Kisah Wanita Gemuk Menjadi Kurus - FARHAN AF


Personally aku rasa Farhan ni tak gemuk pun, cuma mungkin kerana dunia artis ni semuanya kurus-kurus belaka, Farhan dikira sebagai golongan artis yang berisi dan diminta untuk kuruskan badan. Sedih kan? Padahal penyanyi patutnya perlu pentingkan suara je :( . Tapi Farhan ni bagus, dia menyahut cabaran itu tapi dia tak nak kurus secara drastik. And she made it. Dia berjaya mengurangkan berat badannya dan she looks fabulous! :) 


Tipsnya?



"Saya akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi, selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti dinasihat doktor.


"Terus terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya, pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.


"Makan tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan malam."

Sumber: Kosmo
http://razfira.blogspot.com/2012/02/kisah-wanita-gemuk-menjadi-kurus-2.html

Kempiskan Perut Buncit Anda


Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
i. Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
ii. Tumbuk kesemua sehingga lumat.
iii. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Bagaimana Elak Lemak Tepu dalam Badan?


Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
  1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
  2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
  3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
  4. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
  5. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
  6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
  7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/bagaimana-elak-lemak-tepu-dalam-badan/

Minuman Untuk Melangsingkan Badan

Ada sesetengah orang yang sudah lama berdiet menjaga pengambilan makanan dengan bersungguh-sungguh tetapi masih belum mendapat bentuk badan langsing sepertimana yang diidam-idamkan, jadi di manakah silapnya?
Mungkin ada kekurangan dari segi pengambilan minuman. Sekiranya semasa dalam berdiet anda masih kerap minum air sirap, teh tarik atau minum soda bikarbonat, maka itu adalah satu kesilapan besar. Kesemua minuman yang dinyatakan itu tinggi kandungan gula yang boleh menyebabkan badan menjadi gemuk!
Satu perkara yang mungkin ramai yang terlepas pandang ialah pengambilan minuman yang ‘sihat’ juga adalah penting untuk anda mencapai kesan yang terbaik dalam berdiet.
Air Putih
Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan minum segelas air putih 20 minit sebelum makan boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan diambil. Kajian belum dapat mengetahui puncanya tetapi para penyelidik amnya berpendapat kepadatan kalori mnuman juga berperanan mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan.
Teh hijau
Kajian juga membuktikan teh hijau mampu memperbaiki daya tahan tubuh sehingga 24% selain meningkatkan pembakaran lemak.
Susu coklat bebas lemak
Susu yang sempurna selepas latihan senaman yang banyak melibatkan aktiviti gerakan dan rembesan peluh. Pengambilan susu coklat yang mengandungi karbohidrat dan protein yang diperlukan tubuh mampu memulihkan kembali tenaga yang hilang semasa bersenam.
Air batu
Satu kajian di Jerman mendapati bahawa minum air batu atau ais boleh membakar kalori. Dua gelas air batu dikatakan mampu membakar sehingga 24 kalori. Lebih kurang 40% pembakaran digunakan untuk menyesuaikan suhu air minum supaya sama dengan suhu badan.

panduan berkaitan:

minuman kuruskan badan | minuman untuk kurus | minuman untuk kuruskan badan | petua minuman kuruskan badan | minuman kurus badan | minuman menguruskan badan | minuman orange kuruskan badan | minuman untuk menguruskan badan | petua kuruskan perut buncit | minuman yang boleh kuruskan badan |

http://carauntukkurus.com/minuman-untuk-melangsingkan-badan

10 Tips Mudah Berdiet

tip-diet-malaysia

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-mudah-berdiet/

Rakan-Rakan Faktor Gagal Diet

Sedarkah anda bahawa rakan taulan kekadang boleh menjadi penyebab kenapa kita gagal menyempurnakan program untuk berdiet.
Pantang kalau ada masa terluang, telefon mulalah berdering dan rakan-rakan rupanya sudah menunggu anda di kedai mamak berhampiran ajak melepak bersama-sama. Itu belum diambil kira dengan jemputan berkelah, BBQ, parti hari jadi, menonton wayang dsb.nya yang sudah pasti ada program makan-makan pula selepas semua aktiviti riadah tersebut.
Sekiranya pelawaan diaorang kita tolak, nanti dikatakan pula kita nie tak “sosial” huhu…
Ada pula tu yang sesetengah kengkawan siap kutuk lagi kalau dapat tau bahawa kita nie sedang berdiet… hampeh tul… Kesudahannya, kita cuma mampu mengunci mulut dan terus memilih juadah yang serba enak tapi boleh menambahkan kembali lemak-lemak di badan tu semata-mata untuk menjaga rahsia dan agar kengkawan tu tak banyak soal. Tapi apa jadi dengan usaha anda untuk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah tu.. huhu…
Cara Mengatasi :
Ingatkan diri anda bahawa persahabatan ada sempadannya dan setiap individu perlu diberi ruang untuk mencapai impiannya tanpa komen yang tidak membina dan negatif dari orang lain.
Ada sesetengah rakan nie, samada sengaja atau tidak sengaja, sekiranya dia tahu anda sedang berdiet, pasti ada yang akan cuba sabotaj diet anda. Justeru, cara paling wajar ialah untuk tidak memberitahu kepada siapa pun hasrat anda ingin menurunkan berat badan.
Tak salah keluar makan dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, tapi pandai-pandailah anda memilih menu yang sihat dan seimbang. Walaupun makan di restoran makanan segera, anda masih boleh memilih salad dan diet soda.
Secara tak langsung, mereka akan lebih menghormati prinsip anda sebaik sahaja melihat menu pesanan anda. Kalau sepanjang hari itu anda makan dan makan, tolaklah pelawaan rakan untuk keluar makan lagi waktu dinner atau pada waktu lewat tengah malam.
Kekadang kena tunjuk ‘selfish’ sikit demi mencapai sesuatu..hehe… Jangan diturut sangat kehendak kawan-kawan yang sering ajak makan-makan. Usaha sehingga berat yang diimpikan dapat dicapai.
http://carauntukkurus.com/faktor-gagal-diet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...