25 Tip Kuruskan Badan

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? .
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. .

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/

Tips Mengurangkan Berat Badan

 

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat

Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus

Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air

Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan

Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit

Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan

Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya

Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang

Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus

Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi

Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi

Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

http://comelnya.com/sihat-dan-cantik/tips-mengurangkan-berat-badan

10 Tips Diet Sihat untuk Pelajar Universiti


Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.
  1. 1. Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
  2. 2. Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
  3. 3. Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
  4. 4. Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.
  5. 5. Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. 6. Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
  7. 7. Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
  8. 8. Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!
  9. 9. Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!
  10. 10. Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

    http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-diet-sihat-pelajar-universiti/

Wanita Gemuk Sukar Hamil, Sekarang Masanya Untuk Diet!

Hakikat ini memang berat untuk diterima kaum wanita, tetapi inilah kebenaran. Semenangnya wanita yang mengalami masalah obesiti memang sukar untuk hamil. Hal ini sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Jadi jika anda adalah wanita di dalam golongan berkenaan, janganlah berdiam diri, turunkan berat badan anda sekarang, atau anda mungkin tidak berpeluang untuk mempunyai cahaya mata sendiri.
 Wanita Gemuk Sukar Hamil, Sekarang Masanya Untuk Diet! - Terbakor
TERMA obesiti merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 30 peratus lebih dari yang sepatutnya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila individu tersebut kurang melakukan aktiviti, pemakanan yang tidak sihat dan boleh jadi juga masalah berkaitan dengan penyakit yang ada di dalam tubuh individu terbabit.

Jika dilihat pada luaran, ada segelintir masyarakat mentafsirkan golongan obesiti ini sebagai si tembam, memang ada kalanya nampak comel lebih-lebih lagi jika ia dialami oleh wanita. Tapi awaslah jika wanita obesiti itu berkahwin, ada sedikit berita buruk menanti mereka.

Satu kajian yang telah dilakukan menemui fakta bahawa wanita obesiti berisiko sebanyak 28 peratus untuk tidak mengandung dan jika mengandung pun kandungan mereka tidak berjaya ke peringkat kelahiran.

Kajian tersebut telah dibuktikan oleh seorang penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat, Barbara Luke.

Luke telah melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita yang menggunakan teknologi reproduktif. Kajian tersebut telah diterbitkan pada bulan November tahun lalu.

Kata Luke, tidak mengejutkan jika mereka yang mengalami obesiti sukar hamil kerana tubuh wanita itu tidak bersedia untuk pembesaran janin. Bagaimanapun tidak mustahil untuk wanita obesiti menjadi seorang ibu jika dia berjaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Sebagai sebahagian dari kajian tersebut, Luke juga melihat bagaimana teknologi reproduktif dapat membantu wanita obesiti untuk mengandung. Luke turut membandingkan keputusan wanita dengan berat badan normal (BMI 18.5-24.9), wanita yang mengalami berat badan berlebihan (BMI 25-29.9), obesiti kelas 1 (30-34.9), kelas 2 (35-39.9) dan kelas (40 dan ke atas).
Wanita Gemuk Sukar Hamil, Sekarang Masanya Untuk Diet! - Terbakor
Beliau mendapati wanita yang mengalami obesiti pada kelas 3 mempunyai sebanyak 35 peratus risiko untuk tidak mengandung. Obesiti kelas 2 pula sebanyak 28 peratus tidak boleh mengandung dan sebanyak 3 peratus untuk wanita yang mengalami berat badan berlebihan.

“Kalau adapun antara mereka yang boleh mengandung, kebarangkalian untuk kelahiran pra matang meningkat sebanyak dua kali ganda,” ujar Luke yang pernah dianugerahkan pingat dari Program Saintifik atas kajiannya tentang wanita obesiti dan mengandung oleh Persatuan Antarabangsa Perubatan Reproduktif di Atlanta Oktober tahun lalu.

Apabila wanita obesiti sukar untuk hamil maka kerisauan atau kebimbangan akan lahir di fikiran mereka, natijahnya ia hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Dari kes yang berjaya bersalin pula, jumlah kelahiran pra matang juga meningkat.

“Jadi jika anda merancang untuk memiliki zuriat dapatkanlah bentuk badan yang sepatutnya. Cuba amalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan tidak meminum arak dan ingatlah berat badan adalah satu perkara yang amat perlu diberi perhatian,” kata Luke.

Apa yang anda boleh lakukan?

*Kurangkan berat badan sebelum mengandung. Jika anda telah merancang untuk mengandung pada satu masa terdekat, jumpalah dengan doktor anda. Dia akan memberikan anda nasihat tentang berat badan yang sepatutnya yang boleh dicapai menerusi diet dan senaman.

*Pantau berat badan anda. Jika anda telah disahkan mengandung, jangan pula anda mahu berdiet untuk kuruskan badan.

*Senaman. Ia perlu dilakukan secara rutin walaupun setelah anda mengandung. Tanya pakar senaman dan doktor tentang senaman yang sesuai terutama ketika mengandung.
Sumber
http://terbakor.com/2012/11/26/wanita-gemuk-sukar-hamil-sekarang-masanya-untuk-diet-terbakor/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...