RAMAI yang mengadu dan
risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat
ke cermin, serta-merta muka masam mencuka.
“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”
Ya, mungkin ada di kalangan anda yang
mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan,
cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada
pandangan orang. Bukankah begitu?
Justeru, bagaimana mahu mencapai berat
badan yang ideal serta teknik kawalan berat badan yang sepatutnya
dilakukan. Bagaimana ya?
Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5
langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat
badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya
yang kurus ini juga harus melaksanakannya.
1) Aktiviti senaman.
Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu
selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah
selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah
penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang
dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di
dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya
hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan
untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat
berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
2) Kurangkan ‘screen time’.
Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa
anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek
ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer.
Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda
banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk
sekitar 2 jam sehari sahaja.
3) Sayuran dan buah-buahan.
Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan
mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh
anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara
tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak
berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.
4) Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan
sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat,
ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan
pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa
lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan
semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil
nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya
diambil pada sarapan pagi.
5) Kurangkan minuman bergas.
Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan
minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air
mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang.
Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh
rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang
untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri
yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di
tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!
http://sangmentari.wordpress.com/2009/10/17/mengapa-badan-gemuk-5-petua-menjadi-kurus/
No comments:
Post a Comment