Beri biru atau blueberry
sememangnya sedap. Apatah lagi jika dibuat kek atau yogurt, kan? Bagi
anda yang gemarkan beri biru, saya mahu kongsikan satu kajian yang telah
dilakukan ke atasnya.
Buah Beri Biru
Di
Amerika Syarikat, satu kajian penggunaan buah beri biru telah dibuat ke
atas haiwan. Hasilnya, ia menunjukkan kesan positif dalam menurunkan
kolesterol.
Namun, kajian
ini masih di peringkat awal. Keputusan mukatamad pun masih belum
diputuskan. Tapi, kajian ini sedikit sebanyak membayangkan yang beri
biru boleh dijadikan alternatif untuk menurunkan paras kolesterol.
Ini
kerana beri biru mengandungi "pterostilbene". Ia telah menunjukkan
kesan stimulasi protein reseptor yang terdapat dalam sel yang mana
memainkan peranan penting untuk menurunkan kolesterol dan lemak dalam tubuh.
Setakat ini juga, sebarang kesan sampingan terhadap penggunaannya masih belum ditemui. :)
Selain menurunkan lemak dan kolesterol, "pterostilbene" juga boleh membantu mengatasi masalah kegemukan, diabetes, melawan kanser dan penyakit jantung.
Walaubagaimanapun,
anda harus sedar selain pengambilan pola pemakanan sihat, melakukan
aktiviti fizikal setiap hari adalah kaedah terbaik bagi menurunkan paras
kolesterol serta mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lain. :)
No comments:
Post a Comment