5 Tabiat Yang Menjadi Punca Gemuk


puncak kegemukan 

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak- Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak- Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

(3) Minuman bergas- Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan- Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat- Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

http://www.top5reason.com/index.php/5-tabiat-yang-menjadi-punca-gemuk/

Buang Lemak Dengan Flavonoid

Mahukah anda singkirkan lemak berlebihan dalam tubuh masing-masing? Kini, anda boleh mencubanya serta-merta. Sebab sesetengah makanan mampu mengusir lemak dalam tubuh. Contohnya seperti buah-buahan, kekacang dan rempah.

Terutamanya makanan yang kaya dengan flavonoid. Flavonoid merupakan sejenis bahan pembakar lemak yang boleh didapati dalam badam, strawberi, rasberi, kulit kayu manis dan kacang soya.

Menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil buah-buahan kaya dengan flavonoid mampu mengurangkan kadar peningkatan lemak dalam tubuh selama 14 tahun. Wow, lama tuu!



1. Badam


Dengan mengambil 3 biji badam sehari akan membantu mengurangkan berat badan sehingga 18%. Ini kerana ia kaya dengan asid alphalinilenic iaitu asid lemak Omega 3 dalam tumbuhan yang melancarkan metabolisme lemak.

kulit kayu manis dan badam



2. Kulit Kayu Manis


Pakar pemakanan Amerika Syarikat, Laure Slayton mendapati dengan mencampurkan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis dalam makanan mampu mencegah peningkatan insulin selepas makan.

Selain serbuk kayu manis, pengambilan kunyit juga dapat melewatkan pertumbuhan jaringan lemak dalam tubuh anda.


3. Rasberi dan strawberi


Kandungan vitamin C dalam strawberi dan rasberi boleh membantu membakar lemak hingga 30% ketika anda bersukan.

strawberri dan rasberri



4. Kacang soya


Ia kaya dengan kolin yang merupakan sejenis senyawa berfungsi menghalang penyerapan lemak dan menghalang penyerapan lemak serta membakar timbunan lemak.


Sekarang anda dah tahu makanan yang boleh buang lemak berlebihan, kan? Jadi, bolehlah masukkan ia ke dalam menu harian anda.

Hilangkan Lemak Berlebihan Pada Perut

Kalaulah boleh hilangkan lemak di perut, alangkah indahnya hidup ini. Bila impian tersebut jadi kenyataan, tentu seronok, kan? Tapi, lebih manis sekiranya berjaya dicapai secara semulajadi. Yeahh! Itulah sebenar-benar kepuasan.

Agak-agaknya, kenapalah ramai sangat yang lebih tertumpu untuk buang lemak di perut? Bukan di bahagian lain?


Haha... pertama, tentulah ia membantu anda tampil lebih yakin di khalayak ramai.


Namun, bukan itu sahaja yang patut anda fikirkan.


Ini kerana, lemak yang dibiarkan berkumpul di perut boleh merosakkan jaringan organ tubuh dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung. Fakta ini disokong oleh satu kajian yang mendapati individu yang bebas lemak di perut mempunyai risiko rendah untuk mengalami gangguan jantung.


Jadi, apakah yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan lemak berlebihan di perut ni?


Ada 4 perkara yang boleh anda mulakan lakukan mulai hari ini iaitu:


1. Senaman perut


Memang tidak syak lagi. Senaman di bahagian perut dan diet seimbang adalah ubat paling mujarab.


Senaman Perut
Senaman Perut



Dalam seminggu, anda bersenamlah lebih kurang dalam sejam. Boleh buat senaman perut dan juga senaman yang menumpukan anggota badan selain perut. Bersenamlah secara konsisten.

Ya! Konsisten dan kualiti senaman adalah kunci kejayaan anda.


2. Campurkan pengambilan protein dan karbohidrat


Menurut pakar pemakanan, anda disarankan mencampurkan pengambilan protein sebanyak beberapa gram setiap kali mengambil hidangan berkarbohidrat.


Makanan Berprotein Tinggi
Makanan Berprotein Tinggi - fitnessandmuscle.net



Ia bertujuan mengurangkan pengeluaran kortisol dalam badan sehinggalah proses penyimpanan lemak sekitar perut berkurangan.


3. Makan bertih jagung (popcorn)


Anda boleh mengamalkan pengambilan secawan bertih jagung untuk setiap kali hidangan. Tapi, pastikan yang tidak dicampur dengan mentega, garam dan minyak tau.


Bertih Jagung (Popcorn)
Bertih Jagung (Popcorn) - thestir.cafemom.com



Ia mengandungi kalori yang agak rendah iaitu sekitar 30 miligram.


Urmmm... tak sedap la kalo cenggini?


Memang. Tapi tulah yang terbaik untuk perut anda. :D


4. Usah terlalu risau dengan berat badan anda


Sekali imbas, macam tak logik aje. Mana boleh tak risau. Mesti la risau Dol!


Sebenarnya, kalau anda terlampau risau ia akan meningkatkan lagi kadar kortisol dalam badan. Bila kadar kortisol tinggi, ia bermakna jumlah pengumpulan lemak dalam perut anda juga meningkat. Aduss...

Akibatnya nanti, nafsu makan anda semakin bertambah dan sukar dikawal serta melambatkan metabolisme tubuh.

Tabiat Makan Lewat Malam Punca Kegemukan

Sedarkah kita bahawa negara kita semakin dibanjiri oleh gerai-gerai makanan yang beroperasi sehingga lewat tengah malam / awal pagi mahupun beroperasi 24 jam? Adakah fenomena ini merupakan yang terbaik buat kita, mudah untuk mencari makanan atau menggalakkan perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya?
Pastinya pemilik gerai-gerai ini berperoleh keuntungan lumayan dan berlipat ganda kerana pengunjung yang datang makin hari makin ramai, sungguhpun perniagaan ini semakin kompetitif. Bagaimana pulak kesannya untuk kita, sebagai pengguna?


source: google (Sekadar gambar hiasan)

Ya, kita memang tidak perlu risau tentang betapa mudahnya nak cari makan, sungguhpun perut mulai berkeroncong pada jam lewat malam, sedang pengguna lain sedang enak diulit mimpi. Namun, sedarkah kita tentang bahayanya tabiat pemakanan lewat malam sebegini terutamanya dalam tempoh masa akan datang.

Makanan di gerai-gerai sebegini kebiasaanya sangat berminyak, berlemak dan berkalori sangat tinggi. Lebih membimbangkan ialah kadar metabolisma badan kita pada waktu malam sangat rendah, yang boleh membuatkan lemak mudah terkumpul. Selesai makan, kita akan terus pulang ke rumah dan berehat atau tidur sementara menunggu hari esok. Kesannya, sedikit demi sedikit lemak akan terkumpul dalam badan sekiranya tabiat makan lewat malam sebegini tidak dibendung, yang mana boleh mengakibatkan obesiti/kegemukan; sebagai punca utama penyakit-penyakit lain seperti jantung, diabetes mahupun penyakit kronik yang lain.
http://www.jurnalnutrisi.net/2010/12/tabiat-makan-lewat-malam-punca.html

5 Makanan Yang Membuatkan Anda Cepat Kenyang


Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?

(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.

(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

(3) Gandum- Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.

(4) Epal- Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.

(5) Kekacang- Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.
sesiapa yang rasa nak berjimat tu, boleh juga cuba jenis makanan yang macamnie ok… hehe :p

http://www.top5reason.com/index.php/6-makanan-yang-membuatkan-anda-cepat-kenyang/

Rencana Kesihatan – Diet Zaman Purba

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa
Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa
Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa
Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

Buah-buahan

Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak.

Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.

Kredit: Utusan & Flickr
http://www.jomdiet.com/rencana-kesihatan-diet-zaman-purba/

Cara Menurunkan Berat Badan

Dr. Pakar,
BARU-BARU ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.

Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan. Sekian, terima kasih.
– DEWASA BERAT



Dewasa Berat,

Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).

Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.

Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/11/19/cara-menurunkan-berat-badan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...