Rahsia Purba Atasi Perut Buncit

 Image result for buncit

Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit. Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.

Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya 'disebut' sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat 'senyuman' daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!

Jika lelaki akan menerima perlian...

"Besar pouch bag awak.. apa isinya?".

Kalau perempuan pula lagi segan..

"Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya"

Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di 'kebas'. Itu yang susah tu.

Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% ... agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,

Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.

Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.

Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1% iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.

Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.

Step 1 : Kempiskan perut buncit

Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?"

Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.

Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?

Step 2 : Bakar lemak perut buncit

Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)

Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.

Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit

Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.

Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.

Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit

Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)

Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.

Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.

Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa.  Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..

Selamat mencuba!^^
- Artikel iluvislam.com

Kegemukan Punca Ke-2 Wanita Diserang Kanser

Menurut kajian di United Kingdom, kegemukan menjadi faktor ke-2 terbesar bagi wanita untuk mendapat penyakit kanser:


Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/health-16031149
http://www.jomdiet.com/kegemukan-punca-ke-2-wanita-diserang-kanser/

Makanan Segera Antara Punca Kegemukan Kanak-Kanak

Berita Harian, 28 Mac 2003


MAKANAN segera atau fast food sering menjadi pilihan kanak-kanak apabila mereka dibawa keluar sama ada untuk bersiar-siar atau membeli-belah. Pastinya, restoran makanan segera menjadi pilihan utama, apatah lagi jika set makanan itu turut menyediakan permainan.

Namun, ibu bapa sepatutnya mendidik dan melatih anak mereka supaya mengamalkan diet seimbang, iaitu mengambil semua jenis makanan yang membekalkan karbohidrat, protein, fibre atau serat dan kalsium.

Tidak dinafikan memang sukar bagi ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak, terutama bagi mereka yang berusia di antara lima hingga 10 tahun.

Perunding Pemakanan Mont Kiara Medical City di Kuala Lumpur City Centre, Farah DiBa Khan, berkata pengambilan makanan segera perlu dihadkan seminggu sekali kerana ia tidak membekalkan diet seimbang.

Beliau berkata, makanan segera banyak mengandungi lemak dan diet seumpama itu tidak berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana dikhuatiri mereka akan mengalami masalah kegemukan pada kemudian hari.

Makanan segera selalunya tidak mengandungi serat manakala kandungan gula dan garam pula tinggi.

“Sebaik-baiknya hadkan pengambilan makanan segera seminggu sekali kepada anak. Sebagai ibu bapa, anda perlu melatih dan mendidik mereka supaya tidak kerap mengambil makanan segera sejak peringkat awal lagi.

“Memang sukar untuk melatih mereka mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat dan ini mungkin mengambil masa. Selalunya tarikan utama kanak-kanak terhadap makanan segera adalah permainan yang turut dijual di dalam setiap set makanan kanak-kanak,” katanya.

Ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Farah DiBa berkata, makanan mempunyai fungsi penting dalam kehidupan dan pertumbuhan setiap kanak-kanak.

Lazimnya, burger, kerepek kentang, sosej dan nuget ayam sering menjadi pilihan walhal semua makanan itu boleh dibuat dan dimasak sendiri di rumah.

“Justeru, jika ada masa terluang, ibu-ibu boleh membuat sendiri burger, sosej, kerepek kentang dan nuget ayam. Ini jauh lebih baik kerana selalunya apabila makanan itu dimasak sendiri, tiada bahan pengawet dan perasa yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata, selain pengambilan makanan segera, ibu bapa juga tidak berpeluang memantau pengambilan pelbagai jenis makanan yang kurang berkhasiat pada anak-anak ketika di sekolah.

Kantin sekolah pula selalunya lebih banyak menyediakan makanan bergoreng dan berlemak dan ini sekali gus menjadikan pengambilan makanan anak-anak tidak seimbang dan berkhasiat.

“Sebaik-baiknya, sediakan bekalan dari rumah untuk ke sekolah. Ini bukan saja dapat mengajar anak itu berjimat cermat tetapi mendidik mereka supaya mengamalkan diet yang lebih baik. Bagaimanapun, seminggu sekali beri wang saku kepada mereka untuk membolehkan mereka berbelanja di sekolah pula.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menyediakan bekalan makanan untuk anak. Pelbagaikan makanan yang dibekalkan, contohnya, sandwic sardin, pau kukus, sandwic telur, sandwic tuna dan mi goreng.

“Pastikan menu bekalan itu berubah setiap hari kerana dikhuatiri anak akan cepat bosan jika anda menyediakan makanan yang sama saban hari,” katanya.

Farah DiBa berkata, anak juga jarang atau sukar mengambil sarapan dan keadaan ini kadangkala menyebabkan ibu bapa buntu memikirkan makanan terbaik untuk anak mereka sebelum melangkah ke sekolah.

Jika kanak-kanak kurang selera untuk makan, pastikan mereka minum segelas susu rendah lemak untuk mengalas perut sebelum ke sekolah. Susu rendah lemak perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak apabila mereka berusia lima tahun.

“Apabila anak anda sudah mencapai usia lima tahun, sebaik-baiknya, perkenalkan kepada mereka makanan dan minuman rendah lemak sebagai satu daripada langkah mencegah kegemukan.

Berdasarkan kajian, alasan yang sering diberikan kerana mengabaikan sarapan ialah tidak cukup masa dan kurang selera.

Malah, hanya kira-kira 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah didapati tidak bersarapan biarpun ia amat penting sebelum memulakan kegiatan harian.

Farah DiBa berkata, selain mendidik anak terhadap pemakanan seimbang dan berkhasiat, ibu bapa juga digalakkan supaya mengajar anak-anak mereka bersenam sejak kecil lagi untuk memastikan mereka tidak mengalami masalah kesihatan, termasuk kegemukan.

Mengikut kajian, hanya 24 peratus kanak-kanak terbabit dalam kegiatan fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah 76 peratus daripada mereka lebih menumpukan perhatian terhadap kegiatan yang tidak memerlukan pengeluaran peluh seperti menonton televisyen.



Makanan yang sering diambil oleh kanak-kanak untuk sarapan?

- Roti (21 peratus).

- Nasi lemak (15 peratus).

- Nasi goreng (14 peratus).

- Kuih-muih (13 peratus).

- Roti canai (sembilan peratus).

- Mi dan telur (masing-masing lapan peratus).

- Bijirin (tujuh peratus).

- Goreng pisang (tiga peratus).

- Lain-lain (dua peratus).

Farah DiBa berkata, pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak bersenam adalah dua faktor yang meningkatkan risiko kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan masalah kegemukan selain genetik.

Justeru, beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, perlu memandang berat pengambilan makanan di kalangan anak mereka sejak dari kecil.

“Ini kerana, katanya, kanak-kanak yang gemuk sejak kecil akan terus menjadi gemuk apabila dewasa walaupun tidak 100 peratus daripada mereka akan berterusan berkeadaan begitu. Namun, amat kurang kanak-kanak gemuk akan menjadi kurus apabila mereka meningkat dewasa,” katanya

http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Apr03%2028a.htm

10 Cara Tambah Pengeluaran Kalori Tanpa Bersenam


Bagi anda yang memilih untuk tidak bersenam atau yang mencari cara untuk membakar lebih kalori, di bawah ini terdapat beberapa cara mudah untuk menambah pengeluaran kalori anda.
  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  8. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  9. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  10. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  11. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-cara-tambah-pengeluaran-kalori-tanpa-bersenam/

5 Mitos: Kevin, Gemuk atau Buncit Tak Kalau ….

Hari-hari saya menerima petanyaan melalui twitter tentang pelbagai mitos-mitos makan dan tabiat kehidupan.
Jom kita selesaikan mitos-mitos tersebut once and for all ….

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?

Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.
  • Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.
  • No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!

Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.
Ingat: Gemuk atau tidak BUKAN bergantung kepada nasi lemak, roti canai, suplemen, ayam, itik, sayur etc … ia bergantung kepada gadungan pilihan-pilihan anda.
 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/mitos-gemuk-buncit-makan-minum/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...