Sewaktu bercuti, seperkara yang
mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan
berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan
masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan
biasanya memang sukar. Tup.. tup... lepas cuti, barulah tersedar yang
badan ni makin berisi. Aduss...
Masalah
sebegini memang selalu terjadi, tak gitu? Jadi, apakata anda cuba
praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat
badan;
1. Makan dengan Perlahan
Seperti yang pernah saya nyatakan, tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.
Pakar
nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan
menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.
2. Pilih Makanan yang Perlu
Anda
mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan
tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan
daripada menurut nafsu.
Sebagai
contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala
selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan
kanji.
Penuhi pinggan dengan sayur - cutting-edge-mediterranean-recipes.com
3. Alas Perut Dulu
Sebelum
keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut
anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan.
Kemudian,
barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu
majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu
anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang
perlu dimakan.
4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh
Apabila
memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang
berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya
dalam mengawal pemakanan yang diambil.
5. Bersenam
Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan.
Aktiviti
senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar
mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain.
Berjalan Kaki - objectify.com.my
Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.
Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!
No comments:
Post a Comment