Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.
- 1.
Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan
samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke
kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan
meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas.
Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal
daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda
akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
- 2.
Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni
memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan
makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah
MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala
macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda
betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak.
Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau
burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju!
Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
- 3.
Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan
berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi.
Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan
lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran.
Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu
berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
- 4.
Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan
berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk
mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira
melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan
makanan yang seimbang.
- 5.
Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu,
gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama
kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti
pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran.
- 6.
Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa
mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam
untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa
anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas
air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih
dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak
kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
- 7.
Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya
berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau
makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak
sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
- 8.
Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda
fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat
mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda
juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing
seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang
sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island
mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama
atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!
- 9.
Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti
selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan
sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah
malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu
untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda
makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi,
apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai
contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut
bijirin penuh!
- 10.
Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan
perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi,
makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus
pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-diet-sihat-pelajar-universiti/
No comments:
Post a Comment