6 Punca Perut Buncit!

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Mulai Sekarang, Katakan Selamat Jalan Pada Perut Buncit! - Terbakor
Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Kelima, stres.  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.
http://terbakor.com/2012/12/31/mulai-sekarang-katakan-selamat-jalan-pada-perut-buncit-terbakor/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...