Kebaikan Dan Kelebihan Minuman Detox

 http://actualtips.com/wp-content/uploads/2013/08/Homemade-Detox-Drink.jpg

Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum. Minum air yang secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.

Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya. Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.

Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detox ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk pelangsingan badan. Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan dan herba. Antara kebaikan dan kelebihan air detox antaranya:
  1. mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  2. membantu sistem pencernaan dan penghadaman lebih baik dan lancar
  3. membantu mencairkan lemak
  4. menyahtoksin dalam badan
  5. menperkukuhkan sistem imun tubuh
  6. mengatasi masalah sembelit
  7. mengawal selera makan
  8. mengempis dan menjadikan perut rata
  9. pemulihan dan pembinaan semula sel dalam tubuh
  10. menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  11. sakit berkurangan dan alahan
  12. membantu merawat pedih ulu hati
  13. meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  14. menurunkan paras kolestrol
  15. merawat stress dan sakit kepala
 Sumber: http://diarikurus.com/mesti-cuba-21-resepi-minuman-detox-yang-menyihatkan/

Petua Kurus Dengan Minuman Limau Nipis, Oren Dan Lemon

http://www.fitness-to.com/wp-content/uploads/2015/04/11117037_351715771684262_535389744_n2.jpg


Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

Sumber: http://diarikurus.com/mesti-cuba-21-resepi-minuman-detox-yang-menyihatkan/

Kekal Kurus dan Sihat Dengan Cara Paling Murah & Mudah

http://www.mississaugalife.ca/wp-content/uploads/2014/01/fad-diets-1.png

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.
Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.
Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.

1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.
Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.
Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.
Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.
Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.
Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?
Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
 Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.
Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Sumber:http://www.blog.khaltamarplus.com/2010/12/cara-paling-malas-dan-murah-untuk-kekal.html

Faktor Penyebab Utama Masalah Kegemukan Kanak-Kanak & Remaja


 
Dari rajah menunjukkan undian pelawat xpresi.org tentang isu kanak-kanak serta remaja yang mengalami masalah kegemukan sejak akhir ini. Ada pihak yang menyalahkan pengambilan makanan disekolah menyebabkan obesiti dikalangan kanak-kanak dan remaja.

Walaubagaimanapun, dari undian jelas menunjukkan sikap manusia sendiri yang tidak minat bersenam merupakan faktor utama penyumbang masalah kegemukan iaitu mencatatkan undian 38%.
Undian kedua terbanyak pula iaitu 23 % berkaitan dengan hidangan berlemak dirumah dan diluar sekolah. Jika diamati, sebenarnya makanan diluar sekolah adalah lebih banyak dan mempunyai pelbagai pilihan. Kadangkala ibu bapa sendiri mempunyai tabiat makanan yag tidak baik serta mampu mempengaruhi pengambilan makanan anak.

Seperti yang dijangka, hidangan berlemak disekolah mempunyai undian paling rendah iaitu hanya 3% sahaja. Hal ini mungkin kerana pengambilan makanan berlemak disekolah kebiasaanya pada waktu pagi dan zat makanan tersebut tidak berlebihan kerana masih diperlukan untuk aktiviti sehingga malam.
Dari undian jelas menunjukkan ibu bapa perlu sedar untuk menyediakan makanan yang bersesuaian kepada anak dirumah dengan megawas serta mendidik pengambilan makanan anak mereka terutama berada diluar rumah. Pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi serta lemak perlu dikurangkan dan mengambil langkah bijak menjadikan sayuran dan buah-buahan sebagai pengganti makanan segera dan tidak berkhasiat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...