Dengan Kurus Anda Kelihatan Cantik?

Adakah anda setuju pendapat umum mengatakan orang yang kurus akan kelihatan lebih cantik, ayu dan kalau lelaki lebih hensem berbanding dengan orang yang lebih berisi?

Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega.Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.


Adakah Dengan Kurus Anda Kelihatan Lebih Cantik?

Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.

Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi,mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.

Ini bermakna,walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik.Jika anda lebih berat,banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.

Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu,doktor menasihati sesiapa yang mempunyai beratbadan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu,dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu.

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tip-kurus/dengan-kurus-anda-kelihatan-cantik/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...