10 Amalan Harian Untuk Kurus

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

panduan berkaitan:

kurus | amalan harian | amalan untuk kurus | bagaimana untuk kurus | amalan untuk kuruskan badan | amalan kuruskan badan | cara sebenar untuk kurus | jus buah-buahan untuk kurus | kurus pinggan | kalori dalam koko krunch |

http://carauntukkurus.com/10-amalan-harian-untuk-kurus

Bina Pelan Diet Untuk Kurang 20kg

1. Motivasi

First of all, of course lah kembali bertanya pada diri. Sudah bersiap sedia kah untuk kaka berdisiplin sepanjang tempoh ini dan masa-masa akan datang? Jawapan tu agak lama untuk diberikan.. adalah dalam 2/3 hari. Hehe..tapi fikir balik ianya berikan faedah dan juga kepuasan yang tidak terhingga dalam diri. Lagipun, jika kita sudah biasa amalkan diet seimbang, kelak ia akan membuatkan kita terbiasa dengan cara dan pola pemakanan sedemikian rupa, Jadi, kaka motivatekan diri lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan di dalam website ini. Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri! Bukan orang lain, bukan sedara mara, bukan rakan-rakan, dan sebagainya.
…Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri…

2. Kiraan Keperluan Kalori!

Persiapan kedua adalah memulakan pengiraan BMR dan DCR agar kita tahu keperluan kalori yang diperlukan agar mudah untuk kaka melakukan kalori defisit nanti dan mengurangkan lagi 20kg. Bagaimana ya hendak melakukannya pengiraan ini? Tanyalah dengan Coach Kevin, melalui ebook beliaulah kaka belajar dan memahami cara pengiraan ini.
Pengiraan DCR dan BMR

3. Bina Pelan Pemakanan.

Yang ketiga, kaka melakukan pelan pemakanan yang harus diambil supaya proses pengurangan berat badan berjalan dengan lancar. Jika kita hentam sahaja pelbagai jenis makan tanpa mengetahui nilai kalori nya, tidak bergunalah kaka membuat pengiraan DCR dan BMR tu. Jadi, apa yang kaka lakukan adalah memahami kalori yang diambil agar keperluan nutrisi dalam badan mencukupi.

Pelan pemakanan di dalam bilik sebagai ingatan
…Bagi kaka, pemahaman konsep mesti datang dahulu, selepas itu barulah kita memulakan plan diet kita…

Di dapur.. haha, setiap sudut kaka motivatekan diri supaya tidak leka
Jadi, itu sahaja persiapan pengiraan dan pelan pemakanan yang kaka lakukan. Senang bukan? Kira jika persediaan dari segi bab-bab penulisan dan membuat nota hanyalah pada awal proses pengurangan berat badan. Seterusnya, kita akan memulakan aktiviti fizikal dan mental untuk mencapai berat yang diingini!

http://kevinzahri.com/blog/kaka-nak-kurus/kaka-nak-kurus-inilah-cara-saya-bina-pelan-diet-untuk-kurang-20kg/

Senaman Ringkas Membakar Kalori

 

Kalori mesti dibakar jika kita mahu kuruskan badan. Tidak cukup jika kita mahu kurus dengan mengurangkan pengambilan makanan tanpa membakar kalori.

Bila kita kurangkan makan badan kita akan terasa lemah dan tak bertenaga. Malah bentuk badan kita tetap sama dan berat badan kita tidak berkurangan.

Hasilnya kita gagal kuruskan badan.

Banyak cara membakar kalori. Antara yang paling berkesan adalah senaman.

Jangan takut bila dengar perkataan senaman. Tidak semestinya perkataan senaman berkait dengan berlari satu jam sehari, kena pergi ke gym tiap-tiap hari dan macam-macam lagi.

Bertenang….tarik nafas dalam-dalam…buang fikiran negatif mengenai senaman di dalam fikiran kita :)

Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita telah banyak melakukan senaman.

Contohnya adalah berjalan, menaiki tangga, mengemas rumah dan macam-macam lagi.

Setiap pergerakkan kita akan membakar kalori untuk dapatkan tenaga.

Jadi, kenapa susah nak kurus walaupun kita sudah bakar banyak kalori?

Jawapannya adalah kita mengambil terlalu banyak kalori daripada menggunakannya. Hasilnya kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.

Cara yang terbaik untuk membakar kalori berlebihan adalah memperbanyakkan senaman.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-membakar-kalori.html

Selamat Tinggal Dunia Obesiti

Mengalami masalah obesiti, Ranjit Kumar C Suyambugan sudah bosan didiskriminasi. Ejekan mengenai saiz badannya adalah perkara biasa tetapi dia merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif. Namun, dia sedar berat badan yang berlebihan harus dikurangkan. Jika tidak, kelak akan timbul masalah kesihatan.
Berat badan yang mencecah 220 kilogram mesti dikurangkan lebih-lebih lagi selepas dia disahkan menghidap diabetes dan memerlukan 32 unit insulin sehari.

“Jika dulu saya makan nasi banyak. Malah saya wajib makan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Tambahan pula makanan boleh dibeli di mana-mana sepanjang hari dan harga pun murah.

”Disebabkan tidak mengawal pemakanan, kandungan gula dalam badan saya juga meningkat,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Subang, Selangor baru-baru ini.
Atas nasihat Pakar Surgeri Am pusat perubatan itu, Dr. Cha Kar Huei, Ranjit kemudiannya menjalani pembedahan pintasan perut (gastric bypass) pada Oktober 2008.


Selepas dua tahun, Ranjit berjaya mengurangkan berat badan kepada 110 kilogram.

Perbezaan ketara mula dirasai apabila dia terpaksa mengurangkan kuantiti dan jenis makanan yang diambil.
“Selepas pembedahan saya tidak boleh ambil makanan berbentuk bijian, ketul atau yang keras. Saya perlu makan makanan yang lembut seperti bubur. Dalam pada itu, perut saya sendiri tidak boleh menerima makanan.

”Jika saya paksa makan juga, saya akan memuntahkan semula makanan itu. Akhirnya, saya yang dulu terlebih makan, kini mengalami kekurangan zat makanan yang lain.
”Justeru, saya perlu mengambil vitamin-vitamin tambahan untuk menampung kekurangan tersebut,” katanya.

Menjalani kehidupan biasa

Selepas lebih setahun mengikuti program diet, kini hidup Ranjit mula berubah sepenuhnya.
Sejumlah 110 kilogram diturunkan selepas pembedahan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepadanya.
Ranjit menjalani kehidupan biasa tetapi masih perlu melakukan pembedahan pembuangan lebihan lemak pada badannya. Masih bekerja, Ranjit kadang-kadang meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Cuma, apa yang melucukan, tabiat lama sewaktu gemuk masih terbawa-bawa kerana saya terlupa bahawa tubuh saya sudah tidak seperti dulu.

“Bayangkan dahulu saya duduk menyilang kaki pun susah dan mengikat tali kasut, saya perlu meletakkan kaki ke atas satu tempat. ”Ini kerana saya tidak mampu menundukkan badan atau berlutut disebabkan fizikal yang terlalu gemuk. Lebih menyedihkan dulu, kerusi di pejabat saya sering patah,” ujar Ranjit sambil memberitahu kini kadar denyutan jantungnya mencatat bacaan yang lebih baik.

Namun, apa yang lebih menggembirakan dia kini boleh memakai pakaian berjenama tanpa rasa malu. Jika dahulu, baju atau seluar yang dipakainya perlu ditempah.

“Saya masih boleh minuman kegemaran, Nescafe dengan syarat mengurangkan gula dan mencuba pelbagai jenis sup. Semuanya mudah untuk saya kerana tidak perlu menempah lebih tempat duduk ketika menaiki kapal terbang atau pun ketika duduk di restoran atau kedai kopi,” katanya sambil tersenyum.

Gembira

Ranjit juga gembira dan sedia berkongsi cara mengurangkan berat badan. Dia seronok dapat menceritakan pengalaman dengan mereka yang mempunyai nasib serupa iaitu berdepan masalah obesiti .
Menanam impian mendapatkan berat badan ideal memerlukan kesungguhan dan menuntut pengorbanan yang tinggi.

“Sebenarnya, faktor utama yang mampu menyumbang ke arah penurunan berat badan adalah kombinasi amalan pemakanan dan cara hidup sihat yang perlu diseimbangkan dengan aktiviti kecerdasan.

”Jika tidak dapat mengawalnya, anda mungkin bernasib baik jika dapat melakukan pembedahan pintasan perut seperti saya.

“Jangan memilih jalan singkat seperti pengambilan pil kurus atau pembedahan sedut lemak yang memang ketara hasilnya dalam tempoh jangka pendek kerana ia terbukti bukan cara selamat untuk kurus .

“Sebaliknya, berusahalah untuk kurus dengan nasihat daripada pakar atau hospital selain mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam. Itu cara paling ideal yang tidak boleh dinafikan,” tambahnya.

Bagi Ranjit, paling tidak seseorang itu perlu bersenam setiap hari walaupun ia hanya satu pergerakan ringkas kerana dengan cara itu, mereka dapat mendidik diri menjadi individu yang cergas. Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya agar mengawal pemakanan dan membanyakkan pergerakan fizikal. Ini kerana tanpa disedari, obesiti menjadi punca segala penyakit.

Kredit: Utusan & Flickr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...