Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.
- 1.
Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang
sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk
kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada
diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh
menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi
kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada
bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
- 2.
Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia
rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori
tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula
atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat.
Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda
bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
- 3.
Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak,
dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di
perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai
banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
- 4.
Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda
perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding
mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat
demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak
perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan
makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau
kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal
pengambilan minuman jenis ini.
- 5.
Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan
lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini
hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan
dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
- 6.
Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu
atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus
semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda
kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual
latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan
semasa bersenam.
- 7.
Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk
membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap
hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan
tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan
lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik
untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan
hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup
anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang
adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua
tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
- 8.
Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur
putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh
membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tips-elak-perut-buncit/
No comments:
Post a Comment