Obesiti Menjejaskan Kesuburan

SOALAN:

Saya berkahwin tahun lalu dan baru saja disahkan mengandung enam minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 28 tahun dan mempunyai susuk tubuh yang besar atau gemuk. Hasil ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) saya baru-baru ini menunjukkan bacaan lebih 30 iaitu secara amnya dalam kategori individu yang obesiti.

Apakah risiko yang saya hadapi dan bolehkan keadaan ini dikawal pada awal kehamilan? SALMI, KLUANG
JAWAPAN:

Puan Salmi, masalah obesiti boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang kerana ia mengganggu perjalanan atau kitaran haid. Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan obesiti dan risiko hamil.


Risiko pertama, diabetes dan darah tinggi semasa mengandung. Diabetes ketika mengandung sukar dipastikan kecuali ujian darah dilakukan. Selain berat badan, sejarah keluarga yang mempunyai risiko diabetes, umur melebihi 35 tahun adalah di antara beberapa ciri-ciri yang kami cari untuk ujian darah.

Ujian darah ini paling sesuai dilakukan ketika usia kandungan mencecah 26 hingga 28 minggu. Ujian ini membabitkan pengambilan darah selepas berpuasa semalaman dan selepas pengambilan air glukos.

Darah tinggi juga mempunyai risiko bagi yang obes ketika mengandung. Semasa lawatan atau pemeriksaan antenatal, tekanan darah ibu atau bakal ibu itu akan diperiksa. Darah tinggi ketika hamil ada banyak risiko jika tidak dikawal. Ini termasuk boleh menyebabkan sawan dan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Selain itu, ibu-ibu yang obes juga mempunyai risiko melahirkan bayi besar.

Bayi yang terlalu besar mungkin memerlukan pembedahan caesarean dan kalau lahir secara biasa mempunyai risiko bahu bayi tersangkut atau ‘shoulder dystocia.’

Sekiranya ibu yang obes memerlukan suntikan epidural semasa bersalin atau caesarean, ia sebaliknya menjadi agak sukar disebabkan masalah obesiti.

Bagi mengawal semua keadaan yang disebutkan tadi juga sukar kerana ibu memang sentiasa lapar dan makan banyak sewaktu mengandung.

Saya syorkan puan lakukan pemeriksaan secara tetap dan patuhi semua arahan doktor seperti ujian diabetes, pemeriksaan darah tinggi dan ujian ultrasound bagi melihat pembesaran bayi puan. Langkah mengambil rawatan awal adalah yang terbaik sekiranya timbul sebarang masalah.

http://www.jomdiet.com/obesiti-menjejaskan-kesuburan/

Kalori Berlebihan Punca Utama Kegemukan


Masalah kegemukan kini mungkin menjadi fenomena biasa di kalangan kanak-kanak akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang atau teratur. Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori daripada yang dapat digunakan oleh tubuh adalah antara penyebab utama masalah kegemukan.

Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak. Sebaliknya jika kalori yang diperolehi daripada makanan adalah kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah kegemukan seperti dari segi fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma serta psikologi dan faktor berkenaan saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam keadaan normal, pengawalan nafsu makan (apostat) seseorang akan berfungsi dengan baik, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, dua kemungkinan boleh terjadi, iaitu samada seseorang itu ingin makan sepanjang masa atau terus tidak ada selera makan.

Selain itu, kegemukan juga berkait rapat dengan jumlah kalori yang diambil dan banyaknya tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, seseorang yang banyak menggunakan tenaga akan kurang berlemak tetapi bagi mereka yang kurang bersukan atau menggunakan tenaga akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk.

Kegemukan juga mungkin terjadi disebabkan kerosakan hipotalamus dan semua sarafnya akibat kecederaan di kepala atau disebabkan kelainan setempat yang boleh menjejaskan fungsi hipotalamus berkenaan.

Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih cenderung untuk menghidap penyakit tertentu yang tergolong dalam penyebab utama kematian. Penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, penyakit pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kegemukan.

Cara-Cara Mengurangkan Kegemukan / Obesiti

 Image result for reduce weight

1.Berpuasa:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

2.Penjagaan makanan:

Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera:


Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan.

4.Bersenam:

Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

5.Kawal nafsu makan:

Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

http://my.opera.com/karanganbm/blog/cara-cara-mengurangkan-kegemukan-obesiti

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat Versi Cik Tom

Cik tom nak share tips turunkan berat badan dengan cepat tapi sihat dan tidak menyeksakan tubuh badan. Tips ni cik tom amalkan hasil pembacaan dari buku dan juga nasihat dari adik, miss yaty based on experience kawan dia. Sebabnya 2 tahun lepas (2009), berat badan cik tom pernah naik mendadak sehingga 57kg kerana masa tue cik tom makan ubat jenis steroid. Kesan makan ubat tue menyebabkan berat badan cik tom naik secara mendadak dan cik tom rasa self-confident hilang bila orang asyik tegur dan tanya kenapa makin gemuk. So, cik tom terpaksa ambil inisitiatif untuk turunkan berat badan dengan cara yang cepat dan sihat.

gambar diet berat badan

1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.

2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.

3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Tapi cik tom guna losyen mustajab yang modelnya Nora Danish yang comel tue. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.

4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.

5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau cik tom dah sarapan milo dengan cereal, cik tom hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.

6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. Masa nak cepat turun berat badan tue je cik tom rajin buat. Hehe..

7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. Cik tom still amalkan tips ni sampai sekarang.

8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.

9. Untuk makan malam, cik tom biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.

10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.

Itulah antara tips yang memang cik tom amalkan sendiri dan alhamdulillah turun berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 57kg ke 47kg. Cik tom kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. Good luck pada yang nak kuruskan badan.

http://www.ciktom.com/tips-turunkan-berat-badan-dengan-cepat-dan-sihat/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...