Tips Untuk Mengelak Tabiat ‘Overeating’ dan Kegemukan

Kali ini aku ingin kongsikan 6 tips menarik untuk mengelak makan secara berlebihan (sekaligus kegemukan) seperti yang dicadangkan oleh penulis, pakar kesihatan dan kecergasan, Jayden Chen di dalam bukunya “Slim Malaysians“. Tips berikut adalah terjemahan dan olahan semula oleh Susu Sejat.
1Pandai membezakan antara ‘haus’ dan ‘lapar’
Selepas makan, kepekatan darah akan meningkat (kehadiran glucose dan asid amino), dan kita memerlukan air untuk ‘mencairkan’ kembali darah dalam badan. Sekiranya korang masih belum berasa kenyang selepas satu-satu hidangan (seperti sepinggan nasi), minum dulu segelas air kosong, tunggu beberapa minit dan lihat jika apa yang diperlukan badan korang itu adalah betul-betul makanan atau sekadar air.
Masih lapar, atau sekadar haus?
2Makan secara perlahan
Stretch receptors‘ pada perut mengambil masa 20 minit untuk menghantar signal ke otak, memberitahu jika diri korang sudah kenyang, atau sebaliknya. Andaikata korang makan terlalu cepat, korang mungkin akan terlebih makan daripada yang sepatutnya.

3Makan dengan 4 deria
Beri penghargaan kepada makanan yang dinikmati. Makanlah menggunakan 4 deria utama manusia, iaitu bau (hidung), rasa (lidah), penglihatan (mata) dan sentuh (kulit). Nikmati bau makanan, selami rasa makanan tersebut, hargai bagaimana ia dipersembahkan, sentuhlah makanan tersebut dengan jari korang, dan hargailah hidangan tersebut.
Makanlah seperti seorang pengkritik makanan
4Jangan abaikan sarapan pagi
Kita perlukan sebuah ‘suis’ untuk membuka metabolisma yang ‘tertutup’ semenjak kita tidur (malam) 8 jam yang lalu. Dan suis ini tidak lain dan tidak bukan ialah sarapan yang sihat dan berkualiti. Sarapan pagi adalah amat penting untuk memastikan tubuh kita bersedia dan mampu bekerja pada hari tersebut dengan baik dan sempurna. Kajian menunjukkan 80% individu yang berjaya menurunkan dan mengekalkan berat badan adalah mereka yang tidak pernah meninggalkan sarapan pagi.

5Sentiasa minum air kosong
Minum kira-kira 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari. Kajian di University of Washington menunjukkan minum segelas air mampu menurunkan selera makan kepada beberapa tahap.
6Jangan berlapar
Yang ini aku sendiri pun pernah komen dalam entri susu sejat yang lalu. Jangan sesekali berlapar kerana apabila berlapar, badan manusia sehabis boleh akan cuba mengelak untuk turun berat badan berikutan kurangnya sumber input (makanan), dengan merendahkan kadar metabolisma supaya badan tidak terus susut (Ya, susut berat badan itu memang difahami oleh badan kita sebagai suatu malapetaka yang harus dielakkan. Anggap badan kita seperti sebuah bank. Sekiranya wang simpanan korang di bank mula susut, agak-agaknya, apa yang korang akan lakukan supaya tidak jatuh muflis? Berjimat-cermat? Maka badan kita juga adalah seperti itu).

http://sususejat.com/tips-untuk-mengelak-tabiat-overeating-dan-kegemukan/

Minuman Isotonik Bertenaga Boleh Menyebabkan Kegemukan


Salam dari PersonaGrata,
Hari ini apa yang saya akan kongsikan bersama pembaca sekalian adalah artikel yang dipetik dari pakar kesihatan terkenal Mike Geary dimana beliau salah satu pengarang untuk artikel di dalam majalah Mens Health. Apa yang nak dingkongsikan bersama ialah fakta tentang Minuman Tenaga @ di kenali sebagai minuman isotonik atau juga istilah setempat iaitu 100Plus, Excel, 9 Isotonik dan sebagainya.

Telah bertubi-tubi soalan timbul memperkatakan tentang semua minuman tenaga baru yang menghentam pasaran selama beberapa tahun kebelakangan ini. Minuman alaf baru ini nampaknya menjadi kegilaan, terutama dengan anak muda, dan mereka (pengeluar minuman isotonik) berjanji pada seluruh warga dunia dengan tuntutan keterlaluan semua tenaga super dan tenaga segera yang akan anda miliki apabila anda mengambil minuman isotonik, tak ubah seperti kartun Popeye, yang bezanya cuma Popeye mengambil tenaga dari “spinach” (bayam) sumber natural namun anda ambil dari sumber kimia dan bagaimana anda akan menjadi atlet terbaik di dunia, bermula mengangkat kereta di atas kepala anda, dan mendapatkan tubuh yang sempurna.

Jadi beberapa persoalan mula muncul:
  1. Apakah minuman tenaga ini benar-benar baik untuk anda?
  2. Adakah ia benar-benar meningkatkan tenaga anda?
  3. Adakah ia benar-benar memiliki formula tenaga magik ala-ala Popeye?
  4. Dan yang paling penting, adakah ia akan membantu anda menurunkan berat badan?
Pertama sekali, mari kita lihat apakah kandungan sebahagian besar minuman tenaga. Kebanyakan dari minuman tenaga ini hanya diisi dengan air berkarbonat ‘gut-fattening high fructose corn syrup – HFCS’ (atau gula tambah yang lain), kafein, asid amino taurin, dan beberapa vitamin tidak efektif ditambah untuk menunjukkan dan untuk menipu anda supaya berfikir ada sesuatu yang sihat tentang ramuan minuman ini.

Mari kita mulakan dengan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS). Nah, di sini terdapat kalori tak berguna yang akan terus menjadi lemak perut anda, dan corn syrup ini bahkan lebih buruk  daripada gula halus biasa yang digunakan di rumah atau di kedai-kedai mamak. Ada juga beberapa minuman tenaga menggunakan gula tambah lain dan bukannya HFCS, tetapi sebenarnya tiada bezanya, kerana mereka juga mempunyai kalori kosong yang tidak memberikan manfaat gizi.

Ok, jadi anda mengatakan bahawa mereka telah memperkenalkan minuman rendah gula atau minuman tanpa gula sebagai alternatif dari minuman tenaga HFCS. Ya benar, tetapi sekarang anda mempunyai masalah bahan kimia berbahaya dalam pemanis buatan yang memang telah diketahui kesan sampingan yang akan dihadapi.

Masalah lain dengan pemanis buatan ialah beberapa penyelidik percaya dengan menggunakan pemanis buatan akan menyebabkan peminum lebih ‘consume’ banyak kalori dan berat badan dalam jangka masa panjang.  PersonaGrata tidak akan ulas atau research dengan lebih lanjut ianya akan berlarutan tanpa had. Cukuplah dengan mengetahui bahawa pemanis buatan dan bahan kimia buatan dalam makanan secara umum  adalah semua berita buruk bagi tubuh anda!

Bagaimana dengan kafein?

Fuhh, apa yang perlu anda tahu ialah, kafein tidak dengan sendirinya memberikan “tenaga”. Secara teknikal, hanya bahan yang benar-benar mempunyai tenaga kalori adalah daripada karbohidrat, protein, dan lemak.
Namun, kafein dapat menjadi bantuan untuk membangunkan minda atau diri dengan cara merangsang sistem saraf pusat.

Dan bukan pula dengan cara kafein ditambah pada beberapa minuman tenaga “berkarbonat”, Mike Geary lebih mengesyorkan untuk mendapatkan kafein dari sumber alam seperti teh hijau, teh putih, atau teh oolong (Teh Cina jenis Oolong), yang benar-benar memberikan antioksidan kuat dan kesihatan juga!

Sila ambil perhatian! walaupun jika anda seorang peminum kopi biasa, anda mungkin mempunyai beberapa tahap kecanduan (imune @ lali) terhadap kafein dan mungkin tidak akan terlalu banyak menerima manfaat dari kafein dalam minuman tenaga pula.

Tips : Anda disarankan untuk mencuba minum teh dan mengurangkan pengambilan kopi dalam hanya beberapa hari setiap minggu untuk memaksimakan pengurangan diri bergantungan kepada kafein.

Kebanyakan teh mengandungi sedikit kafein jika dibandingkan kopi, dan beberapa teh (seperti teh hijau, teh putih, dan teh oolong) mengandungi phytochemical sinergis yang bekerja untuk melambatkan respons dari kafein. Ini bermakna anda mendapat respon lebih ringan dari kafein dalam teh hijau, teh oolong, atau teh putih berbanding dengan respon keras dari kopi.

Sekarang bagaimana pula dengan adunan magik dari taurin dan B-vitamin ke dalam minuman tenaga?

Hmmmm, secara nyata ialah … anda mendapat taurin di hampir semua sumber protein. Dan sebahagian besar dari vitamin B artificial yang ditambah dalam minuman isotonik hanya keluar terus ke tandas melalui urin anda. Vitamin yang terbaik sebenarnya diperoleh secara semulajadi daripada sumber makanan ASLI, tidak artificial ditambah pada beberapa minuman berkarbonasi. Tubuh anda tidak akan tertipu untuk menggunakan sumber vitamin palsu semudah ini sebagai sumber asli.

Mike Geary berkata, — “Sesungguhnya, menurut pendapat saya, saya berikan semua minuman tenaga 0 star daripada rating penuh 5 bintang! Jangan terpedaya dari teknik pemasaran bodoh dari semua ‘minuman apa yang disebut tenaga’.”

Sebaliknya, inilah resepi Mike Geary untuk minuman tenaga buatan sendiri:

1. Make a big iced tea mixture using green tea, white tea, and yerba mate tea.  I like to add a little fruit flavor, so I’ll use 1 tea bag of a raspberry or blueberry hibiscus tea, and then use 2-3 green and/or white tea bags, and 2-3 yerba mate tea bags, and make a gallon container of iced tea.  I just use a small amount of stevia to lightly sweeten the batch of tea.

2. I buy a container of organic coconut water from a health food store, or buy fresh coconuts to obtain the coconut water from the inside.

3. For my healthy energy drink, I mix a half of a glass of the white/green/yerba mate iced tea mixture and fill the rest of the glass with the coconut water.
Ini sebenarnya adalah benar-benar sihat dan lazat berbanding minuman tenaga  yang sarat dengan bahan kimia dan beliau kesal dengan setiap individu hari ini semakin kelabu mata membeli minuman isotonik baik semasa bersukan atau di gym malah sedih melihat orang pasif di atas sofa sambil menonton tv mengambil minuman isotonik.

Teh Yerba Mate, teh hijau, dan teh putih mengandungi dos kafein yang kecil bersama dengan campuran pelbagai antioksidan kuat dan phytochemical sinergis. Plus, air kelapa merupakan sumber yang kaya elektrolit dan pelbagai vitamin dan mineral. Air kelapa dikenali untuk menyediakan sumber tenaga ekspress yang baik, dan juga mengandungi beberapa trigliserida rantai sederhana, yang merupakan lemak sihat yang boleh akan gunakan untuk tenaga dan juga membantu sistem kekebalan tubuh.

Jadi nikmatilah minuman tenaga semulajadi seperti yang syorkan oleh Mike Geary, sambil mengetahui anda sedang minum minuman yang baik untuk tubuh anda dan bukan minuman isotonik yang popular di pasaran.
PersonaGrata mohon untuk sebarkan artikel ini link ini kepada rakan-rakan dan keluarga atau berkongsi di blog anda, forum, laman facebook untuk membantu rakan-rakan anda hidup lebih sihat.
Akhir kata, Salam Sihat!

http://www.aidilazhar.com/kesihatan-2/minuman-isotonik-bertenaga-boleh-menyebabkan-kegemukan/#

Mengempiskan Perut Buncit

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan

Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
  1. Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
  2. Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
  3. Nelayan and petani. Mereka tiada seneman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
  4. Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
  5. Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.

Jadi senaman tu tak perlu untuk kurang berat?

Well perlu tapi tidak wajib. Hukumnya “harus”! Senaman membantu cepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori tapi selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan.
selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan

Apa yang anda WAJIB tahu untuk kurangkan berat badan tanpa senaman?

Ok bab in yang paling penting. Untuk kurangkan berat tanpa senaman anda wajib tahu dan amalkan yang berikut:
  1. Ketahui keperluan kalori seharian (DCR – daily calorie requirement) unik anda. Ia bergantung kepada umur, berat, tinggi, jantina dan gaya hidup.
  2. Pandai menghitung kalori pemakanan seharian anda. Jangan biarkan ia lebih dari DCR anda.
  3. Kalori dibakar dimana-mana, termasuk semasa berjalan, naik-turun tangga, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan gaya hidup seaktif boleh.
  4. Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2 kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
…dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
Walaupun senaman tidak wajib untuk kurangkan berat badan, ingat: Senaman tu penting untuk kekalkan kekuatan otot, tulang dan sistem kardiovaskular. Tak bestlah jugak kalau anda dah kurus tetapi tidak bermaya.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-sebab-senaman-tak-wajib-untuk-kurangkan-berat-badan/

Perut Buncit Tanda Awal Penyakit

Bagi anda yang masih bujang dan masih mempunyai perut yang kempis (terutamanya lelaki yang aktif), jangan sangka keadaan ini akan berkekalan. Anda pasti perasan bahawa bagi kebanyakan lelaki, perut yang kempis itu pasti akan berisi dan membuncit selepas berkahwin.

Tanda Bahagia?

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.

Lemak yang terkumpul di perut boleh termasuk dalam kumpulan lemak viseral, iaitu lemak dalam organ-organ dalaman badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Ukur Lilit

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.


Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti kencing manis, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. 

Cara Hidup Sihat

Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.

Mungkin cara sedutan lemak atau liposuction boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan.


 http://mutiaraaleesya.blogspot.com/2012/04/perut-buncit-tanda-awal-penyakit.html

4 Senaman Kempiskan Perut

Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap lelaki mahupun wanita. Bagi mencapai objektif mengempiskan perut, 4 jenis senaman berikut boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1
Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.
Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".
Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.


senaman back extension
Senaman back extension - health.msn.com


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Tips Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma. Makanan Para Nabi.


Baru-baru ini, saya mendengar tentang khasiat buah kurma di radio. Memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, inilah makanan para nabi yang terbukti berkhasiat pada tubuh badan kita. Antara khasiatnya menguatkan sistem imun kita dan memberi sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Saya beli juga sebuah buku hasil nukilan seorang arab iaitu Ahmad Salim Baduwailan. Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Uria bertajuk Berubat Dengan Buah Tamar. Bila dibaca, perghhh. Banyak betul khasiat buah kurma yang tidak diketahui. Patutlah Rasulullah s.a.w. berpesan “Rumah yang tiada kurma, penghuninya sentiasa lapar”. Ini sebenarnya satu galakkan dari Rasulullah s.a.w. yang mengetahui betapa besar khasiat buah kurma ini.
.
.
Ok. kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips nak kuruskan badan dengan buah kurma. Mesti ramai yang suka tips ini. Sebabnya ia mudah dan jimat wang. Caranya, jadikan buah kurma sebagai hidangan makan malam anda. So waktu malam, tak perlulah lagi makan nasi dengan lauk pauk. Tetapi gantikan dengan buah kurma. Cubalah buat dalam sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan menurun. Badan pun lebih kurus, slim dan sihat.

Sebenarnya pada waktu malam, tubuh badan kita perlu banyak berehat. Jika tidak, makanan yang dimakan hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh kita. So amalan memakan kurma pada waktu malam memberi rehat pada organ di dalam tubuh kita. Seterusnya memberi kesihatan organ dan tubuh yang lebih baik. Tambahan lagi kurma memberi tenaga yang cepat pada tubuh kita. Inilah cara mudah kuruskan badan yang berkesan dan berkhasiat.

http://hairul.com/blog/tips-cara-kuruskan-badan-dengan-kurma-makanan-para-nabi/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...