1. Motivasi
First of all, of course lah kembali bertanya pada diri. Sudah bersiap sedia kah untuk kaka berdisiplin sepanjang tempoh ini dan masa-masa akan datang? Jawapan tu agak lama untuk diberikan.. adalah dalam 2/3 hari. Hehe..tapi fikir balik ianya berikan faedah dan juga kepuasan yang tidak terhingga dalam diri. Lagipun, jika kita sudah biasa amalkan diet seimbang, kelak ia akan membuatkan kita terbiasa dengan cara dan pola pemakanan sedemikian rupa, Jadi, kaka motivatekan diri lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan di dalam website ini. Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri! Bukan orang lain, bukan sedara mara, bukan rakan-rakan, dan sebagainya.…Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri…
2. Kiraan Keperluan Kalori!
Persiapan kedua adalah memulakan pengiraan BMR dan DCR agar kita tahu keperluan kalori yang diperlukan agar mudah untuk kaka melakukan kalori defisit nanti dan mengurangkan lagi 20kg. Bagaimana ya hendak melakukannya pengiraan ini? Tanyalah dengan Coach Kevin, melalui ebook beliaulah kaka belajar dan memahami cara pengiraan ini.3. Bina Pelan Pemakanan.
Yang ketiga, kaka melakukan pelan pemakanan yang harus diambil supaya proses pengurangan berat badan berjalan dengan lancar. Jika kita hentam sahaja pelbagai jenis makan tanpa mengetahui nilai kalori nya, tidak bergunalah kaka membuat pengiraan DCR dan BMR tu. Jadi, apa yang kaka lakukan adalah memahami kalori yang diambil agar keperluan nutrisi dalam badan mencukupi.…Bagi kaka, pemahaman konsep mesti datang dahulu, selepas itu barulah kita memulakan plan diet kita…Jadi, itu sahaja persiapan pengiraan dan pelan pemakanan yang kaka lakukan. Senang bukan? Kira jika persediaan dari segi bab-bab penulisan dan membuat nota hanyalah pada awal proses pengurangan berat badan. Seterusnya, kita akan memulakan aktiviti fizikal dan mental untuk mencapai berat yang diingini!
http://kevinzahri.com/blog/kaka-nak-kurus/kaka-nak-kurus-inilah-cara-saya-bina-pelan-diet-untuk-kurang-20kg/
No comments:
Post a Comment