Senaman Kecilkan Lengan

Lengan terlalu besar tak cantik juga. Lebih-lebih lagi kaum wanita yang mempunyai lengan yang besar.

Jangan tersilap…yang besar tu bukannya otot tetapi ia adalah lemak.

Ya…lemak yang patut di buang.

Jadi, macam mana nak buang lemak di lengan?

Satu-satunya cara adalah senaman. Kita bakar lemak di lengan.

Jangan risau, tak susah pun senaman lengan ni.

Dah bersedia untuk mendapatkan lengan yang cantik? Jom kita mulakan sekarang.

Keperluan: dumbbell 3kg

Langkah 1 – Push Up



Posisikan diri kita seperti gambar di atas. Rehatkan kaki dan lutut kita. Pindahkan berat badan ke tangan kita. Pastikan belakang kita lurus.


Tarik nafas dan perlahan-lahan turunkan badan kita. Tahan selama 3 saat. Kemudian naikkan badan kita kembali ke posisi asal. Hembus nafas dan tahan 3 saat. Ulangi selama 4 minit.


Langkah 2 – Senaman Biceps


Berdiri seperti gambar di atas. Jarak kaki kanan dan kaki kiri sama dengan bahu kita. Rehatkan lutut kita. Pegang dumbbell 3kg kedua-dua tangan.


Tarik nafas dan perlahan-lahan mengangkat dumbbell 3kg hingga ke dada. Kemudian turunkan dumbbell dan hembuskan nafas. Lakukan selama 2 minit.

Langkah 4 -  Senaman Sisi


Berdiri dalam posisi seperti gambar di atas. Pegang dumbbell 3kg kedua-dua tangan. Rapatkan tangan di peha kita.


Angkat dumbbell sehingga tangan kita lurus seperti gambar di atas. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang selama 2 minit. Lakukan dengan perlahan ya.

Langkah 5 – Regangan Triseps


Baring sambil memegang dumbbell. Luruskan tangan ke atas seperti gambar di atas.


Perlahan-lahan bengkokkan siku sehingga dumbbell sampai ke telinga kita. Pastikan bahu kita tidak bergerak. Hanya siku kita yang bergerak. Lakukan selama 4 minit.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-kecilkan-lengan.html

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...