Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kegemukan





Faktor yang menyebabkan kegemukan

a. Kesihatan

Hipotiroidisme - kegiataan kelenjer tiroid yang kurang daripada normal.

Sindrom Cushing - jumlah hormon kortikoteroid berlebihan di dalam tubuh. Memberi simptom seperti pertambahan berat badan, kemerahan muka dan leher, tumbuh bulu pada tubuh dan kadangkala ganguan mental.

Hioptalamik - membabitkan kawasan pada otak depan di lantai ventrikel ke dua yang mengandungi beberapa pusat penting mengawal suhu badan, dahaga, kelaparan dan pemakanan, imbangan air dan fungsi seksual.

b. Keturunan / Genetik


Mempunyai gen yang sam dan tabiat pemakanan serta gaya hidup yang sama menyumbang kepada masalah kegemukan.

c. Faktor persekitaran

Umpamanya kewangan dan kemudahan mendapatkan makanan manis serta makanan ringan memberi kesan kepda corak pemgambilan makanan.

d. Kemurungan / kegembiraan

Kebanyakan orang makan berlebihan bagi mengatasi masalah emosi, tidak kira negatif atau positif seperti marah atau sedih.

e. Penggunaan tenaga

Orang yang gemuk biasanya menggunakan banyak tenaga apabila melakukan kegiatan fizikal kerana mereka mempunyai jisim yang lebih besar untuk bergerak. Oleh itu, orang gemuk kebanyakannya menghadkan pergerakan dan aktiviti fizikal mereka.

f. Pemakanan

Tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang akibat perubahan gaya hidup. Makan mengikut selera tanpa mengambil kira jumlah kalori yang disyorkan untuk tubuh.

g. Selepas melahirkan anak

Tabiat 'suka mengunyah' sewaktu mengandung adalah normal kerana ia merupakan isyarat tubuh untuk memberitahu kalori yang diperlukannya. Makan untuk dua tidak bermakna makan dalam jumlah yang berganda. Keperluan kalori adalah tidak sama dengan keperluan zat pemakanan yang diperlukan tubuh. Salah faham konsep pemakanan mengakibatkan berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan, pengumpulan lemak-lemak dan terjadinya selulit. Tabiat suka makan sukar dikikis selepas melahirkan anak dan kurang bersenam menjadikan tubuh tidak dapat kembali ke bentuk asal.

h. Pengambilan ubat yang mengandungi steroid disebabkan pentakit tertentu.


http://www.myjuliaes.com/search/label/faktor%20gemuk

Tips Kuruskan Badan Cara Yang Sihat


 

Salam semua..kali nie cik tom nak share tips kuruskan badan dengan cara yang sihat tau..sebenarnya tak elok nak kuruskan badan dengan cara berlapar..So, jom tengok 23 tips2 untuk korang cuba untuk kuruskan badan dan ada diantaranya memang cik tom cuba dan menjadi.


1. JANGAN BERLAPAR


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI


Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. KUNYAH CHEWING GUM

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. KURANGKAN PENGAMBILAN MARJERIN/BUTTER

Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. AMALKAN AIR LIMAU NIPIS/JUS OREN

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. MASAKAN KUKUS/PANGGANG

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


19. GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL

Ketika memilih piring makanan , ambilah pinggan yang rata dan bukan pinggan cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.


20. AMALKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


21. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA



Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

22. AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


23. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

p/s: Selamat mencuba tips kuruskan badan cara yang sihat ni ye… Good Luck!!
http://www.ciktom.com/tips-kuruskan-badan-cara-yang-sihat/

15 Risiko Kegemukan

 

Risiko kegemukan


1. Purata umur

Lelaki gemuk lebih berisiko untuk mati awal berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan normal, sedangkan wanita gemuk 61% lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai berat badan normal.


2. Kencing manis (diabetes melitus)

Hampir 80% orang gemuk menghidap penyakit kencing manis.


3. Penyakit tekanan darah tinggi

Penelitian terhadap 74,000 responden di Amerika menunjukkan terdapat hubungan antara pertambahan berat badan dengan tekanan darah tinggi. Penurunan berat badan 2 kg akan menurunkan tekanan darah sistolik 2.5 mm Hg dan tekanan diastolik 1.5 mm Hg.


4. Penyakit jantung

Hampir 70% orang yang dikesan menghidapi penyakit jantung mempunyai hubungan dengan kegemukan. Kajian membuktikan bahawa orang gemuk lebih mudah terkena penyakit jantung dibandingkan dengan mereka yang memiliki berat badan ideal. Jenis penyakit jantung yang sering terjadi ialah aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Pada orang gemuk fungsi jantung akan bertambah, semakin membesar dan menjadi lemah. Apabila berat badan menurun keadaan jantung akan kembali normal.


5. Barah

Hampir separuh kes barah dikesan menyerang wanita gemuk seperti barah rahim, usus dan payudara.


6. Kemandulan

7. keputihan

8. Respiratori

Apena tidur (nafas terhenti sementara tanpa sebarangsebab) dikaitkan dengan kegemukan.

9. Penyakit kulit di lipatan paha dan payudara

10. Keracunan kehamilan

11. Gangguan pernafasan

12. Rheumatisme

13. Vena Varikos (timbul urat)

14. Hernia (penonjolan organ atau tisu di luar kaviti tubuh)

15. Batu hempedu


http://www.myjuliaes.com/search/label/risiko%20gemuk

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!

Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.

1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak


Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food


Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak


Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts


Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng


Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula


Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik


1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih


Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Bonus: Gaya Hidup.


Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/top-10-makanan-malaysia-paling-menggemukkan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...