Mari Kurangkan Lemak di Badan

Lemak berlebihan pada tubuh membuatkan seseorang tu terasa gemuk. Bila bentuk badan kurang menarik, sedikit sebanyak menjejaskan penampilan. Ditambah pula jikalau kurang arif berfesyen. Silap pilih, penampilan akan lebih teruk dan mungkin jadi mangsa fesyen kot.

Andainya anda pentingkan penampilan, mahu atau tak haruslah berusaha mengurangkan lemak di badan. Tapi, jangan pula hilangkan terus semua lemak yang ada tu. Tolong dielakkan sama sekali. Nanti tak pasal-pasal kesihatan anda pula yang terjejas.


Sehubungan itu, saya nak kongsilah satu petua kurangkan lemak dengan anda. Boleh, kan? Hehe...


Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


1. 3 potong halia bara

Halia Bara - Wikipedia


2.Sedikit jintan manis

3. Sedikit jintan putih

4. Beberapa biji lada hitam



Kemudian, apa yang perlu anda lakukan adalah;


1. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

2. Selepas itu, masukkan bahan tersebut ke dalam setengah gelas air suam.

3. Biarkan ia terendam kira-kira 1 jam.

4. Kemudian, anda perah dan tapiskan ia ke dalam secawan air suam lain.

5. Akhir sekali, anda bahagi dua air tersebut. Setengahnya diminum pada waktu pagi dan selebihnya diminum pada waktu petang.

Obesiti di Kuwait Teruk

MANAMA: Kuwait mempunyai kadar obesiti paling tinggi di dunia, kata Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Al Sabah, Dr Mubarak Al Kandari, semalam.

Menurutnya, kira-kira 250,000 warga Kuwait menghidap obesiti dan sehingga 50,000 daripada mereka memerlukan pembedahan.



“Kadar obesiti di Kuwait kini adalah yang paling tinggi di dunia,” katanya, dipetik oleh akhbar Al-Watan. Beliau juga berkata, unitnya menerima sehingga 30 pesakit seminggu. – AN
Sumber: myMetro

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?
p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz1u9xlixct

3.6 Bilion Penduduk Dunia Gemuk


GEMUK, obesiti dan langsing – tiga perkataan yang begitu sinonim untuk menggambarkan bentuk badan seseorang individu.

Satu kajian menunjukkan, kegemukan dan obesiti kini menjadi masalah di seluruh dunia, di mana 3.6 bilion penduduk bumi mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 23.4, paras yang dikategorikan sebagai terlebih berat badan.

Malah, di Malaysia sendiri, hasil Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan (NHMS) pada tahun 1996 menunjukkan, 15.1 peratus lelaki dan 18 peratus wanita daripada kira-kira 21 juta penduduk negara ini berada dalam kategori berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, tiga peratus di kalangan lelaki dikelaskan sebagai obes, sementara wanita pula 5.7 peratus.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Kol. (B) Dr. Abd. Rahman Mohd. Ali, kajian yang dijalankan juga mendapati, masalah kegemukan dan obesiti di kalangan remaja turut menunjukkan peningkatan ketara kepada enam peratus pada 1997 berbanding satu peratus pada tahun 1990.

Beliau berkata, kesedaran di kalangan mereka yang dikatakan sebagai gemuk dan obes untuk mendapatkan rawatan bagi mengurangkan berat badan bagaimanapun semakin meningkat.

“Kebanyakannya mengurangkan berat badan disebabkan faktor imej iaitu hendak menjadi lebih langsing dan bukannya mahu mengurangkan risiko akibat berlebihan berat badan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Obesiti diukur dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu nisbah berat dalam kilogram (kg) dibandingkan dengan ketinggian dalam meter (m) seseorang.

Dr. Abd. Rahman berkata, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, terdedah kepada pelbagai risiko seperti:

* masalah jantung.

* kencing manis.

* penyakit sendi atau tulang.

* tekanan darah tinggi.

* gout.

* batu hempedu.

* penyakit hati.

* sukar mendapat zuriat.

* sukar tidur.

* masalah sosial seperti sukar mendapat kerja dan dipinggirkan.

Sehubungan itu katanya, terdapat beberapa kaedah untuk melangsingkan badan dan terbaik adalah melalui diet, latihan dan perubahan tingkah laku.

Selain itu, bagi mereka yang dikelaskan sebagai obesiti melampau, pengurangan berat badan juga boleh dilakukan melalui pembedahan melalui kaedah lencongan aliran pemakanan, mengikat tali perut atau gusi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pengurangan berat badan sebaiknya dilakukan secara terancang dan tidak mendadak.

‘‘Lazimnya, mereka yang mengalami penurunan berat badan dalam masa singkat akan menghadapi masalah seperti tidak boleh menyesuaikan perubahan tersebut dan tidak boleh mengekalkan bentuk badan yang baru sehingga menyebabkan berat badan kembali naik secara mendadak,’’ katanya.

Mengulas pengambilan ubat pelangsing badan pula, Dr. Abd. Rahman berkata, ia sepatutnya digunakan sebagai kaedah sampingan untuk mengekalkan bentuk badan yang kembali langsing.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0219&pub=utusan_malaysia&sec=laporan_khas&pg=lk_04.htm&arc=hive&arc=hive
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...