Dalam menghadapi hidup yang semakin menuntut kecemerlangan penampilan diri ini, banyak orang yang berazam untuk menguruskan badan mereka untuk kelihatan seperti kebanyakan artis di kaca televisyen. Suatu masa dahulu, orang ramai tidak terlalu memberatkan soal berat badan dalam menilai kecantikan seseorang. Tetapi, pada masa kini, disebabkan media terlalu banyak mengaitkan kurus dengan kecantikan, banyak wanita terutamanya yang mempunyai 'mind set' bahawa mereka seharusnya mempunyai badan yang kurus untuk digelar wanita cantik. Ini semua, media punya pasal.
Dalam berusaha menguruskan
badan, banyak wanita yang tersilap dalam memilih kaedah yang betul dan
selamat. Akibat tersalah pilih kaedah yang betul, mereka akhirnya
kembali meningkatkan berat badan.
Pendekatan berlapar ('diet')
yang diamalkan bukanlah tidak boleh dilakukan untuk memperoleh berat
badan unggul, namun ianya perlu dilakukan dengan betul. Berlapar tanpa
makan (atau makan dengan kuantiti yang terlalu sedikit) hanya akan
menambahterukkan lagi keadaan. Namun, bagaimanakah perkara ini boleh
berlaku?
Secara fisiologinya, setelah
seseorang itu berlapar selama 4 jam (dari waktu sarapan pagi ke tengah
hari), badan mula menghasilkan sejenis hormon yang dapat meningkatkan
gula dalam darah yang dipanggil glukagon. Glukagon merupakan sejenis
kanji yang disimpan di dalam hati (liver) dan otot (muscle) dan dibakar
apabila dirangsang oleh hormon glukagon.
Sekiranya badan masih tidak
mendapatkan bekalan makanan lebih dari tempoh 18 jam, suatu sistem akan
diaktifkan oleh badan untuk menggunakan protein yang tersimpan di dalam
otot dan darah, iaitu sistem yang dipanggil glukoneogenesis. Profesor
Kubova dari Jabatan Patofisiologi, Charles University menyatakan bahawa,
sistem ini akan menyebabkan susutan jisim protein dalam badan, tetapi
lemak tidak berapa digunakan untuk dibakar oleh badan. Kesannya, apabila
seseorang itu terlalu ber'diet' tidak mahu makan selama beberapa hari,
kesannya hanyalah pengaktifan glukoneogenesis yang mengurangkan jisim
protein dalam badan. Apakah kesan kurangnya jisim badan?
Sekiranya jisim protein dalam
badan berkurangan, metabolisma badan turut berkurangan. Protein
digunakan untuk membina otot badan yang membantu membakar begitu banyak
lemak. Sewaktu proses glukoneogenesis sedang berlangsung, badan akan
mula mengadaptasi kepada keadaan kekurangan makanan tersebut dengan
mengurangkan kitar semula protein (protein turnover) yang melibatkan
proses pemecahan dan pencantuman semula protein dalam badan (anabolic
dan catabolic) yang memerlukan tenaga yang tinggi. Sekiranya seseorang
itu selalu berlapar (contohnya seperti tidak makan hampir dua hari untuk
menguruskan badan dll), ia sememangnya boleh berjaya menguruskan badan
tetapi apa yang berlaku ialah badan akan cepat pula gemuk kembali, lebih
cepat gemuk berbanding sebelum mengamalkan diet. Situasi ini dipanggil
kesan 'flip-flop' (flip flop efect).
Sekiranya seseorang itu berlapar
lebih daripada 3 hari, barulah sistem badan akan mula menggunakan lemak
sebagai sumber utama bahan bakar dalam badan. Tetapi seperti yang telah
dinyatakan, kesan 'flip-flop' akan kelihatan. Hanya dengan dua tiga
hari perayaan yang disajikan dengan pelbagai makanan boleh menampakkan
kesan kegemukan pada individu tersebut. Cara diet ini adalah amat tidak
digalakkan.
Apa yang amat dicadangkan untuk
setiap individu amalkan ialah dengan makan seperti sediakala dan
banyakkan bersukan. Bersukan dapat meningkatkan sejenis hormon yang
membantu memecahkan lemak iaitu epinephrine. Hormon ini bertindak ke
atas reseptor beta-3 yang bertanggungjawab menghantar signal untuk
melarutkan lemak. Sewaktu bersukan, proses pemecahan lemak ini
berlangsung seiring dengan proses pembakaran lemak yang berlaku dalam
kuantiti yang tinggi di jantung.
Banyakkan mengambil minyak ikan
dan zaitun kerana minyak ini mengandungi Omega-3 dan omega-6 yang
tinggi. Omega 3 dan omega 6 bukan sahaja amat diperlukan oleh badan
untuk menghasilkan banyak derivatif seperti Thromboxane-A2,
Prostacycline, Prostaglandin, Arachidonic Acid malah minyak ini juga
berupaya merencat kemasukan asid lemak ke dalam sel serta membakar lemak
yang telah berkumpul di dalam sel. Akibatnya, individu yang mengambil
lemak perlu ini beroleh perubahan positif pada berat badan.
Oleh itu, seseorang tidak patut
membenci lemak hanya kerana ia kelihatan sungguh bersalah menambahkan
berat badan, kerana pada hakikatnya, lemak inilah yang menolong badan
kita bekerja lebih kuat untuk membakar lemak yang sudah sedia ada.
Namun, sekiranya semua cara
sudah dicuba dan didapati tidak berkesan, disarankan agar individu yang
mengalami masalah berat badan pergi berjumpa doktor pakar (genetik atau
kosmetik) kerana ia (kegemukan itu) boleh jadi berkaitan dengan masalah
genetik. Lihat sekeliling, sekiranya anda melihat banyak ahli keluarga
anda menghadapi masalah yang serupa, ia mungkin berpunca dari genetik.
Beberapa penyakit genetik yang dikenalpasti menyebabkan kegemukan
termasuk:
- Bardet-Biedl syndrome (yang dikaitkan dengan 6 jari tangan dan cacat otak)
- Cohen syndrome
- Non-sensitive beta-3 receptor
- masalah pada OB gene
- Thrifty Gene (pada kebanyakan orang Red Indian, gypsy dan segelintir Asia dan Afrika)
No comments:
Post a Comment