Anggota Polis Pakistan Diarah Atasi Perut Buncit

Di Islamabad, seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam. Media media di negara itu menyifatkan arahan itu sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’. Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

Polis Pakistan perut buncit

Anggota polis Pakistan diarah atasi perut buncit - Terbakor

Ketua Polis Pakistan arah atasi masalah perut buncit

Seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam.

Akhbar-akhbar tempatan menganggap arahan itu adalah sebagai ‘pertempuran memerangi perut buncit’.

Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

“Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?” kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.

Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.

Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.

Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.

“Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus,” kata jurucakap tersebut. – AFP
 http://terbakor.com/2012/06/19/anggota-polis-pakistan-diarah-atasi-perut-buncit-terbakor/

Tidak Perlu Rendah Diri Walaupun Gemuk


KUALA LUMPUR 13 Jun – Beberapa personaliti tempatan bersaiz besar menganggap kegemukan di kalangan wanita tempatan bukan satu isu asalkan mereka mampu berdikari dan menjalani kehidupan yang berkualiti.

Bahkan, wanita yang gemuk perlu lebih realistik tanpa memandang rendah bentuk badan sendiri agar tidak memudaratkan kesihatan mental.

Selain itu, masalah mendapatkan pakaian bersesuaian juga tidak sepatutnya menjadi halangan untuk tampil bergaya sebagaimana golongan bersaiz lebih kecil.

Pelakon, pengacara dan produser, Syaniza Hisham (Syanie) bersyukur dianugerahkan badan yang sihat membolehkannya mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain.

Baginya, wanita yang berbadan besar perlu berfikiran positif dan tahu menilai kemampuan diri sendiri agar tidak menyusahkan orang lain.

“Wanita yang mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada kegemukan perlulah berusaha mengatasinya termasuk mengurangkan berat badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang mendapati satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun mengalami masalah gemuk.

Bagi Syanie, setiap wanita perlu percaya kecantikan dalaman termasuk pekerti dan kemahiran berdikari adalah lebih penting berbanding kecantikan rupa paras yang boleh luntur dimamah usia.

Beliau juga menyelar wanita yang meratapi saiz badan sendiri dengan menganggap saiz sebagai halangan untuk bergaya.

“Kebelakangan ini, banyak jalur fesyen untuk golongan bersaiz besar muncul jadi mereka mempunyai lebih banyak pilihan, tetapi jika mereka masih merasakan gemuk sebagai halangan, mereka perlulah berusaha mengatasinya,” tegasnya.

Penyanyi ceria, Faradina Mohd. Nadzir (Dina) pula berpendapat perangkaan terbaru itu bukanlah sesuatu isu yang mengejutkan sebaliknya merupakan satu evolusi normal manusia akibat pelbagai faktor khususnya hormon dan gaya hidup.

“Ramai wanita tempatan khususnya yang bekerja mempunyai saiz besar bukan kerana malas atau obses pada makanan tetapi disebabkan faktor-faktor lain seperti keturunan, penyakit dan latar belakang pekerjaan,” katanya.

Contohnya, menurut beliau, salah seorang rakannya mengalami kegemukan sejak kecil akibat saluran penghadaman gagal menghasilkan hormon-hormon pankreas.

Oleh itu, penyanyi yang ligat menari itu berharap masyarakat lebih berfikiran terbuka agar golongan ini dapat menjalani kehidupan normal tanpa sebarang perasaan rendah diri.

Beliau yang lahir dalam keluarga bersaiz besar tidak merasa rendah diri dengan bentuk badannya, tetapi mengaku pernah berusaha melangsingkan badan.

Bagaimanapun, jelasnya penggunaan pil pelangsing itu telah memudaratkan kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive&arc=hive

Risiko Pil Pelangsing Tak Berdaftar


Masihkan Anda Ingat Kejadian yang menimpa Adrea?

Pada tahun 2002, masyarakat dunia dikejutkan dengan kisah seorang pelakon Singapura, Andrea De Cruz, yang nyaris maut gara-gara mengambil pil pelangsing.

Insiden itu benar-benar memberi kesan dan menginsafkan kalangan wanita yang sebelum itu telah dan berhasrat mencuba kaedah sama, semata-mata mahu memperoleh bentuk badan idaman.

De Cruz yang mengalami kegagalan fungsi hati secara tiba-tiba, terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya.

Walaupun memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi, belum tentu peristiwa itu dapat dilupakan begitu sahaja.

Yang pasti ia meninggalkan trauma kepada wanita yang pernah bercita-cita menjadi ratu cantik dunia semasa kecilnya itu.

Antaranya, melibatkan seorang pekerja pusat hiburan di Kuantan, Pahang,yang dikatakan mengambil ubat melangsingkan badan dan alkohol secara berlebihan.

Turut dikaitkan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan, Rosni Mat, 24,.

Bekas graduan di salah sebuah universiti tempatan yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat antara 80 hingga 90 kilogram itu didakwa membeli ubat pelangsing berasaskan herba melalui internet.

”Sebagai jalan pintas, masih ramai yang mengambil pil pelangsing tanpa memikirkan kesan sampingan,” kata Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kar Lin pada sesi ceramah bertajuk Kehidupan dan Kematian: Kebenaran Tentang Penggunaan Ubat-Ubatan bagi Penurunan Berat Badan, di salah sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, memiliki tubuh kurus dan langsing menjadi satu trend kepada individu terutama wanita hari ini.

Kebanyakan individu ini menganggap tubuh sedemikian bukan sahaja berupaya menukar diri mereka kelihatan lebih cantik, bahkan sihat dan sempurna terutama dari segi penampilan.

”Ini turut dipengaruhi dengan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta bebas daripada penyakit yang diakibatkan oleh kegemukan atau berat badan berlebihan,” katanya.

Katanya, kegemukan yang dikaitkan dengan kemajuan serta perubahan gaya hidup juga dikesan sebagai punca pelbagai jenis penyakit.

Antaranya, kencing manis, jantung, darah tinggi dan pelbagai jenis kanser.

Beliau juga memberitahu, menyekat pemakanan atau berdiet sahaja tidak cukup menjadikan ia kenyataan.

Jika sekalipun seseorang itu berjaya menguruskan badan, tetapi kulit yang dulunya tegang kini mulai kendur akibat tidak bersenam.

Senaman kata Khoo, penting bukan sahaja ingin memperoleh bentuk tubuh menarik, tetapi tahap kesihatan juga dapat dikekalkan.

”Ia patut dijadikan amalan dalam gaya hidup sihat seharian di samping memastikan pengambilan makanan seimbang mengikut piramid yang betul,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, pengambilan pil pelangsing bukan sahaja satu pembaziran, lebih besar kesan terhadap kesihatan seseorang.

Tambahnya, tiada gunanya jika seseorang itu berjaya mengurangkan berat badan dalam masa singkat sekalipun, tetapi gagal mengekalkannya dan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.

”Selain terdedah kepada kemungkinan mengalami kerosakan organ dalaman, individu itu juga menghadapi risiko maut jika tersalah langkah.

”Ini kerana ada ubat penahan lapar yang memberi kesan sampingan pada kesihatan dan menjejaskan sistem saraf pusat di dalam tubuh seseorang,” katanya

Sumber : Utusan Malaysia : 26/04/2005

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tragedi-nak-kurus/risiko-pil-pelangsing/

8 Cara Mencegah Kegemukan

1. Jangan makanan yang digoreng
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Begitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak/dikukus, jangan yang digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang.
2. Kunyah perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan menyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak. Nasihat lama yang masih boleh diikuti, kunyahlah makanan setidaknya 32 kali sebelum menelannya.
3. Ambil sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit mungkin ke dalam pinggan Anda. Tambah sedikit demi sedikit bila masih lapar. Cara ini dilakukan agar Anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.

4. Tinggalkan meja setelah selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindarkan diri keinginan mengambil makanan dari sana-sini di atas meja sehingga tak terasa perut menjadi terlalu kenyang.
5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis , mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.
6. Makan banyak buah
Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbohidrat dapat menjaga jumlah kalori yang masuk agar sesuai dengan keperluan.
7. Waspadai minuman bersoda
Anak-anak yang suka minum minuman ringan bergula berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko mengganggu kesihatan. “Kami menemukan selalu ada minuman ringan di setiap hidangan tambahan, dan risiko kegemukan meningkat kira-kira 50 percent,” kata Ludwig.
8. Kurangkan menonton TV
“Kegemukan pada anak-anak diakibatkan oleh banyak faktor. Tidak ditekankan hanya pada satu faktor, yaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton television,” ungkap Ludwig. Kebanjiran program di television, termasuk filem-filem kartun dan telenovela, membuat anak-anak dan suri rumah tangga semakin lama duduk di depan TV sambil makan. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk. 

http://www.syndromania.com/2010/12/8-cara-mencegah-kegemukan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...