Toksin Sebab Tak Kurus

Bahan buangan dan toksin akan bertimbun dalam tubuh apabila sistem nyahtoksin gagal berfungsi dengan baik, kembung perut dan sukar membuang air besar adalah antara tanda-tanda amaran toksin berlebihan. Segala bahan-bahan buangan ini perlu dikeluarkan dengan sentiasa membersihkan tubuh anda.
"Saya dah cuba tips diet namun walaupun berat badan saya menurun, kebuncitan perut saya TETAP kekal"

Tambah memeranjatkan, saya selalu selalu bertanya-tanya kenapa wanita langsing dengan bentuk badan menarik juga menghadapi masalah serupa!
Pernah cuba mengempiskan perut? Jika anda faham akan apa yang terkumpul sehingga menyebabkan kebuncitan itu, maka barulah anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskannya.
Setiap bahagian tubuh mempunyai ceritanya sendiri, begitu juga dengan perut yang buncit. Mungkin ada yang berkata : "terlalu banyak bahan buangan tersumbat di dalam." Perut buncit menandakan ada yang tidak kena dengan kedua-dua usus besar dan kecil di dalam perut. Diperuhi toksin yang membebankan bahagian tubuh yang berkaitan dengan sistem penghadaman semula jadi.

"Organ dan sistem sokongan itu diibaratkan seperti sungai yang mengalir ke laut. Ia mengalir lancar selagi tiada sampah sarap memenuhi kawan tebing lantas menyempitkan laluan."

Begitu juga toksin dari persekitaran luar dan juga dalaman tubuh yang terhimpun mengikut masa lalu mengakibatkan sistem pengedetoksifikasi tersekat lantas melambatkan fungsinya.
Bagaimana keadaan ini berlaku? Ia terkandung di dalam udara yang kita hirup, produk yang digunakan di dalam makanan dan minuman. Toksin ada dimana-mana dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, maka itu cuba jauhkan diri daripadanya.
Kajian menunjukkan bahan bahan toksik datangnya daripada sumber keperluan harian seperti perisa makan, makanan yang diproses, sisa dadah, racun serangga, logam berat, karbon monoksida berlebihan dan ubat-ubatan.

Berikut bagaimana perut anda boleh membuncit?
Tahukah anda bahawa makanan mengambil 8 hingga 10 jam untuk sampai ke usus besar? Walaupun dengan sekali pembuangan air besar, anda masih mempunyai buangan dari 3 hidangan yang sedang diproses di dalam usus besar pada satu-satu masa dan tubuh kita mampu membawa sehingga 5 kg bahan buangan!
Usus adalah sistem pembuangan sisa dan jika tidak berfungsi atau tersumbat, kesemua bahan buangan akan kekal dalam tubuh sebagai bahan toksin.
Proses fermentasi menghasilkan banyak gas usus yang menjadi punca utama rasa tidak selesa dan kebuncitan. Perut buncit adalah permulaan kepada beberapa masalah lain yang berpunca daripada sistem detoksifikasi yang lemah antaranya menyebabkan kita :
Berat badan naik mendadak
Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
Insomnia (masalah tidur), Mata gelap
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
Masalah sendi
Masalah kulit – jerawat, eczema
Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
Itulah sebabnya detoksifikasi tubuh secara tetap boleh mengurangkan bebanan toksik dalam tubuh namun penggunaan julap secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh kekurangan air. Penggunaan bahan itu secara berterusan boleh mengakibatkan susu mengecut dan dinding usus menjadi keras dan apabila pengambilan julap diberhentikan, perut menjadi tidak seimbang dan sakit!
http://www.myphyto.com/

6 Makanan Pembelasah Lemak

Kami nak berkongsi sedikit info mengenai enam jenis makanan yang dapat ‘membelasah’ lemak lemak terkumpul dalam badan kita. Al maklumlah rakyat Malaysia sekarang ni ramai yang terlebih lemak dan berat. Hehe. Jadi kita kenalah ubah gaya pemakanan kita. 
1. Oats
 6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
“aik,bkn ke oats ni karbohidrat?”
Yes & No.
oats ni bijirin penuh, dan ada “satiety index” yg tinggi atau dlm erti kata lain bila mkn,kita akan cpt kenyang!
well oats kn rasa plain dan tak sedap sbb tu baru mkn 5 sudu dah kenyang,haha..
lagi satu, oats ni lambat hadam so rasa kenyang sampai tghari..insyaAllah!
oats jgk ada lebih kurang 3-4gram fiber setiap hidangan.
2. Telur
6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
research menunjukkan mereka yg mkn telur utk breakfast bersama toast or cereal,
akan turun berat badan dua kali ganda berbanding yg mkn roti canai, 
hahaha part roti canai tu aku gebang je..
so hari ni sandwich telur, esok 1/2 boiled egg, lusa pandai2lah..
3. Skim Milk
6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
kurang lemak & tinggi calcium!
hasilnya tinggi dan kuat!
wahh sy dah besar! – calciyumm
4. Apples
6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
mkn sebiji epal 30minit-sejam sebelum mkn besaq akan kurangkan jumlah kalori yg kita ambil.
why? sbb dlm epal ada pectin yg akan combine to water and limits amount of fat yg akan masuk dlm bdn kita. so takde menternak lemak dgn jayanya. class gitu epal.. i like!
5. Kayu Manis
6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
mkn 1/4 – 2 sudu kecil kayu manis sehari boleh kurangkan kandungan gula dlm darah &kolesterol 10-25%.
6. Almond 
 6 Jenis Makanan Pembelasah Lemak - Terbakor
‘One study in the American Journal of Clinical Nutrition found that eating almonds was as effective as taking a statin. Spreading almond butter on your morning toast gives you a nice protein boost while preventing the carbs in the toast from spiking your blood sugar.’
  naiss lah almond!
pasni kunyah almond sambil tgk runningman, greattt!haha..
kat sini almond rm50 sekilo..muflis aku beli almond..
tp ni mmg terbukti sbb dulu aku try 2weeks diet bila lapar je mkn almond and i lost 2kg.
almond dgn buah je, klu sanggup sila try..

Kunyit Untuk Kurus

Mengamalkan pengambilan kunyit seperti amalan nenek moyang adalah sangat baik. Kunyit banyak memberi manfaat terutama kepada wanita. Bukan sahaja baik untuk kulit, kunyit juga memberi kebaikan kepada kesihatan rahim wanita.

Bukan itu sahaja, ia membantu juga kepada mereka yang ingin berdiet dan membantu mengurangkan berat badan.

Khasiat dan kebaikan kunyit terbongkar dapat membantu dalam menurunkan berat apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.

Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.

“Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.

"Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak," kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.

Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.

Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.

Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.

Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.

"Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.

"Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu," katanya.

http://juliaismail.blogspot.com/2012/07/kunyit-untuk-kurus.html

10 Amalan Harian Untuk Kurus

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

panduan berkaitan:

kurus | amalan harian | amalan untuk kurus | bagaimana untuk kurus | amalan untuk kuruskan badan | amalan kuruskan badan | cara sebenar untuk kurus | jus buah-buahan untuk kurus | kurus pinggan | kalori dalam koko krunch |

http://carauntukkurus.com/10-amalan-harian-untuk-kurus

Bina Pelan Diet Untuk Kurang 20kg

1. Motivasi

First of all, of course lah kembali bertanya pada diri. Sudah bersiap sedia kah untuk kaka berdisiplin sepanjang tempoh ini dan masa-masa akan datang? Jawapan tu agak lama untuk diberikan.. adalah dalam 2/3 hari. Hehe..tapi fikir balik ianya berikan faedah dan juga kepuasan yang tidak terhingga dalam diri. Lagipun, jika kita sudah biasa amalkan diet seimbang, kelak ia akan membuatkan kita terbiasa dengan cara dan pola pemakanan sedemikian rupa, Jadi, kaka motivatekan diri lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan di dalam website ini. Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri! Bukan orang lain, bukan sedara mara, bukan rakan-rakan, dan sebagainya.
…Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri…

2. Kiraan Keperluan Kalori!

Persiapan kedua adalah memulakan pengiraan BMR dan DCR agar kita tahu keperluan kalori yang diperlukan agar mudah untuk kaka melakukan kalori defisit nanti dan mengurangkan lagi 20kg. Bagaimana ya hendak melakukannya pengiraan ini? Tanyalah dengan Coach Kevin, melalui ebook beliaulah kaka belajar dan memahami cara pengiraan ini.
Pengiraan DCR dan BMR

3. Bina Pelan Pemakanan.

Yang ketiga, kaka melakukan pelan pemakanan yang harus diambil supaya proses pengurangan berat badan berjalan dengan lancar. Jika kita hentam sahaja pelbagai jenis makan tanpa mengetahui nilai kalori nya, tidak bergunalah kaka membuat pengiraan DCR dan BMR tu. Jadi, apa yang kaka lakukan adalah memahami kalori yang diambil agar keperluan nutrisi dalam badan mencukupi.

Pelan pemakanan di dalam bilik sebagai ingatan
…Bagi kaka, pemahaman konsep mesti datang dahulu, selepas itu barulah kita memulakan plan diet kita…

Di dapur.. haha, setiap sudut kaka motivatekan diri supaya tidak leka
Jadi, itu sahaja persiapan pengiraan dan pelan pemakanan yang kaka lakukan. Senang bukan? Kira jika persediaan dari segi bab-bab penulisan dan membuat nota hanyalah pada awal proses pengurangan berat badan. Seterusnya, kita akan memulakan aktiviti fizikal dan mental untuk mencapai berat yang diingini!

http://kevinzahri.com/blog/kaka-nak-kurus/kaka-nak-kurus-inilah-cara-saya-bina-pelan-diet-untuk-kurang-20kg/

Senaman Ringkas Membakar Kalori

 

Kalori mesti dibakar jika kita mahu kuruskan badan. Tidak cukup jika kita mahu kurus dengan mengurangkan pengambilan makanan tanpa membakar kalori.

Bila kita kurangkan makan badan kita akan terasa lemah dan tak bertenaga. Malah bentuk badan kita tetap sama dan berat badan kita tidak berkurangan.

Hasilnya kita gagal kuruskan badan.

Banyak cara membakar kalori. Antara yang paling berkesan adalah senaman.

Jangan takut bila dengar perkataan senaman. Tidak semestinya perkataan senaman berkait dengan berlari satu jam sehari, kena pergi ke gym tiap-tiap hari dan macam-macam lagi.

Bertenang….tarik nafas dalam-dalam…buang fikiran negatif mengenai senaman di dalam fikiran kita :)

Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita telah banyak melakukan senaman.

Contohnya adalah berjalan, menaiki tangga, mengemas rumah dan macam-macam lagi.

Setiap pergerakkan kita akan membakar kalori untuk dapatkan tenaga.

Jadi, kenapa susah nak kurus walaupun kita sudah bakar banyak kalori?

Jawapannya adalah kita mengambil terlalu banyak kalori daripada menggunakannya. Hasilnya kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.

Cara yang terbaik untuk membakar kalori berlebihan adalah memperbanyakkan senaman.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-membakar-kalori.html

Selamat Tinggal Dunia Obesiti

Mengalami masalah obesiti, Ranjit Kumar C Suyambugan sudah bosan didiskriminasi. Ejekan mengenai saiz badannya adalah perkara biasa tetapi dia merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif. Namun, dia sedar berat badan yang berlebihan harus dikurangkan. Jika tidak, kelak akan timbul masalah kesihatan.
Berat badan yang mencecah 220 kilogram mesti dikurangkan lebih-lebih lagi selepas dia disahkan menghidap diabetes dan memerlukan 32 unit insulin sehari.

“Jika dulu saya makan nasi banyak. Malah saya wajib makan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Tambahan pula makanan boleh dibeli di mana-mana sepanjang hari dan harga pun murah.

”Disebabkan tidak mengawal pemakanan, kandungan gula dalam badan saya juga meningkat,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Subang, Selangor baru-baru ini.
Atas nasihat Pakar Surgeri Am pusat perubatan itu, Dr. Cha Kar Huei, Ranjit kemudiannya menjalani pembedahan pintasan perut (gastric bypass) pada Oktober 2008.


Selepas dua tahun, Ranjit berjaya mengurangkan berat badan kepada 110 kilogram.

Perbezaan ketara mula dirasai apabila dia terpaksa mengurangkan kuantiti dan jenis makanan yang diambil.
“Selepas pembedahan saya tidak boleh ambil makanan berbentuk bijian, ketul atau yang keras. Saya perlu makan makanan yang lembut seperti bubur. Dalam pada itu, perut saya sendiri tidak boleh menerima makanan.

”Jika saya paksa makan juga, saya akan memuntahkan semula makanan itu. Akhirnya, saya yang dulu terlebih makan, kini mengalami kekurangan zat makanan yang lain.
”Justeru, saya perlu mengambil vitamin-vitamin tambahan untuk menampung kekurangan tersebut,” katanya.

Menjalani kehidupan biasa

Selepas lebih setahun mengikuti program diet, kini hidup Ranjit mula berubah sepenuhnya.
Sejumlah 110 kilogram diturunkan selepas pembedahan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepadanya.
Ranjit menjalani kehidupan biasa tetapi masih perlu melakukan pembedahan pembuangan lebihan lemak pada badannya. Masih bekerja, Ranjit kadang-kadang meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Cuma, apa yang melucukan, tabiat lama sewaktu gemuk masih terbawa-bawa kerana saya terlupa bahawa tubuh saya sudah tidak seperti dulu.

“Bayangkan dahulu saya duduk menyilang kaki pun susah dan mengikat tali kasut, saya perlu meletakkan kaki ke atas satu tempat. ”Ini kerana saya tidak mampu menundukkan badan atau berlutut disebabkan fizikal yang terlalu gemuk. Lebih menyedihkan dulu, kerusi di pejabat saya sering patah,” ujar Ranjit sambil memberitahu kini kadar denyutan jantungnya mencatat bacaan yang lebih baik.

Namun, apa yang lebih menggembirakan dia kini boleh memakai pakaian berjenama tanpa rasa malu. Jika dahulu, baju atau seluar yang dipakainya perlu ditempah.

“Saya masih boleh minuman kegemaran, Nescafe dengan syarat mengurangkan gula dan mencuba pelbagai jenis sup. Semuanya mudah untuk saya kerana tidak perlu menempah lebih tempat duduk ketika menaiki kapal terbang atau pun ketika duduk di restoran atau kedai kopi,” katanya sambil tersenyum.

Gembira

Ranjit juga gembira dan sedia berkongsi cara mengurangkan berat badan. Dia seronok dapat menceritakan pengalaman dengan mereka yang mempunyai nasib serupa iaitu berdepan masalah obesiti .
Menanam impian mendapatkan berat badan ideal memerlukan kesungguhan dan menuntut pengorbanan yang tinggi.

“Sebenarnya, faktor utama yang mampu menyumbang ke arah penurunan berat badan adalah kombinasi amalan pemakanan dan cara hidup sihat yang perlu diseimbangkan dengan aktiviti kecerdasan.

”Jika tidak dapat mengawalnya, anda mungkin bernasib baik jika dapat melakukan pembedahan pintasan perut seperti saya.

“Jangan memilih jalan singkat seperti pengambilan pil kurus atau pembedahan sedut lemak yang memang ketara hasilnya dalam tempoh jangka pendek kerana ia terbukti bukan cara selamat untuk kurus .

“Sebaliknya, berusahalah untuk kurus dengan nasihat daripada pakar atau hospital selain mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam. Itu cara paling ideal yang tidak boleh dinafikan,” tambahnya.

Bagi Ranjit, paling tidak seseorang itu perlu bersenam setiap hari walaupun ia hanya satu pergerakan ringkas kerana dengan cara itu, mereka dapat mendidik diri menjadi individu yang cergas. Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya agar mengawal pemakanan dan membanyakkan pergerakan fizikal. Ini kerana tanpa disedari, obesiti menjadi punca segala penyakit.

Kredit: Utusan & Flickr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...