5 Diet Paling Popular Malaysia 2012



5 Diet paling popular sekarang? Disini saya akan menekankan beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak. Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.

 

1. Diet Atkin

Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.
… awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

 

2. Diet Detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

 

3. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.

Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Pantang-larang diet ikut jenis darah.

 

4. Diet seimbang

Panduan pemilihan diet terbaik?

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.  

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain
…tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…

5. No rice diet

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

 

Jadi diet mana yang terbaik?

Bagi saya, tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.

Tapi ingat, tiada diet yang boleh membangkang fakta berikut: Naik-turun berat badan ditentukan oleh kadar pengambilan kalori berbanding keluar. Kalau pengambilan berlebihan, maka naik-lah berat badan.
Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-diet-paling-popular-malaysia-2012/

Cara Hilangkan Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.
Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.
Minum air
Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine).  Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
http://carauntukkurus.com/cara-hilangkan-perut-buncit

Tip Melangsingkan Badan

Anda ingin dapatkan badan yang langsing? Hmm.. apa sekalipun program diet yang ingin dilakukan anda perlu sedar akan batasannya dan jangan melakukannya dengan terburu-buru.
Jangan terus melakukan apa saja kaedah pelangsingan hanya kerana mahu mendapatkan susuk tubuh yang ideal. Apa yang penting ialah untuk melakukannya secara berperingkat-peringkat, iaitu dengan memulakan dengan mengatur pola makan disulami dengan aktiviti senaman yang betul.
Pakar pemakanan mengatakan bahawa program pelangsingan perlu dimulakan dengan diet sihat dan aktiviti fizikal. Salahsatu saja belum mencukupi.
Jika kaedah sedemikan masih belum dapat memberikan hasil yang memuaskan, maka barulah boleh diteruskan dengan pengambilan supplemen atau ubat langsing (mengikut dos atau kadaran yang diselia oleh pakar).
Program pelangsingan yang baik harus dijalankan dengan konsep ‘back to basic’. Jika perlu menggunakan ubat, pilih ubat yang dijamin atau disahkan selamat dan berpandukan nasihat doktor.
Berjaya atau tidak program pelangsingan yang dilaksanakan itu sangat-sangat bergantung kepada keazaman, kesungguhan dan motivasi anda sendiri. Lazimnya, komitmen peringkat awal dengan mengatur pola makan dan senaman akan menetukan kejayaan program untuk anda mendapatkan badan yang langsing.
Dengan bantuan doktor, anda harus menilai sejauh mana keberkesanan pelangsingan mengikut cara asal sebelum memutuskan kaedah pelangsingan cara alternatif seperti sedut lemak, bypass dan sebagainya.
Anda tak boleh sebarangan mengatasi masalah kegemukan apa lagi dengan cara segera. Back to basic, merupakan cara yang paling ideal untuk dapatkan saiz dan bentuk badan yang diidamkan iaitu dengan cara berdiet yang betul dan aktiviti senaman.
 http://carauntukkurus.com/tip-melangsingkan-badan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...