Senaman Kempiskan Perut

Perut buncit memang hodoh di pandangan mata.

Tak kisah lah lelaki atau perempuan. Bila melihat di cermin ternampak bonjolan lemak terkeluar dari perut.

Teruknya!

Ikutkan hati mahu saja keluarkan lemak di perut sekarang juga.

Mesti bertambah cantik jika lemak di perut ni hilang serta merta.

Jika kita berfikiran begitu, kenapa tidak kita melakukan senaman untuk kempiskan perut.

Tak tahu caranya?

Jangan risau, saya tak kan simpan rahsia :)

Caranya sangat mudah. Hanya 4 langkah, 10 minit sehari.

Dah bersedia? Jom kita mulakan……….

Langkah 1 – Gaya Vakum



Berlutut di lantai seperti bentuk meja, Pindahkan berat badan kita ke lutut dan tangan (lihat gambar).

Pastikan belakang kita rata.

Tarik nafas dalam-dalam sampai perut mengembung. Tahan selama tiga saat. Kemudian hembus nafas sehingga perut menjadi kempis ke dalam dan tahan selama tiga saat.

Ulangi langkah di atas selama satu minit.

Langkah 2 – Gaya Papan


Meniarap, luruskan kaki kita. Angkat badan kita secara pelahan-lahan dengan menggunakan lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan (lihat gambar).

Tahan seberapa lama yang boleh. Tidak mengapa jika kita hanya dapat bertahan sekejap. Teruskan berlatih sehingga kita berjaya bertahan selama satu minit.

Langkah 3 – Duduk Berpalang


Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan (lihat gambar).


Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula (lihat gambar). Ulangi selama satu minit.

Langkah 4 – Kerusi Kapten


Duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha anda (lihat gambar).


Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada (lihat gambar). Tahan selama tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal. ulang selama satu minit.

http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/senaman-kempiskan-perut.html

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...