Sedarkah
kita bahawa negara kita semakin dibanjiri oleh gerai-gerai makanan yang
beroperasi sehingga lewat tengah malam / awal pagi mahupun beroperasi
24 jam? Adakah fenomena ini merupakan yang terbaik buat kita, mudah
untuk mencari makanan atau menggalakkan perkara-perkara lain yang tidak
sepatutnya?
Pastinya
pemilik gerai-gerai ini berperoleh keuntungan lumayan dan berlipat
ganda kerana pengunjung yang datang makin hari makin ramai, sungguhpun
perniagaan ini semakin kompetitif. Bagaimana pulak kesannya untuk kita,
sebagai pengguna?
source: google (Sekadar gambar hiasan)
Ya,
kita memang tidak perlu risau tentang betapa mudahnya nak cari makan,
sungguhpun perut mulai berkeroncong pada jam lewat malam, sedang
pengguna lain sedang enak diulit mimpi. Namun, sedarkah kita tentang
bahayanya tabiat pemakanan lewat malam sebegini terutamanya dalam tempoh
masa akan datang.
Makanan
di gerai-gerai sebegini kebiasaanya sangat berminyak, berlemak dan
berkalori sangat tinggi. Lebih membimbangkan ialah kadar metabolisma
badan kita pada waktu malam sangat rendah, yang boleh membuatkan lemak
mudah terkumpul. Selesai makan, kita akan terus pulang ke rumah dan
berehat atau tidur sementara menunggu hari esok. Kesannya, sedikit demi
sedikit lemak akan terkumpul dalam badan sekiranya tabiat makan lewat
malam sebegini tidak dibendung, yang mana boleh mengakibatkan
obesiti/kegemukan; sebagai punca utama penyakit-penyakit lain seperti
jantung, diabetes mahupun penyakit kronik yang lain.
http://www.jurnalnutrisi.net/2010/12/tabiat-makan-lewat-malam-punca.html
No comments:
Post a Comment