Kaji Punca Sebenar Tubuh Jadi Gemuk


SEJAK kebelakangan ini, berita-berita berkenaan program melangsingkan badan dan kesan buruknya hangat diperkatakan.

Angka RM9 juta setahun perbelanjaan melangsingkan badan tentunya amat konservatif berbanding keadaan sebenar.

Jika dianggarkan 15 ke 18 peratus daripada 24 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, ini menjadikan jumlah mereka 3.6 ke 4.32 juta orang.

Sekiranya setiap orang boleh membelanjakan RM500 sahaja untuk sekali pembelian produk melangsingkan badan, maka jumlah perbelanjaan menjadi RM1.8 bilion ke RM2.16 bilion.

Maka, tidaklah memeranjatkan sekiranya terdapat begitu banyak syarikat dan orang persendirian yang mengambil kesempatan ke atas mereka.

Tambahan pula, tiga hingga empat peratus daripada mereka berada pada tahap kritikal dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Mereka terpaksa memikirkan yang mereka ditakdirkan menjadi obes. Mereka rela hidup terseksa dengan keadaan mereka, berjalan termengah-mengah, terpaksa mencari pakaian bersaiz XXXL, menghabiskan satu pertiga daripada pendapatan untuk makanan dan menanggung pelbagai penyakit dan kanser yang berkaitan dengan obesiti.

Sebenarnya menjadi kurus, gemuk atau obes adalah suatu pilihan. Setiap orang boleh memilih untuk menjadi kurus atau gemuk. Perbezaannya, pemilihan ini boleh dibuat secara sedar atau tidak. Ia bergantung kepada pengetahuan yang mereka peroleh.

Sekiranya mereka memahami dan mengkaji bagaimana badan boleh gemuk dan kurus, mereka boleh memilih apakah jenis badan yang mereka kehendaki.

Banyak faktor yang menyebabkan manusia menjadi gemuk. Faktor-faktor dalaman seperti genetik dan penyakit memerlukan rawatan khusus dari pakar perubatan. Akan tetapi ramai yang menjadi gemuk disebabkan faktor luaran yang berkaitan perangai pemakanan keluarga, adat resam, kebudayaan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran yang menjadikan mereka cenderung menjadi obes.

Sekiranya mereka ini dilengkapkan dengan pengetahuan yang betul sejak dari kecil, tentunya mereka dapat membuat pilihan yang bijak dan tepat.

Malangnya dalam banyak keadaan, mereka mendapat maklumat yang salah dan mengelirukan. Mereka yang terlibat dengan industri ini memberikan maklumat yang jauh menyimpang dari yang sepatutnya.

Mungkin mereka sendiri tidak tahu atau sengaja melindunginya demi kepentingan diri. Mereka lebih menitikberatkan penjualan produk yang diragui keselamatan dan keberkesanannya tanpa mengira akibatnya kepada pengguna.

Selalunya pengguna seolah-olah terjerat dan terpaksa menggunakan produk secara berterusan. Sekiranya tidak, berat badan mereka akan naik semula secara mendadak.

Malah, kajian ada menunjukkan hampir 90 peratus pengguna produk atau program melangsingkan badan akan kembali ke berat asal selepas 5 tahun. Ini adalah satu pembaziran yang ketara.

Masalah ini dapat dielakkan dan diperbetulkan semula hanya dengan satu cara iaitu pendidikan dan pengetahuan.

Pengalaman yang ringkas, tepat, menyeluruh dan boleh difahami dan dipraktikkan oleh semua peringkat adalah jawapan kepada masalah ini. Pepatah ada menyatakan “anda adalah apa yang anda baca dan anda adalah apa yang anda makan” menepati falsafah ini.

Oleh yang demikian, dinasihatkan supaya pengguna mencari pengetahuan khusus tentang obesiti dan cara mengatasinya daripada mereka yang berkelayakan dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

Penggunaan produk atau pil (walaupun ia sah) hanyalah satu jalan pintas jangka pendek yang kerap kali mengundang kekecewaan.

Tetapi sekiranya anda “tahu bagaimana badan boleh kurus” anda akan kurus sepanjang hayat tanpa produk dan pil.

Maka dengan ini, saya sebagai pengamal perubatan berdaftar menawarkan khidmat nasihat dan tip-tip untuk mengurangkan berat badan dengan cepat dan selamat melalui pengetahuan khusus secara percuma.

Mereka yang memerlukan boleh menulis kepada saya, Dr. Othman Suleiman di alamat No. 27, Sirusa Jaya, Bt. 6, Jalan Pantai, 71050 Sirusa Port Dickson atau email obsulyman23@yahoo.com.

Insya-Allah, semoga sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan mengelakkan mereka dari pihak yang tamak dan mengaut keuntungan dari masalah orang lain.

– DR. OTHMAN SULEIMAN,

Port Dickson,

Negeri Sembilan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0223&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive&arc=hive

Senaman Kecilkan Punggung

Perut dah kempis. Lengan dah cantik. Peha dah kecil. Punggung pula terlalu besar.

Orang tengok pun terasa pelik :)……Tak seimbang lah

Jadi, nak hilangkan rasa pelik orang mari kita lakukan senaman khas untuk membuang lemak di punggung.

Caranya begini…..

Langkah 1 – Langkah sisi



Buat posisi seperti gambar di atas. Bengkokkan lutut sedikit. Badan pula jatuh sedikit di hadapan.


Langkah kaki kiri ke sisi. Kembali kedudukan asal. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula. Kalau boleh lakukan langkah ini dengan sedikit laju. Buat selama 3 minit.

Langkah 2 – Tendang belakang


Berlutut seperti posisi gambar di atas. Posisi kaki kiri adalah 90 darjah.


Tendang kaki kiri kita ke atas. Lakukan sebanyak 15 kali. Selepas itu lakukan pada kaki kanan pula.

Langkah 3 – Lunge ke belakang


Berdiri tegak sambil meletakkan tangan di pinggang.


Langkah kaki kiri ke belakang. Kemudian turunkan badan kita sehingga peha kanan mendatar. Pastikan lutut kiri tidak mencecah lantai dan badan kita dalam keadaaan tegak. Kemudian bangun semula. Lakukan selama 3 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 4 – Angkat Punggung


Baringkan diri kita dengan membengkokkan kaki seperti gambar di atas.


Angkat punggung kita ke atas setinggi yang boleh. Tahan dalam kiraan 3. Kemudian turunkan badan kita perlahan-lahan. Lakukan selama 3 minit.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-kecilkan-punggung.html

Tragedi Sedut Lemak (Lipo Suction)

Petikan dari Harian Metro

KUALA LUMPUR – Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang
Pembedahan Sedut Lemak Boleh Membawa Padah
Gambar Hiasan: Pembedahan Sedut Lemak Boleh Membawa Padah
Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.
Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.

Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.

“Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.”Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,” katanya

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. InsyAllah.

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tragedi-nak-kurus/tragedi-sedut-lemak-lipo-suction/

Senaman Harian Yang Ringkas

Secara tak sedar aktiviti harian kita banyak membakar kalori untuk mendapatkan tenaga. Jadi ini peluang yang terbaik kita untuk menggunakannya sebaik-baiknya.

Bagi anda yang serius nak kuruskan badan, tambahkan lagi aktiviti harian anda.

Jika kita betul-betul melakukan aktiviti harian ini, tidak mustahil kita mampu mengurangkan 1kg seminggu. Maknanya dalam masa sebulan kita dapat turunkan berat badan kita sebanyak 3-4 kg! banyak tu… :)

Jadi, apa yang nak ditambah dalam aktiviti harian ni? Jom kita lihat…..dah bersedia?

Berjalan kaki



Jangan pandang rendah pada kuasa berjalan kaki. Jika anda nak tahu amalan jalan kaki dapat mencegah banyak penyakit. Antaranya adalah sakit jantung.

Sebab itu orang zaman dulu lebih sihat berbanding orang zaman sekarang sebab orang dulu banyak berjalan berbanding dengan kita yang moden ni banyak menggunakan kenderaan daripada berjalan kaki.

Jadi, banyakkanlah berjalan kaki.

Jika kita menggunakan kenderaan, parking kenderaan jauh sedikit daripada destinasi supaya kita dapat memperbanyakkan berjalan kaki ke tempat kita nak tuju.

Window shopping baik untuk kita sebab kita perlu banyak berjalan. Kaum wanita memang suka aktiviti ini :)

Ajak kawan atau keluarga berjalan-jalan di taman. Di samping membakar kalori kita dapat menghayati keindahan alam semulajadi daripada menonton TV di rumah :)

Banyakkan berjalan di ofis. Jangan duduk depan pc sahaja. Lakukan sedikit aktiviti berjalan ke sana ke mari. Selain membakar kalori, berjalan kaki dapat mencergaskan badan. So, kita tak kan rasa mengantuk dan lebih fokus buat kerja.

Fakta: 60 minit berjalan kaki dapat membakar 111 kalori

Pilih Menggunakan Tangga


Zaman sekarang ini orang suka sangat naik lif. Sanggup beratur dan menunggu lama semata-mata nak naik lif.

Memang tak salah menggunakan lif tapi apa salahnya sekali sekala menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Tak rugi pun :)

30 minit kita menaiki tangga dapat memakar 142.8 kalori. Lagi banyak tangga kita naik lagi banyak kalori dibakar dan lagi cepat kita kurus :)

Mengemas rumah


Masa hujung minggu atau cuti rajinkan diri buat kerja rumah. Jangan asyik menonton televisyen saja :)

Mengemas rumah banyak faedahnya. Selain rumah kita jadi bersih, kita dapat membakar banyak kalori dan lemak.

Banyak kerja yang kita dapat buat semasa mengemas rumah. Sapu sampah, mop lantai, berkebun, lap tingkap, basuh cadar tilam, cuci kereta dan banyak lagi. Kita boleh pilih kerja apa yang kita nak buat. Kalau kita nak buat semua sekali gus pun boleh juga…lagi bagus :)

Purata satu kerja mengemas rumah boleh membakar 50 kalori. Cuba kira jika kita dapat buat empat kerja…..200 kalori!!..banyak tak?

Tak lama masa mengemas rumah. Lebih kurang sejam saja. Lepas tu kita buat la aktiviti kegemaran kita. Tidur ke menonton TV ke :)

Buat aktiviti riadah – Outdoor activity


Apa kegemaran riadah anda?

Main bola, berlari, main ping pong, berenang, main badminton, bersilat, karate……

Semua aktiviti riadah banyak menggunakan tenaga. Jadi, badan akan membakar kalori dengan banyak untuk dapatkan tenaga. Bila kalori dah habis dibakar, badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Saya suka main badminton pada waktu petang. Jadi saya akan bercerita mengenai badminton.

Satu jam bermain badminton dapat membakar 298.2 kalori. Banyaknya!! :)

Lama tak satu jam ni?

Serius tak lama. Kadang-kadang saya terlajak sampai 2-3 jam main badminton. Terlampau seronok sangat sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Betullah apa orang kata. Jika kita seronok sangat semasa buat sesuatu, kita tak kan sedar masa banyak berlalu begitu saja.

Ok, itu lah senarai aktiviti harian yang kita boleh jadikan sebagai senaman ringkas harian kita.

Tau tak kenapa orang boleh jadi gemuk?

Sebabnya adalah masa mereka banyak dihabiskan untuk menonton tv, tidur, makan dan melepak di kedai mamak :)

Jika hari-hari macam ni tak mustahil lah senang jadi gemuk dan susah nak kurus.

Mak saya cakap kalau tengok tv sampai esok tak kan habis. So, kurangkan tengok tv ya :)

Bagi mereka yang suka melepak sama ada di kedai kopi atau mamak, ubah lah aktiviti anda.

Daripada melepak di kedai mamak, lebih baik lepak di padang bola sambil main bola. Lagi seronok :)

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-harian-yang-ringkas.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...