Susu Ibu Dapat Elak Obesiti dan Kegemukan


Khasiat susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.

Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.

Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.

Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.

Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.

Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.

"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.

"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.

Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.

"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.

"Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.

Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.

"Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka," katanya.

Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal.

"Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.

Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.

"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.

Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.

Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.

Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.

Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.

Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.

Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.

"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Kegemukan Boleh Ganggu Haid


SAYA berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah gangguan haid sejak umur 16 tahun lagi, mungkin kerana saya mempunyai berat berlebihan (120 kilogram dengan tinggi 166 sentimeter).
Saya risaukan keadaan ini kerana seingat saya, sudah dua tahun saya tidak didatangi haid. Apakah yang patut saya lakukan?

DILA,
Kuantan, Pahang





DALAM keadaan anda, apa yang lebih penting adalah memandang serius mengenai berat badan anda terlebih dulu.

Dengan ketinggian 166 sentimeter, berat badan yang sesuai dengan anda adalah antara 52- 68.6 kilogram saja. Pada kedudukan BMI melebihi 35kg/m2 (BMI anda adalah 43.5kg/m2) ini, anda dikategorikan sebagai obes morbid (obes berpenyakit).


Anda memerlukan panduan beberapa pakar perubatan atau kesihatan iaitu:


  • Pakar perubatan dalaman untuk memantau tahap kesihatan am anda.
  • Pakar dietetik untuk mengatur jadual pemakanan anda.
  • Jurulatih senaman untuk mendorong anda melakukan senaman harian.

    Berat badan berlebihan, apatah lagi jika pada tahap obes morbid boleh menyebabkan gangguan haid, selain menyebabkan masalah yang lebih kritikal misalnya penyakit jantung serta penyakit kronik yang lain.

  • http://www.hmetro.com.my/articles/Kegemukanbolehgangguhaid/Article/

    5 Keburukan Diet Mendadak (Crash Diet)

    Apakah itu diet mendadak? Kita semua tahu, diet mendadak adalah sesuatu yang ekstrim tetapi definisi sebenar diet mendadak adalah:
    • Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang
    • Defisit kalori 50% atau lebih (contoh: DCR anda ialah 2500, tetapi anda hanya mengambil 1250 kalori atau kurang dari itu.
    Apa itu crash diet? Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang …

    Jadi apakah keburukannya?

    Diet secara mendadak memang tidak di galakkan oleh ramai pihak, kerana:
    1. Fatigue: mengurangkan tubuh anda dari nutrisi-nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalama hibernasi, kerana ia cuba menyimpan tenaga tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak dari yang anda jangka.
    2. Kecederaan: sama seperti atlit yang kepenatan, tahap kepenatan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih tercenderung untuk cedera; lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikalori ketika diet yang yang mendadak.
    3. Diet mendadak tidak kekal: Masalah utama diet mendadak ini adalah, ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan ia amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah untuk 12 minggu dan selepas itu, kembali ke cara pemakanan yang dahulu dan menambahkan kembali berat yang telah dihilangkan. Ini dinamakan diet yo-yo.
    4. Mudah sakit: Kita semua sedar, apabila tubuh kita kekurangan nutrisi-nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.
    5. Kehilangan otot: Anda memang akan kehilangan lemak, tetetapi, tanpa anda sedari, anda juga akan kehilangan otot.
    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-keburukan-crash-diet-mendadak/

    Panduan Kuruskan Lengan Tangan

    Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak.

    Kenapa Saiz Lengan Pulak Yang Gemuk?

    Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak dimana-mana. Tapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan?
    1. Senaman Pemberat Untuk Lengan? Sudah tentu ada pelbagai senaman yang anda boleh lakukan untuk membina dan kuatkan otot pada lengan tangan. Contoh senaman adalah seperti: reverse curls dengan dumbbell atau barbell atau peralatan senaman seperti hand-grips.Tapi adakah senaman pemberat dapat kurangan saiz lengan atau tambah lagi saiz?! Seperti yang kita tahu, senaman pemberat melatih dan besarkan otot lengan tangan so secara teori, lengan anda akan bertambah saiz! Jadi tak sesusai? Well sesuai untuk kentalkan isi lengan tapi latihan pemberat tidak dapat membuang lemak berlebihan
    2. Urut Traditional. Adakah terapi mengurut dapat kurangkan atau pecahkan lemak pada bahagian lengan? Jom kita teliti:
      • Kurangkan lemak? Tak boleh. Urut tidak dapat membuang lemak pada mana-mana bahagian. Kalau diurut dengan minyak buang angin, minyak sapi ataupun halia etc, yes mungkin ia dapat panaskan permukaan kulit atau serap air nak ke kulit untuk kentalkan kulit (jangka masa pendek). Fikirlah: lemak itu “pejal”, kalau urut kuat macamana pun, lemak tu nak keluar kat mana?
      • Pecahkan lemak? Mungkinlah tapi sama macam fakta sebelum ini, kalau terapi urut dapat pecahkan lemak tu sekalipun, lemak tu tak ke mana!
      Jadi urutan bukanlah jawapan untuk kecilkan lengan tangan.
    3. Liposuction? Sudah tentu kaedah liposuction dapat kurangkan lemak pada mana-mana bahagian, termasuk lengan tangan tapi ia sangat mahal, prosedur yang invasive dan bukanlah jawapan untuk jangka masa panjang.
    4. Kurang lemak melalui kalori defisit? Yes itulah satu-satu cara untuk mengurangkan lemak pada lengan atau mana-mana bahagian badan. Ingat kita tidak boleh buang lemak pada satu-satu bahagian jadi ia adalah proses yang menyeluruh. Kalori defisit adalah keadaan dimana pengambilan kalori (pemakanan) tidak melebihi pengeluaran (aktiviti harian, termasuk senaman) Contoh: Kalau pengambilan kalori melalui makanan adalah 2,000 kalori tapi output kalori adalah 2,400 – maka adanya defisit kalori sebanyak 400. 400 kalori itu akan dibakar atau diambil daripada lemak simpanan badan. Adakah di akan bakar 400 kalori itu daripada lemak lengan? Tak semestinya. Kita tidak boleh memaksa badan tapi apa yang anda boleh lakukan? Terus amalkan defisit kalori untuk membakar lemak. Lama-kelamaaan, ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.
    5. Wajip bersenam? Tidak! Untuk kurangkan lemak pada lengan atau berat badan secara am, senaman tidak wajib. Kenapa pula? Kerana yang penting adalah kalori defisit. Selagi pengambilan makanan tidak melebihi aktiviti harian (pembakaran kalori) maka senaman tidak wajib (contoh: bulan puasa). Tapi sudah tentu, senaman seperti aerobiks, berjalan, jogging dan lain-lain mempercepatkan usaha anda.
    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/panduan-kecilkan-lengan-tangan/

    5 Diet Paling Popular Malaysia 2012



    5 Diet paling popular sekarang? Disini saya akan menekankan beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak. Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.

     

    1. Diet Atkin

    Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.

    Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.
    … awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
    Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

     

    2. Diet Detox

    Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
    Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

     

    3. Diet mengikut jenis darah

    Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

    Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.

    Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

    Pantang-larang diet ikut jenis darah.

     

    4. Diet seimbang

    Panduan pemilihan diet terbaik?

    Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.  

    Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

    Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain
    …tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…

    5. No rice diet

    Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

    Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

     

    Jadi diet mana yang terbaik?

    Bagi saya, tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.

    Tapi ingat, tiada diet yang boleh membangkang fakta berikut: Naik-turun berat badan ditentukan oleh kadar pengambilan kalori berbanding keluar. Kalau pengambilan berlebihan, maka naik-lah berat badan.
    Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.

    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-diet-paling-popular-malaysia-2012/

    Cara Hilangkan Perut Buncit

    Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.
    Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.
    Minum air
    Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
    Makan dengan tertib
    Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
    Kurangkan garam
    Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
    Hindari sembelit
    Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
    Pilih serat yang sesuai
    Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
    Senaman
    Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine).  Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
    http://carauntukkurus.com/cara-hilangkan-perut-buncit

    Tip Melangsingkan Badan

    Anda ingin dapatkan badan yang langsing? Hmm.. apa sekalipun program diet yang ingin dilakukan anda perlu sedar akan batasannya dan jangan melakukannya dengan terburu-buru.
    Jangan terus melakukan apa saja kaedah pelangsingan hanya kerana mahu mendapatkan susuk tubuh yang ideal. Apa yang penting ialah untuk melakukannya secara berperingkat-peringkat, iaitu dengan memulakan dengan mengatur pola makan disulami dengan aktiviti senaman yang betul.
    Pakar pemakanan mengatakan bahawa program pelangsingan perlu dimulakan dengan diet sihat dan aktiviti fizikal. Salahsatu saja belum mencukupi.
    Jika kaedah sedemikan masih belum dapat memberikan hasil yang memuaskan, maka barulah boleh diteruskan dengan pengambilan supplemen atau ubat langsing (mengikut dos atau kadaran yang diselia oleh pakar).
    Program pelangsingan yang baik harus dijalankan dengan konsep ‘back to basic’. Jika perlu menggunakan ubat, pilih ubat yang dijamin atau disahkan selamat dan berpandukan nasihat doktor.
    Berjaya atau tidak program pelangsingan yang dilaksanakan itu sangat-sangat bergantung kepada keazaman, kesungguhan dan motivasi anda sendiri. Lazimnya, komitmen peringkat awal dengan mengatur pola makan dan senaman akan menetukan kejayaan program untuk anda mendapatkan badan yang langsing.
    Dengan bantuan doktor, anda harus menilai sejauh mana keberkesanan pelangsingan mengikut cara asal sebelum memutuskan kaedah pelangsingan cara alternatif seperti sedut lemak, bypass dan sebagainya.
    Anda tak boleh sebarangan mengatasi masalah kegemukan apa lagi dengan cara segera. Back to basic, merupakan cara yang paling ideal untuk dapatkan saiz dan bentuk badan yang diidamkan iaitu dengan cara berdiet yang betul dan aktiviti senaman.
     http://carauntukkurus.com/tip-melangsingkan-badan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...