Cegah Perut Buncit


Terlalu banyak menyumbat perut di bulan syawal?
itu la masalahnya pada masa ni jugak
perut da jadik belon kan?
So kita cuba la selagi terdaya..
sempat ker? ehehe bagi mereka yang masih sempat selamat tu..
jom kite tengok ape yang leh kita try buat eheheeh
read more..

1. Pilih makanan kaya potasium
Potasium dapat membantu menjaga keseimbangan cairan di dalam tubuh, sehingga perut tidak mudah kembung. Ada begitu banyak makanan dengan kandungan potasium yang tinggi, yang bisa jadi pilihan sehari-hari. Di antaranya adalah buah melon, mangga, hingga sayur-sayuran seperti bayam, tomat, asparagus, dan kacang-kacangan.

2. Hindari soda
Minuman juga dapat membuat perut Anda semakin buncit. Jeannie Gazzaniga-Moloo, RD, jurubicara American Dietetic Association, menganjurkan Anda untuk lebih sering minum air putih dan menjauhi minuman berkarbonasi. Sebab, jenis minuman terakhir dapat membuat perut jadi kembung sehingga bentuknya jadi membuncit.

3. Batasi gula
Sebagian orang mengalami masalah dalam mencerna gula buatan, sehingga dapat menimbulkan gas dan gangguan seperti diare, begitu kata Patricia Raymond, MD, ahli gastroenterologi dari Chesapeake. Jika Anda curiga Anda adalah salah satunya, lebih baik kurangi asupan gula dan carilah dalam bentuk yang lebih alami.

4. Antisipasi PMS
Jika Anda cenderung merasa lebih “bengkak” sebelum atau semasa sedang haid, pastikan Anda mendapatkan asupan kalsium dan magnesium yang cukup setiap harinya. Keduanya dapat membantu meredakan gejala PMS (pre-menstrual syndrome), yang salah satunya adalah perut kembung dan buncit.

5. Konsumsi probiotik
Probiotik/ Bakteri “baik” ini dapat dikonsumsi secara teratur dan bisa menjauhkan Anda dari perut kembung dan buncit, kata Gazzaniga-Moloo. Bahkan, konsumsi bakteri “baik” juga dapat membantu wanita dengan gangguan irritable bowel syndrome, yang gejalanya meliputi nyeri perut, kembung, sembelit, serta diare.
Sumber probiotik yang baik misalnya terdapat dalam yoghurt, tempe, kimchee, butter milk, krim asam (sour cream), sourdough bread (roti dari adonan yang difermentasikan hingga asam) dan keju cottage (cottage cheese).

Disamping mengkonsumsi makanan sumber probiotik, kita juga perlu mengkonsumsi makanan prebiotik, yang menjadi nutrisi bagi “bakteri baik”.

http://pulutkuning.wokeyh.com/cegah-perut-buncit/

Senaman Kecilkan Lengan

Lengan terlalu besar tak cantik juga. Lebih-lebih lagi kaum wanita yang mempunyai lengan yang besar.

Jangan tersilap…yang besar tu bukannya otot tetapi ia adalah lemak.

Ya…lemak yang patut di buang.

Jadi, macam mana nak buang lemak di lengan?

Satu-satunya cara adalah senaman. Kita bakar lemak di lengan.

Jangan risau, tak susah pun senaman lengan ni.

Dah bersedia untuk mendapatkan lengan yang cantik? Jom kita mulakan sekarang.

Keperluan: dumbbell 3kg

Langkah 1 – Push Up



Posisikan diri kita seperti gambar di atas. Rehatkan kaki dan lutut kita. Pindahkan berat badan ke tangan kita. Pastikan belakang kita lurus.


Tarik nafas dan perlahan-lahan turunkan badan kita. Tahan selama 3 saat. Kemudian naikkan badan kita kembali ke posisi asal. Hembus nafas dan tahan 3 saat. Ulangi selama 4 minit.


Langkah 2 – Senaman Biceps


Berdiri seperti gambar di atas. Jarak kaki kanan dan kaki kiri sama dengan bahu kita. Rehatkan lutut kita. Pegang dumbbell 3kg kedua-dua tangan.


Tarik nafas dan perlahan-lahan mengangkat dumbbell 3kg hingga ke dada. Kemudian turunkan dumbbell dan hembuskan nafas. Lakukan selama 2 minit.

Langkah 4 -  Senaman Sisi


Berdiri dalam posisi seperti gambar di atas. Pegang dumbbell 3kg kedua-dua tangan. Rapatkan tangan di peha kita.


Angkat dumbbell sehingga tangan kita lurus seperti gambar di atas. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang selama 2 minit. Lakukan dengan perlahan ya.

Langkah 5 – Regangan Triseps


Baring sambil memegang dumbbell. Luruskan tangan ke atas seperti gambar di atas.


Perlahan-lahan bengkokkan siku sehingga dumbbell sampai ke telinga kita. Pastikan bahu kita tidak bergerak. Hanya siku kita yang bergerak. Lakukan selama 4 minit.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-kecilkan-lengan.html

7 Tip Diet Ketika Bercuti

 
Adakah anda risau setiap kali ingin bercuti? Risau gagal untuk mengawal selera makan anda. Perasaan risau itu akan lebih dirasai apabila anda tahu destinasi percutian anda kaya dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik. Bagaimana untuk anda memastikan anda dapat mengawal semua ini sedangkan anda tahu bahawa makanan-makanan istimewa ini hanya terdapat di lokasi yang anda bakal kunjungi itu sahaja.
Disertakan dibawah 7 tip mudah untuk anda lakukan ketika bercuti;
  1. 1. Minum Banyak Air. Ini adalah langkah mudah untuk anda lakukan. Sebelum anda mula menikmati hidangan, minumlah beberapa gelas air. Air boleh mengurangkan rasa lapar dan secara tidak langsung anda tidak akan terlebih ambil makanan. Perlu diingat bila perut kita kosong, kita akan bertindak untuk mengambil atau menikmati makanan secara berlebihan.
  2. 2. Makan Mengikut Masa. Jika pada kebiasaanya anda mengamalkan makan pada waktu tertentu, pastikan semasa percutian anda melakukan perkara yang sama. Anda mungkin hilang kawalan bila berada dalam keadaan lapar. Ambil buah-buahan sebelum menikmati hidangan juga adalah idea yang baik untuk diamalkan. Buah-buahan ini bukan sahaja mengurangkan rasa lapar malah membekalkan serat yang diperlukan.
  3. 3. Kurangkan Saiz Hidangan Anda.
    Diet bukanlah bererti anda perlu berlapar. Tetapi jika anda mahu terus menjaga diet yang telah anda rancang sebelum ini, anda perlu bijak membuat pilihan. Sebagai contoh anda tahu hidangan istimewa yang bakal anda nikmati itu tidak baik untuk kesihatan anda, jadi kurangkan sedikit saiz hidangan tersebut. Mungkin separuh sudah memadai untuk anda.
  4. 4. Jadi Sedikit Cerewet. Anda perlu tahu bahawa tidak semua makanan yang dihidangkan adalah untuk anda habiskan. Pilihlah makanan yang enak dan istimewa. Mungkin juga anda boleh pilih hidangan yang belum pernah anda rasai. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu habiskan atau nikmati kesemua hidangan. Buat pilihan yang bijak.
  5. 5. Pakai Baju Yang Agak Ketat. Agak pelik tip ini. Tetapi secara psikologinya baju yang sedikit ketat ini mampu membuat anda untuk tidak makan secara belebihan kerana anda perlu pastikan perut anda tidak kelihatan ‘buncit’ apabila terlebih isi. Apa yang penting disini ialah cari cara untuk alihkan tumpuan anda dari terlalu fikir soal kenakkan makanan yang ada.
  6. 6. Elakkan Air Berkabonat. Dengan mengelak dari minuman berkarbornat ini, anda mampu untuk mengurangkan kalori harian anda. Seperti yang anda sedia maklum, kandungan gula didalam minuman berkarbonat ini adalah sangat tinggi.
  7. 7. Kurangkan Pilihan. Cara yang mudah untuk anda kurangkan pilihan makanan ialah dengan membuat perancangan terhadap menu anda terlebih dahulu. Agihkan hidangan pilihan kepada waktu yang berbeza. Anda tidak perlu menikmati semuanya serentak.
Secara keseluruhannya percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh pertimbangkan tip-tip yang diberikan. Percutian anda akan lebih bermakna jika anda bijak mengatur perjalanan dan dalam pada masa yang sama masih dalam diet yang telah anda usahakan.

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/7-tip-diet-ketika-bercuti/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...