1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
- Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan
besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah
memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
- Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
- Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang
tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak
tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
- Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
- Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip
kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula
seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula,
anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar
caranya? .
- Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa
kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa
panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan
menambah takungan air badan anda.
- Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
- Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan
nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan
saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah
lauk.
- Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.
Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat
badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding
karbohidrat.
- Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal
nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang.
Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. .
11-20: Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu
mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman
yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan
anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa?
Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau
anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
- Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya
bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti
senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan
senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada
mereka yang mahir.
- Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika
anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak,
pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
- Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
- Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan
abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan
lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha
anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
- Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16.
Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan
pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang
tepat, dapatkan.
- Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
- Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
- Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan
makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan.
Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar
sebelum dan selepas.
- Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada
pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa
gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
- Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes.
Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda
melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran
kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi
nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa
panjang.
- Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
- Suplemen protein merupakan pilihan yang baik
sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori,
mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di
rumah.
- Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan
micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan
anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina,
umur dan gaya hidup anda yang unik.
- Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement.
Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu
hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan
anda kepada produk suplemen mana-mana.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/
No comments:
Post a Comment