Lemak di perut adalah paling
berbahaya berbanding lemak pada bahagian lain. Malah, ia merupakan lemak
yang paling degil untuk dihilangkan. Walaupun anda sering melakukan
senaman perut. Apa yang lebih merisaukan adalah diabetes, kanser dan
penyakit jantung sering dikaitkan dengan lemak berlebihan pada perut!!
Sebagai langkah mengurangkan lemak di perut,
anda perlu memilih jenis makanan yang mampu merealisasikan impian anda
tu. Di sini, terdapat 4 jenis makanan yang mudah membakar lemak.
1. Enzim
Buah-buahan segar seperti betik dan nanas amat kaya dengan enzim. Begitu juga dengan sayur-sayuran. Di mana dimana pengambilannya membantu memecahkan protein agar lebih mudah dicerna.
Nanas
Selain itu, ia turut membantu hati dan
pankreas mengeluarkan lebih banyak racun serta mengubah lemak yang
tersimpan dalam perut menjadi sumber tenaga untuk keperluan tubuh anda.
2. Lemak sihat
Bukan semua jenis makanan yang berlemak itu menjadi penyebab perut buncit tau. Ini kerana, lemak tidak tepu tunggal boleh meningkatkan metabolisme dan mengubah lemak di perut menjadi tenaga.
Antara jenis makanan yang kaya dengan lemak sihat adalah avokado, kacang badam dan minyak zaitun.
Badam kaya dengan lemak sihat dan sumber protein yang mampu membakar lemak. Selain itu, ia juga mencegah sakit perut akibat lapar.
Minyak zaitun pula mengawal kadar kolesterol agar sentiasa berada pada paras normal.
3. Serat
Antara makanan berserat tinggi ialah
kacang buncis dan tepung oat (oatmeal). Kandungan serat yang tinggi
mampu mengurangkan lemak di perut. Ini kerana ia membuatkan anda berasa
kenyang pada kadar yang lebih lama.
Kesimpulannya, jika selama ini
anda dah puas bersenam tetapi lemak masih banyak terkumpul di perut, apa
kata amalkan memakan 3 jenis makanan di atas. Mudah-mudah ia boleh
mengurangkan kadar lemak pada bahagian perut anda.
No comments:
Post a Comment