10 Punca-Punca Gemuk

Ramai orang mengatakan bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun… huhu…
Ada yang terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!
Justeru, di sini dikongsikan antara punca-punca dan sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.
1. Tenaga yang tidak seimbang dalam badan
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, maka perlulah dipastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh tubuh.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti,senaman dan sebagainya.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh. Banyakkan aktiviti riadah dan pada masa yang sama kurangkan pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Dalam erti kata lain, gaya hidup yang tak aktif.
Menurut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itulah dikatakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah kehidupan dunia yang serba canggih dan moden kini.
3. Genetik dan faktor keluarga
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism(kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi,corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, betul tak?
Bila kita rasa tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan kita.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7.  Merokok
Menurut kajian, merokok secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun amalan merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya untuk kesihatan. Sekali dah merokok mungkin sampai bila-bila pun susah nak berhenti.
Seboleh-bolehnya berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk  mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser.  Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok, walaupun belum dapat dibuktikan secara kukuh.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot  secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Hamil
Hamil atau mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.
10. Kurang tidur
Kekurangan waktu tidur yang secukupnya pun akan memberikan masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah… Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

 http://carauntukkurus.com/punca-gemuk

Tips Diet Rendah Karbohidrat






Tips diet rendah karbohidrat
Ramai golongan wanita yang mengidamkan tubuh badan yang langsing. Mereka percaya bahawa karbohidrat adalah sumber utama yang akan menambah berat badan mereka.

Oleh itu, ramai yang sanggup menahan lapar dan memberikan seribu alasan apabila diajak makan. Makanan seperti nasi langsung tidak disentuh kerana takut berat badan akan naik. Namun berkesankah diet rendah karbohidrat ini? Jom ketahui dengan lebih lanjut.

Jangan tinggal sarapan
Ramai yang tahu sarapan adalah penting, namun ramai yang tidak mengamalkannya. Karbohidrat mengambil masa untuk ditukarkan menjadi tenaga agar tidak tersimpan sebagai lemak. Oleh itu, sarapan adalah waktu yang paling sesuai untuk memberikan masa yang cukup agar tubuh badan kita membakar tenaga semasa melakukan aktiviti seharian. Contoh sarapan yang sesuai diambil untuk diet rendah barkohidrat adalah bijirin oats dan juga telur.

Elak makanan yang diproses 
Hadkan pengambilan karbohidrat kamu dengan meletakkan jumlah tertinggi yang boleh kamu ambil dalam sehari. Jika lapar gantikan dengan buah-buahan berkarbohidrat rendah ataupun roti mil penuh.

Makan supplement 
Ambil supplement tambahan dan juga multi-vitamins. Badan kamu memerlukan nutren tambahan untuk menghasilkan sel baru dan membantu meningkatkan tahap kecegasan. Ambil supplement seperti Spirulina untuk menambah tenaga dan menyihatkan lagi badan. Pastikan produk tidak mengandungi gula atau artificial sweetener.

Gantikan nasi dengan pasta, laksi, mi dan bihun
Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak 'whole wheat' pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.

http://anizyn.blogspot.com/2014/02/tips-diet-rendah-karbohidrat.html

Fakta Kegemukan Yang Orang Tak Tahu di Malaysia

Penting! Penting! penting!

Aduhai, satu fakta yang mengejutkan yang kami perolehi daripada World Health Organization (WHO) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan mereka yang OBES!

1. WHO : Kadar Obesiti di Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara di Asia.. Fuuhhh!
2. KKM : 30% penduduk Malaysia mengalami masalah Berat Badan Berlebihan manakala 30% lagi mengalami masalah Obesiti!… Fuuhhh!

Fuuhhhhh… fakta menarik untuk kita bincangkan, kan?
Jom kita ulas sikit mengenai fakta tersebut..

Kenapa?

Betul ke tidak fakta ni? boleh dipercayai ke? atau WHO dan KKM saja je nak menakutkan kita..
Oklah, untuk membuktikannya, mudah saja! Kita boleh je ambil contoh di sekeliling kita.. Sebagai contoh kakak kita, mak cik pak cik kita, jiran kita,atau kawan-kawan kita..
Paling mudah jom kita lihat kakak kita, apa yang terjadi selepas mereka berkahwin. Badan naik! Pinggul semakin besar! dan bila dah ada anak 1 pulak, makin besar dan makin besar.. Apatah lagi bila anak dah 2 nanti..

Pak Cik Mak Cik kita pulak tak payah cakap, yang Pak Ciknya perut semakin ke depan.. sama je macam abang kita 4 bulan selepas berkahwin, semuanya boleh jadi GENG PERUT dah
Tak nak cerita pasal jiran kita atau sahabat-sahabat kita lagi.

Kita lihat yang paling dekat iaitu kita sendiri, saya jamin sewaktu anda membaca artikel ini anda sedang duduk, betul tak?

Ok, lihat perut anda sekarang.. berlapis tak?

Kalau tak ada berlapis-lapis lemak yang dapat dilihat.. saya ucapkan tahniah TAPI..
kalau belapis-lapis macam kena Pam, saya terpaksa katakan bahawa dalam tempoh setahun dua lagi, anda juga akan tergolong dalam golongan 30% yang dikatakan oleh KKM tadi.. Menakutkan bukan? Rupa-rupanya kita sendiri yang akan menyebabkan peratusan obesiti itu akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang TANPA kita sedari… Fuuhhhhh.. (nasib baik TERbaca artikel ni)
 

Apakah masalah kegemukan ini membahayakan? Dan tentulah membahayakan kesihatan kita.. Penyakit banyak datang, contohnya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Ni penyakit utama yang membawa maut di Malaysia, puncanya daripada KEGEMUKAN dan juga makanan!Addooiiiiyaii
Makanan, memang sah lah dari makanan, betul tak? Makanan orang Malaysia maksud saya..

Ermm… tak perlu saya ceritakan betapa sedapnya makanan orang Malaysia.. Kalau tak letak gula, tak letak santan, kalau tak goreng berendam
dalam minyak… bukan makanan Malaysia lah namanya, anda perlu bersetuju dengan saya ni.. Yang sedap itulah yang meningkatkan kemungkinan kita hinggap masuk ke dalam komuniti orang Obes dan berberat badan berlebihan..

Perlu ubah! Wajib ubah cara makan kita!
Cuba cara masakan yang tidak menggunakan minyak contohnya dengan cara Merebus, Memanggang atau mengukus!

Kan mudah tu, ada alternatif lain kan.. Ubah tabiat makan, kalau selama ni kita suka makan ayam goreng waktu makan tengahari, cuba alternatif lain.. cuba ayam panggang.. sedap juga, ayam juga tu, betul tak?Cuma bezanya ialah ayam goreng direndam dalam minyak, ayam panggang pula.. tiada minyak.. Walaupun nampak simple je, TAPI manfaatnya sangaaaattttlah banyak.

Sayur pula, makan sayuran yang direbus atau ulam-ulaman.

Air pula, kurangkan air gula.. Jangan bila nak makan je pergi order, “Sirap Ais satu!” takpun, “COKE satu!”
Gula banyak tu.. cuba untuk elakkannya OK. Ia boleh dielak sebenarnya, cuma samada anda mahu atau tidak sahaja!

Nampak tak? Bagaimana nak kuruskan badan.. Mudah je, mulakan daripada pengambilan makanan, ubah tabiat makan!Bukan tak boleh pun, boleh aje sebenarnya.. Kerja simple

http://terbakor.com/2012/06/27/biar-betul2-fakta-kegemukan-yg-orang-tak-tahu-di-malaysia-terbakor/

8 Tips Elak Perut Buncit!

 
Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak  mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.

Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.
  1. 1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
  2. 2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
  3. 3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
  4. 4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
  5. 5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
  6. 6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.
  7. 7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
  8. 8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !

    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tips-elak-perut-buncit/

Makan Nasi Lemak Secara Sihat?

Nasi lemak tetap menjadi makanan tradisional orang Malaysia. Sememangnya sukar untuk meninggalkan kesedapan nasi lemak itu demi amalan diet.

So takpe…..kalau kita tidak boleh meninggalkan nasi lemak sekali pun. Kita bole mengubahsuai pengambilannya berdasarkan ciri-ciri makanan yang lebih seimbang dan cita rasa seseorang itu. Tetapi sebelum saya tunjukkan pengambikan nasi lemak yang lebih “sihat”, mari kita lihat kandungan (calori) nasi lemak biasa.

Nasi Lemak and Teh Tarik
Makanan
Saiz Hidangan
Calories (Kcal)
Protein (g)
Fat (g)
Carbohydrates (g)
Nasi Lemak
230
389
9.7
13.1
58.2
Ayam Goreng (dgn kulit)
1 piece
255
20.2
17.9
3.6
Kacang
14g
81.3
3.7
6.9
2.7
Telur (separuh)
25g
42.1
3.1
3.1
0.3
Ikan Bilis
20g
63
5.6
4.2
0.7
Teh Tarik 240ml
94.7
1.5
1.7
19.1
TOTAL

925.1




Wow, 925.1 calorie untuk satu hidangan memang dasyat dan melampau. Hampir sama dengan hidangan set meal di mcdonalds. Lagi-lagi kalau purata kandungan kalori dalam suatu hidangan seharusnya dalam lingkungan 400-500. 

Berikut adalah a few tricks untuk meringankan hidangan nasi lemak
  • Tukar nasi: Mintak separuk nasi lemak & separuh nasi putih. Gantikan nasi lemak dengan nasi putih
  • Pilih daging/ayam dengan baik: Kalau nak makan ayam goreng pun, pilihlah bahagian dada ayam dan elakkan diri daripada memakan kulitnya. Untuk rendang daging pulak, elak yang banyak lemak (kalau boleh)
  • Putih telur sahaja: Elakkan daripada memakan telur kuning, ia penuh dengan lemak dan kolesterol.
  • Teh Tarik? Minta “kurang manis”, atau “kosong” atau minum separuh gelas sahaja dan kalau dah makan nasi lemak yang kurang sihat, pilihlah air yang lebih baik seperti teh o kosong atau air mineral yang 0 kalori.

Nasi Lemak Lebih Sihat Ala Kevin Zahri

Apa tukaran yang dilakukan bergantung kepada cita-rasa anda. For me, saya tidak memerlukan nasi lemak dan akan meminta ia ditukarkan kepada nasi putih. Teh tarik dan ayam goreng tetapi menjadi kegemaran bagi saya, jadi I’ll include it in my nasi lemak tetapi saya kurangkan pengambilan teh tarik dan memilih bahagian dada ayam (tanpa lemak).

It is all about give and take. So dengan segala penukaran, berikut adalah nasi lemak ala Kevin Zahri:

Makanan
Saiz Hidangan
Calories (Kcal)
Protein (g)
Fat (g)
Carbohydrates (g)
Nasi Putih
1 cup, 128g
167
2.9
0.1
38.5
Ayam Goreng (bahagian dada)
1 piece
164.7
29.4
4.2
0.5
Kacang
14g
81.3
3.7
6.9
2.7
Telur (putih sahaja)

33g
16.5
3.5
0
0.3
Ikan Bilis
10g
31
2.8
2.1
0.3
Teh Tarik 120ml (separuh gelas)
47.3
0.7
.9
9.6
Mineral water* 500ml
0
0
0
0
TOTAL

507.8




Air Mineral memang convenient. Saya akan minum serba sedikit di restoran dan bawah selebihnya balik.
Ok di sini 507.8 jauh lebih baik daripada 925.1 walaupun masih agak tinggi. Oleh kerana itu saya memang tidak menganjarkan untuk memilih nasi lemak setiap hari.

Jadi ingat: Setiap hidangan yang kurang sihat boleh diubahsuai untuk menjadi hidangan yang lebih baik dengan mengenalpasti excess calorie makanan berkenaan dan pengganti atau penukaran makanan yang bernas.

Apa yang ada tukar bergantung kepada cita-rasa anda. Remember its all about give and take untuk mengamalkan keseimbangan yang sesuai untuk diri anda.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/nasi-lemak-secara-sihat/

Makanan Yang Banyak Kolesterol

Paras kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan kita mudah dihinggapi penyakit jantung dan darah tinggi. Jadi amat penting untuk kita menjauhi atau mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol di dalamnya.

Makanan Yang Berkolesterol

  • Paling Rendah: Sayur-sayuran dan buah-buahan ( 0 – 100 miligram bagi setiap 100 gram makanan)
  • Rendah: Ikan, keju dan susu (10 – 30 mg bagi setiap 100 gm makanan)
  • Sederhana: Ayam, daging, kambing dan sesetangah jenis ikan (30 – 100 mg bagi setiap 100 gm makanan)
  • Tinggi: Hati, limpa, udang, sotong dan mentega (100 – 300 mg bagi setiap 100 gm makanan)
  • Paling Tinggi: Telur, ikan masin dan udang kering (melebihi 300 mg bagi setiap 100 gm makanan)
Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah diambil seminima yang mungkin. Makanan yang seimbang mestilah mengandungi:-
6 – 11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran hijau.
2-4 hidangan daripada kumpulan buah-buahan.
2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
2-3 hidangan daripada kumpulan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
 http://carauntukkurus.com/makanan-yang-banyak-kolesterol

Petua Turunkan Berat Badan

Semua orang inginkan badan yang kurus dan langsing. Masalahnya dengan godaan makanan yang lazat-lazat, maka sememangnya sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal jika tiada disiplin yang tinggi.
Bagi mereka yang dah mencuba pelbagai cara tapi berat badan masih juga tak turun-turun tak salah untuk anda mencuba  petua menurunkan berat badan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu. Petua ini bukan sahaja bagus untuk menurunkanberat badan malah ia juga dikenali sebagai petua mengekalkan kelangsingan sebab jika diamalkan selalu ia dikatakan dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh yang langsing dan ideal.

Petua Turunkan Berat Badan

1. Ambil 3 sudu serbuk teh.
2. Rendam ke dalam satu gelas air panas.
3. Setelah 5 minit, tapis dan kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis (sebiji).
4. Amalkan minum dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sejam sebelum masuk tidur.
http://carauntukkurus.com/petua-turunkan-berat-badan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...