Baru-baru ini, saya mendengar tentang khasiat buah kurma di radio. Memang banyak khasiatnya. Tambahan pula, inilah makanan para nabi yang terbukti berkhasiat pada tubuh badan kita. Antara khasiatnya menguatkan sistem imun kita dan memberi sumber tenaga yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Saya beli juga sebuah buku hasil nukilan seorang arab iaitu Ahmad Salim Baduwailan. Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Uria bertajuk Berubat Dengan Buah Tamar. Bila dibaca, perghhh. Banyak betul khasiat buah kurma yang tidak diketahui. Patutlah Rasulullah s.a.w. berpesan “Rumah yang tiada kurma, penghuninya sentiasa lapar”. Ini sebenarnya satu galakkan dari Rasulullah s.a.w. yang mengetahui betapa besar khasiat buah kurma ini.
.
.Ok. kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips nak kuruskan badan dengan buah kurma. Mesti ramai yang suka tips ini. Sebabnya ia mudah dan jimat wang. Caranya, jadikan buah kurma sebagai hidangan makan malam anda. So waktu malam, tak perlulah lagi makan nasi dengan lauk pauk. Tetapi gantikan dengan buah kurma. Cubalah buat dalam sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan menurun. Badan pun lebih kurus, slim dan sihat.
Sebenarnya pada waktu malam, tubuh badan kita perlu banyak berehat. Jika tidak, makanan yang dimakan hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh kita. So amalan memakan kurma pada waktu malam memberi rehat pada organ di dalam tubuh kita. Seterusnya memberi kesihatan organ dan tubuh yang lebih baik. Tambahan lagi kurma memberi tenaga yang cepat pada tubuh kita. Inilah cara mudah kuruskan badan yang berkesan dan berkhasiat.
http://hairul.com/blog/tips-cara-kuruskan-badan-dengan-kurma-makanan-para-nabi/
No comments:
Post a Comment