaysia
Nota: Artikel ini adalah sumbangan daripada Abby Tan di Sabah, Malaysia.

Panduan Kalori 30 Makanan Popular Hari Raya

Ingin tahu kandungan kalori lemang, ketupat, serunding, lontong dan pelbagai makanan lazat di hari raya yang lain? Memandangkan hari raya akan tiba tidak lama lagi, di sini saya ingin bantu anda kenal-pasti kandungan kalori makanan popular di hari raya aidilfitri Malaysia. Harap-harap ia dapat bantu anda dalam pemilihan dan pengiraan kalori (kepada mereka yang ada bajet kalori) sepanjang musim perayaan.

Untuk tip elak gemuk rasa dan banyak kalori senarai kalori makanan dan manis-manisan hari raya

Makanan Saiz Hidangan Kalori
Ketupat 1 Biji (80g) 88
Ketupat Palas 1 Biji (80g) 124
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Lontong with sayur 1 Mangkuk 350
Soto Ayam 1 Mangkuk 403
Laksa 1 Mangkuk 550
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam 55g 180 55g (1 genggam kecil) 180
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit 112
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Teh Tarik 1 Gelas 90
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Kopi O Kosong 1 Gelas 2
Soft Drink 1 Gelas 85
Air Kosong 11 Gelas 0
Air Sirap 1 Gelas 85
Kui Tart Nanas 1 Tart Kecil 50
Biskut Raya (secara am) 1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Tapai Pulut 1 Biji 134
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Cheese Cake 1Potong Sederhana 240
Kek Koklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250
Kek Koklat (Sponge) 1 Potong Sederhana 180

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kalori-makanan-popular-hari-raya/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...