Kepentingan Sarapan Pagi


Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan. 

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,
 mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.

FAEDAH BERSARAPAN:
• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...