Peralatan senaman direka khas untuk membantu kita dalam melakukan
senaman, menambahkan impak dalam senaman dan mengurangkan kecederaan
ketika kita bersenam.
Di dalam artikel ini saya senaraikan peralatan senaman yang selalu digunakan dalam program kuruskan badan.
Rubber Exercise Mat/Karpet Senaman Getah
Pada mulanya karpet getah ini digunakan untuk senaman yoga. Oleh kerana
ia banyak memberi faedah, karpet senaman getah telah digunakan secara
meluas dalam pelbagai senaman.
Karpet senaman getah ini digunakan untuk mengelakkan kita daripada
tergelincir. Ia juga dapat mengelakkan kecederaan semasa kita melakukan
senaman dalam keadaan duduk atau baring.
Dumbbells
Dumbbells memang sangat popular. Kegunaannya sangat mudah dan tidak
memerlukan ruang yang luas. Dumbbells amat disukai oleh mereka yang mahu
membina badan.
Dumbbells amat sesuai untuk senaman dada, bahu dan tangan. Dumbbells
juga boleh digunakan dalam pelbagai senaman jika kita tahu dan kreatif
menggunakannya.
Swiss Ball/Bola Swiss
Pada asalnya Swiss Ball digunakan untuk memberi rawatan terapi pada fizikal.
Kemudian Swiss ball menjadi popular dalam kegunaan pelbagai senaman kerana ia murah, mudah dan menyeronokkan.
Swiss ball juga banyak digunakan oleh fitness center dan gym dalam program kuruskan badan.
http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/peralatan-senaman-untuk-anda.html
Mana nak beli dumbell ye...?
ReplyDelete