Tabiat Makan Lewat Malam Punca Kegemukan

Sedarkah kita bahawa negara kita semakin dibanjiri oleh gerai-gerai makanan yang beroperasi sehingga lewat tengah malam / awal pagi mahupun beroperasi 24 jam? Adakah fenomena ini merupakan yang terbaik buat kita, mudah untuk mencari makanan atau menggalakkan perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya?
Pastinya pemilik gerai-gerai ini berperoleh keuntungan lumayan dan berlipat ganda kerana pengunjung yang datang makin hari makin ramai, sungguhpun perniagaan ini semakin kompetitif. Bagaimana pulak kesannya untuk kita, sebagai pengguna?


source: google (Sekadar gambar hiasan)

Ya, kita memang tidak perlu risau tentang betapa mudahnya nak cari makan, sungguhpun perut mulai berkeroncong pada jam lewat malam, sedang pengguna lain sedang enak diulit mimpi. Namun, sedarkah kita tentang bahayanya tabiat pemakanan lewat malam sebegini terutamanya dalam tempoh masa akan datang.

Makanan di gerai-gerai sebegini kebiasaanya sangat berminyak, berlemak dan berkalori sangat tinggi. Lebih membimbangkan ialah kadar metabolisma badan kita pada waktu malam sangat rendah, yang boleh membuatkan lemak mudah terkumpul. Selesai makan, kita akan terus pulang ke rumah dan berehat atau tidur sementara menunggu hari esok. Kesannya, sedikit demi sedikit lemak akan terkumpul dalam badan sekiranya tabiat makan lewat malam sebegini tidak dibendung, yang mana boleh mengakibatkan obesiti/kegemukan; sebagai punca utama penyakit-penyakit lain seperti jantung, diabetes mahupun penyakit kronik yang lain.
http://www.jurnalnutrisi.net/2010/12/tabiat-makan-lewat-malam-punca.html

5 Makanan Yang Membuatkan Anda Cepat Kenyang


Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?

(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.

(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

(3) Gandum- Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.

(4) Epal- Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.

(5) Kekacang- Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.
sesiapa yang rasa nak berjimat tu, boleh juga cuba jenis makanan yang macamnie ok… hehe :p

http://www.top5reason.com/index.php/6-makanan-yang-membuatkan-anda-cepat-kenyang/

Rencana Kesihatan – Diet Zaman Purba

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa
Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa
Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa
Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

Buah-buahan

Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak.

Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.

Kredit: Utusan & Flickr
http://www.jomdiet.com/rencana-kesihatan-diet-zaman-purba/

Cara Menurunkan Berat Badan

Dr. Pakar,
BARU-BARU ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.

Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan. Sekian, terima kasih.
– DEWASA BERAT



Dewasa Berat,

Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).

Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.

Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/11/19/cara-menurunkan-berat-badan/

5 Trick Untuk Mengurangkan Berat Badan

Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?

 

Menghidu makanan- Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak.

 

Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda- Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

 

Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru- Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperi oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

 

Tangkap gambar makanan yang anda ambil- Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

 

Ikat seutas benang pada bahagian perut- Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.
kami pun sebenar tidak pasti samaada cara ini berkesan atau tidak, tapi tak salahkan kalau anda mencuba. tak rugi apa2 pun ok :)

http://www.top5reason.com/index.php/5-trick-untuk-mengurangkan-berat-badan/

5 Makanan Diet Yang Tidak Sihat

Mungkin sebelum ini anda sudah merasakan bahawa telah mengamalkan diet yang sihat tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan.  Masalah ini kemungkinan berpunca daripada makanan diet yang anda pilih. Ada sesetengah makanan diet yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap sistem tubuh anda malah ia mungkin hanya akan memberi lebih kemudaratan sahaja. Antaranya adalah..
 

Diet Soda- Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.

 

Pemanis tiruan- Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.

 

Diet makanan yang diproses/makanan ringan- Ramai yang menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya, dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.

 

Yogurt berperisa- Yogurt sememangnya pilihan makanan diet yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.

 

Cip kentang- Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan kalori nya pula akan berkurangan.

http://www.top5reason.com/index.php/5-makanan-diet-yang-tidak-sihat/

Kegemukan Ikut Peringkat Umur?

Baru ni aku ada cakap pasal gemuk Epal dan gemuk Pear tapi aku sendiri? Hahahaa aku sendiri gemuk buah Epal. Tadi baru aje timbang and yes berat masih tak naik tak turun 51kg saje. Kali ni aku nak share jenis gemuk ikut peringkat pulak mana lah tau ada yang tak tahu? Boleh tambah ilmu kan? Gemuk ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat umur dari bayi sehingga dewasa.
article 2014064 0CF9F9CF00000578 639 634x671 Kegemukan Ikut Peringkat Umur?

Kegemukan Sewaktu Baby

Biasa terjadi akibat kurangnya pengetahun orang tua tentang keperluan makanan bayi. Kalau baby menangis, mesti kita sendiri fikir ohhh baby tu lapar rupanya padahal belum tentu lapar. Mana lah tahu baby menangis sebab berak ker? Kencing ker? Perut kembung ker? Kurang tepat kalau baby menangis perlu diberikan makanan.

Umur baby sehingga 2 tahun merupakan saat paling cepat terjadi penimbunan lemak namun bukan bermaksud lepas dari dua tahun dah bebas lemak. Bayi gemuk belum tentu sihat malah mungkin bagi kesan negatif? Contoh aku nak bagi, risiko baby kejang lebih banyak terjadi pada baby yang gemuk.

 Kegemukan Ikut Peringkat Umur?

Gemuk Sewaktu Kanak – Kanak

Gemuk zaman kanak – kanak biasanya disebabkan oleh pola pemakanan yang salah dengan kurang aktiviti fizikal. Zaman sekarang dah susah gila nak tengok budak – budak main batu selambut apalagi nak tengok main lompat tali?

Canggih sangat teknologi sampai semua permainan boleh dapat kat dalam rumah. huhu.


Gemuk Sewaktu Dewasa

Gemuk time dewasa terjadi bila banyak lemak terkumpul dalam badan. Logiknya, dah besar duit dah ada, makanan pun boleh beli ikut nafsu sebab MAMPU. Istilah mampu ini merangkumi nafsu terutama pada kaum perempuan macam aku. Kalau boleh, shopping mall tuh aku nak bawak balik rumah. Kahkahkah!

Makin besar makin malas nak bersenam dan penyakit ini selalu melanda mereka yang berusia 30tahun – 50 tahun ke atas. Awas kepada mereka yang berginjak kepada umur 30 tahun. Wuwuwuuu.

P/s: Gemuk ini boleh kurus sebenarnya cuma korang mampu atau tak melawan nafsu dalam diri tuh. Kalau tak mampu, cakap banyak pun tak guna sebab takkan ke mana. Muahahahaaa.

http://penmerah.com/kegemukan-ikut-peringkat-umur/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...