Sedarkah anda bahawa rakan taulan kekadang boleh menjadi penyebab kenapa kita gagal menyempurnakan program untuk berdiet.
Pantang kalau ada masa terluang, telefon mulalah berdering dan rakan-rakan rupanya sudah menunggu anda di kedai mamak berhampiran ajak melepak bersama-sama. Itu belum diambil kira dengan jemputan berkelah, BBQ, parti hari jadi, menonton wayang dsb.nya yang sudah pasti ada program makan-makan pula selepas semua aktiviti riadah tersebut.
Sekiranya pelawaan diaorang kita tolak, nanti dikatakan pula kita nie tak “sosial” huhu…
Ada pula tu yang sesetengah kengkawan siap kutuk lagi kalau dapat tau bahawa kita nie sedang berdiet… hampeh tul… Kesudahannya, kita cuma mampu mengunci mulut dan terus memilih juadah yang serba enak tapi boleh menambahkan kembali lemak-lemak di badan tu semata-mata untuk menjaga rahsia dan agar kengkawan tu tak banyak soal. Tapi apa jadi dengan usaha anda untuk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah tu.. huhu…
Cara Mengatasi :
Ingatkan diri anda bahawa persahabatan ada sempadannya dan setiap individu perlu diberi ruang untuk mencapai impiannya tanpa komen yang tidak membina dan negatif dari orang lain.
Ingatkan diri anda bahawa persahabatan ada sempadannya dan setiap individu perlu diberi ruang untuk mencapai impiannya tanpa komen yang tidak membina dan negatif dari orang lain.
Ada sesetengah rakan nie, samada sengaja atau tidak sengaja, sekiranya dia tahu anda sedang berdiet, pasti ada yang akan cuba sabotaj diet anda. Justeru, cara paling wajar ialah untuk tidak memberitahu kepada siapa pun hasrat anda ingin menurunkan berat badan.
Tak salah keluar makan dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, tapi pandai-pandailah anda memilih menu yang sihat dan seimbang. Walaupun makan di restoran makanan segera, anda masih boleh memilih salad dan diet soda.
Secara tak langsung, mereka akan lebih menghormati prinsip anda sebaik sahaja melihat menu pesanan anda. Kalau sepanjang hari itu anda makan dan makan, tolaklah pelawaan rakan untuk keluar makan lagi waktu dinner atau pada waktu lewat tengah malam.
Kekadang kena tunjuk ‘selfish’ sikit demi mencapai sesuatu..hehe… Jangan diturut sangat kehendak kawan-kawan yang sering ajak makan-makan. Usaha sehingga berat yang diimpikan dapat dicapai.
http://carauntukkurus.com/faktor-gagal-diet
No comments:
Post a Comment