Minuman Untuk Melangsingkan Badan

Ada sesetengah orang yang sudah lama berdiet menjaga pengambilan makanan dengan bersungguh-sungguh tetapi masih belum mendapat bentuk badan langsing sepertimana yang diidam-idamkan, jadi di manakah silapnya?
Mungkin ada kekurangan dari segi pengambilan minuman. Sekiranya semasa dalam berdiet anda masih kerap minum air sirap, teh tarik atau minum soda bikarbonat, maka itu adalah satu kesilapan besar. Kesemua minuman yang dinyatakan itu tinggi kandungan gula yang boleh menyebabkan badan menjadi gemuk!
Satu perkara yang mungkin ramai yang terlepas pandang ialah pengambilan minuman yang ‘sihat’ juga adalah penting untuk anda mencapai kesan yang terbaik dalam berdiet.
Air Putih
Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan minum segelas air putih 20 minit sebelum makan boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan diambil. Kajian belum dapat mengetahui puncanya tetapi para penyelidik amnya berpendapat kepadatan kalori mnuman juga berperanan mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan.
Teh hijau
Kajian juga membuktikan teh hijau mampu memperbaiki daya tahan tubuh sehingga 24% selain meningkatkan pembakaran lemak.
Susu coklat bebas lemak
Susu yang sempurna selepas latihan senaman yang banyak melibatkan aktiviti gerakan dan rembesan peluh. Pengambilan susu coklat yang mengandungi karbohidrat dan protein yang diperlukan tubuh mampu memulihkan kembali tenaga yang hilang semasa bersenam.
Air batu
Satu kajian di Jerman mendapati bahawa minum air batu atau ais boleh membakar kalori. Dua gelas air batu dikatakan mampu membakar sehingga 24 kalori. Lebih kurang 40% pembakaran digunakan untuk menyesuaikan suhu air minum supaya sama dengan suhu badan.

panduan berkaitan:

minuman kuruskan badan | minuman untuk kurus | minuman untuk kuruskan badan | petua minuman kuruskan badan | minuman kurus badan | minuman menguruskan badan | minuman orange kuruskan badan | minuman untuk menguruskan badan | petua kuruskan perut buncit | minuman yang boleh kuruskan badan |

http://carauntukkurus.com/minuman-untuk-melangsingkan-badan

10 Tips Mudah Berdiet

tip-diet-malaysia

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-mudah-berdiet/

Rakan-Rakan Faktor Gagal Diet

Sedarkah anda bahawa rakan taulan kekadang boleh menjadi penyebab kenapa kita gagal menyempurnakan program untuk berdiet.
Pantang kalau ada masa terluang, telefon mulalah berdering dan rakan-rakan rupanya sudah menunggu anda di kedai mamak berhampiran ajak melepak bersama-sama. Itu belum diambil kira dengan jemputan berkelah, BBQ, parti hari jadi, menonton wayang dsb.nya yang sudah pasti ada program makan-makan pula selepas semua aktiviti riadah tersebut.
Sekiranya pelawaan diaorang kita tolak, nanti dikatakan pula kita nie tak “sosial” huhu…
Ada pula tu yang sesetengah kengkawan siap kutuk lagi kalau dapat tau bahawa kita nie sedang berdiet… hampeh tul… Kesudahannya, kita cuma mampu mengunci mulut dan terus memilih juadah yang serba enak tapi boleh menambahkan kembali lemak-lemak di badan tu semata-mata untuk menjaga rahsia dan agar kengkawan tu tak banyak soal. Tapi apa jadi dengan usaha anda untuk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah tu.. huhu…
Cara Mengatasi :
Ingatkan diri anda bahawa persahabatan ada sempadannya dan setiap individu perlu diberi ruang untuk mencapai impiannya tanpa komen yang tidak membina dan negatif dari orang lain.
Ada sesetengah rakan nie, samada sengaja atau tidak sengaja, sekiranya dia tahu anda sedang berdiet, pasti ada yang akan cuba sabotaj diet anda. Justeru, cara paling wajar ialah untuk tidak memberitahu kepada siapa pun hasrat anda ingin menurunkan berat badan.
Tak salah keluar makan dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, tapi pandai-pandailah anda memilih menu yang sihat dan seimbang. Walaupun makan di restoran makanan segera, anda masih boleh memilih salad dan diet soda.
Secara tak langsung, mereka akan lebih menghormati prinsip anda sebaik sahaja melihat menu pesanan anda. Kalau sepanjang hari itu anda makan dan makan, tolaklah pelawaan rakan untuk keluar makan lagi waktu dinner atau pada waktu lewat tengah malam.
Kekadang kena tunjuk ‘selfish’ sikit demi mencapai sesuatu..hehe… Jangan diturut sangat kehendak kawan-kawan yang sering ajak makan-makan. Usaha sehingga berat yang diimpikan dapat dicapai.
http://carauntukkurus.com/faktor-gagal-diet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...