4 Tips Tradisional Kuruskan Badan

   
1   1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=228:untuk-langsing-dan-sihat-tanpa-perut-buncit&catid=66:petua&Itemid=237

Alatan Senaman Anda

Peralatan senaman direka khas untuk membantu kita dalam melakukan senaman, menambahkan impak dalam senaman dan mengurangkan kecederaan ketika kita bersenam.

Di dalam artikel ini saya senaraikan peralatan senaman yang selalu digunakan dalam program kuruskan badan.

Rubber Exercise Mat/Karpet Senaman Getah



Pada mulanya karpet getah ini digunakan untuk senaman yoga. Oleh kerana ia banyak memberi faedah, karpet senaman getah telah digunakan secara meluas dalam pelbagai senaman.

Karpet senaman getah ini digunakan untuk mengelakkan kita daripada tergelincir. Ia juga dapat mengelakkan kecederaan semasa kita melakukan senaman dalam keadaan duduk atau baring.

Dumbbells


Dumbbells memang sangat popular. Kegunaannya sangat mudah dan tidak memerlukan ruang yang luas. Dumbbells amat disukai oleh mereka yang mahu membina badan.

Dumbbells amat sesuai untuk senaman dada, bahu dan tangan. Dumbbells juga boleh digunakan dalam pelbagai senaman jika kita tahu dan kreatif menggunakannya.

Swiss Ball/Bola Swiss

Pada asalnya Swiss Ball digunakan untuk memberi rawatan terapi pada fizikal.

Kemudian Swiss ball menjadi popular dalam kegunaan pelbagai senaman kerana ia murah, mudah dan menyeronokkan.

Swiss ball juga banyak digunakan oleh fitness center dan gym dalam program kuruskan badan.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/peralatan-senaman-untuk-anda.html

Tips Cegah Obesiti Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak boleh menjadi obes jika mereka lebih banyak makan dan minum daripada menggunakan badan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal.


Pakar Diet Pantai Hospital Ampang, Nursyamimi Ahmad berkata, obesiti bukan lagi dipanggil satu keadaan tetapi penyakit.

Tegasnya, kanak-kanak obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti kolestrol, tekanan darah tinggi dan pra-kencing manis.

“Kanak-kanak dan remaja obes turut berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri,” ujarnya.

Nursyamimi menjelaskan, banyak faktor yang menyebabkan obesiti kanak-kanak.

Antara yang paling ketara pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Tambah Nursyamimi, kanak-kanak yang tidak bersarapan dan jika mereka bersarapan dengan makanan proses, golongan ini juga berisiko obes.

“Makanan proses seperti nugget dan sosej tidak mengandungi khasiat nutrien yang banyak. Malah makanan ini membantutkan perkembangan mental kanak-kanak. Selain itu, kebanyakan isi rumah hari ini tidak menyimpan buah-buahan sebaliknya umpama stor makanan ringan.

Obesiti juga berpunca daripada iklan yang banyak menonjolkan watak kartun dan makanan ‘junk’. Ini semua tarikan kepada kanak-kanak untuk memilih makanan tersebut berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran,” ujarnya.

Katanya lagi, ruang rumah terhad seperti di pangsapuri atau kondominium menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal kanak-kanak.

Bahkan, kebanyakan kanak-kanak pada hari ini tidak bermain di taman kanak-kanak.

Jelasnya, secara tidak langsung, kanak-kanak yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal akan berada di dalam rumah sambil makan, bermain permainan video atau menonton televisyen.

Dalam situasi ibu bapa yang bekerja dan memilih untuk makan di kedai, Nursyamimi tidak menganggap ia satu masalah. Sebaliknya, mereka perlu memastikan kedai makan tersebut bersih, pilih makanan berkhasiat dan tidak rosak.

“Selain itu, pilihlah nasi dengan lauk sayur, sup ikan atau sup sayur. Bagi ibu yang berkerja, anda boleh menyediakan bahan-bahan pra memasak pada hujung minggu iaitu potong bahan masakan awal dan memasak pada hari bekerja. Dengan ini anda boleh memasak sendiri makanan yang lebih baik daripada di kedai makan,” katanya.

Begitupun, pencegahan obesiti kanak-kanak boleh dilakukan tetapi harus bermula dari rumah.

Menurut Nursyamimi, obesiti kanak-kanak biasanya berlaku akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bersenam.

Justeru jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya, menetapkan amalan pemakanan sihat dan rajin melakukan aktiviti fizikal.

“Namun, tidak mudah untuk anak anda melakukannya sendiri. Satu kaedah paling efektif bagi mencegah masalah obesiti adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seisi keluarga.

“Galakkan seluruh keluarga melakukan perubahan dalam aspek gaya hidup,” katanya.

http://www.jomdiet.com/tips-cegah-obesiti-kanak-kanak/

Kenapa Mengantuk Selepas Makan?


Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk. Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?

Proses Penghadaman

Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus(intestines). Bila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh!
Oleh itu, bila sel sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan ‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.
…pada bulan puasa fenomena ini diganda pulak kerana proses penghadaman “terkejut” dengan jumlah makanan yang banyak dan cepat…
Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! – Bila anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.

Insulin dan serotonin

Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’ untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap).
…serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal kitaran tidur/jaga…

Elak “malas” selepas makan

Jadi disarankan, anda perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen keseluruh tubuh. Bila anda kurang aktif, badan kurang fit dan lebih cenderung untuk menjadi malas! Sekurang-kurangnya kalau tiada masa untuk bersenam, lebihkan berjalan selepas makan, anda juga boleh park kenderaan anda jauh dan berjalan ketempat kerja atau elakkan lift dengan menggunakan tangga. Mungkin dengan ini mengantuk selepas makan akan dapat dikurangkan! Kalau anda ada tips untuk mengurangkan mengantuk selepas makan, dialu alukan untuk berkongsi. :)

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kenapa-mengantuk-selepas-makan/

Cara Yang Sihat Untuk Menurunkan Berat Badan

 

Memang benar kurus boleh menjadikan seseorang tampil lebih cantik dan menawan. Tetapi, yang lebih penting adalah kesihatan seseorang individu. Individu yang sihat kebiasaannya mengamalkan cara hidup yang sihat, sekaligus menjadikannya tampil sihat, gembira dan menawan. Cara hidup yang sihat seharusnya diamalkan sepanjang hidup dan bukannya dengan pengambilan produk-produk yang memberikan kesan jangka masa pendek atau risiko kepada kesihatan. Antara gaya hidup yang sihat adalah seperti berikut:
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pengambilan sayur dan buah untuk serat, vitamin dan mineral.
  • Elakkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan makan masakan yang dikukus, rebus atau bakar.
  • Ambil bijirin penuh seperti oat, roti bijirin penuh dan beras perang.
  • Amalkan senaman untuk membina otot dan badan yang sihat.
  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki kerana sifat “tak pernah cukup” hanya akan mendatangkan kekecewaan dan kesedihan.
  • Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dipanjangkan umur. Sebenarnya, kita berdoa untuk badan yang sihat setiap kali solat sewaktu duduk antara dua sujud. Cuba fahamkan bacaan dalam solat supaya kita lebih dekat kepada yang Esa. Insya Allah, kesihatan fizikal, mental dan rohani akan seimbang :) 
http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/bahaya-pil-dietkurus

10 Punca Masalah Kegemukan Wanita Malaysia


1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. “Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?” Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan
terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).


Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Tekanan Boleh Sebabkan Gemuk

Kebanyakan orang bila mengalami ‘stress’ akan makan dengan lebih banyak untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Lazimnya, secara sedar atau tidak mereka yang berada dalam situasi sedemikian akan bertindak membeli pelbagai jenis makanan ikut selera mulut masing-masing. Dan kebiasaannya ‘selera’ nya merangkumi makanan seperti cokelat, kerepek kentang, keju, minuman berkarbonat, kek dan pelbagai lagi yang sememangnya pantang untuk mereka-mereka yang ingin menurunkan berat badan kegemaran.
Jika itu yang terjadi bermakna anda kalah dengan diri anda sendiri. Tekanan sepatutnya diatasi dengan cara yg lebih bijak dan sihat bukannya dengan cara merosakkan diri sendiri. Sudah berapa kali anda menyesal setelah menghabiskan dua biji burger daging akibat tertekan? Setelah kekenyangan baru nak sedar.. huhu….
Cara Mengatasi :
Kenal pasti punca yang menyebabkan anda tertekan.
Tidak salah memilih makanan sebagai terapi tetapi lihat dulu APA yg anda makan. Apa salahnya anda ubati rasa sedih dengan menghirup secawan teh hijau panas? Untuk memperkayakan aromanya, letakkan sehiris lemon di dalamnya. Nah!! anda bukan saja boleh melegakan fikiran, bahkan khasiat teh hijau itu sendiri diakui mampu menurunkan berat badan.

panduan berkaitan:

teh cina untuk kurus | khasiat lemon untuk kurus | lemon untuk kurus | stress punca gemuk | sebab berat badan bertambah | air lemon untuk kurus | teh hijau untuk kurus | teh lemon untuk | cara tuk kurus gemuk air | gemuk |

http://carauntukkurus.com/tekanan-boleh-sebabkan-gemuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...