Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan,
kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah
semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya.
Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti
boleh!
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya
secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang
dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya
pasti berbaloi.
Gambar hiasan
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh
kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai
sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk
permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan
nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk
tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan
gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya,
anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan
kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja
buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan.
Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan
dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan.
Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah
lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk
setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu
tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?
p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz1u9xlixct
No comments:
Post a Comment