Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian
seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan
bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah
tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha
anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan
berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga
cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian
peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?
Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk
mengecilkan bahagian peha anda:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
- Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
- Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan.
Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan
anda sedang duduk di atas kerusi.
- Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh
sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan
untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri,
anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
- Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
- Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental
anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa
sudah biasa.
2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat!
Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah
kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa
memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas
kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas
kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan
dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas
(baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi
di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas
setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat
itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan
pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah
tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10
set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi,
inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan
peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini
boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah
berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya
menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah
dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan
selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama
setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga
aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga
mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan
pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten
latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh
melihat hasilnya. :)
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-senama-kecilkan-peha/
No comments:
Post a Comment