Personally aku rasa Farhan ni tak
gemuk pun, cuma mungkin kerana dunia artis ni semuanya kurus-kurus
belaka, Farhan dikira sebagai golongan artis yang berisi dan diminta untuk kuruskan badan.
Sedih kan? Padahal penyanyi patutnya perlu pentingkan suara je :( .
Tapi Farhan ni bagus, dia menyahut cabaran itu tapi dia tak nak kurus
secara drastik. And she made it. Dia berjaya mengurangkan berat badannya
dan she looks fabulous! :)
Tipsnya?
"Saya
akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih
membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram
kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi,
selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti
dinasihat doktor.
"Terus
terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak
banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya,
pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula
joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.
"Makan
tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan
makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah
biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan
mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan
malam."
Sumber: Kosmo
http://razfira.blogspot.com/2012/02/kisah-wanita-gemuk-menjadi-kurus-2.html
No comments:
Post a Comment